Monday, December 23, 2013

Penemuan menggemparkan dalam kubur lama


Penemuan menggemparkan dalam kubur lama | Sebuah kubur lama dipercayai berusia 900 tahun yang dipenuhi dengan tulisan pelik, ditemukan di Sudan. Sebanyak tujuh mumia turut dijumpai di dalam kubur lama itu, yang digali di bawah sebuah gereja di bandar lama Dongola, iaitu ibu negara sebuah negara purba di Lembah Nil. Satu daripada mumia itu dipercayai merupakan pemimpin agama paling berpengaruh dalam kerajaan purba Makuria, iaitu Ketua Biskop Georgios. Tulisan di dinding kubur yang ditulis dengan dakwat hitam dikenal pasti sebagai bahasa Mesir dan Qibti Sahidic.


Penyelidik dari Universiti Warsaw, Adam Lajtar mempercayai, tulisan purba itu berperanan melindungi mumia-mumia tersebut daripada kuasa jahat. "Tulisan pada satu batu nisan yang ditemukan berdekatan kubur tersebut menyatakan Georgios meninggal dunia pada 1,113 selepas Masihi ketika berumur 82 tahun. "'Penyelidik percaya Georgios merupakan antara mumia tersebut,'' katanya dalam jurnal Polish Archaeology in the Mediterranean. Mumia-mumia tersebut ditemukan berpakaian biasa diperbuat daripada linen dan kubur itu ditutup selepas pengebumian terakhir dilakukan. - AGENSI




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!