Monday, December 2, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad lepas jawatan sebagai penasihat Petronas



Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai penasihat Petronas berkuatkuasa semalam, lapor akhbar Utusan Malaysia. Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, keputusan itu diambil berikutan Dr Mahathir ingin mengurangkan waktu kerjanya di pejabat dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat . Sumber yang dipetik dalam laporan tersebut berkata, Dr Mahathir memberi sumbangan kepada pelbagai agensi sejak bersara daripada jawatan perdana menteri, 10 tahun lalu. Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003.

 Menurut akhbar berkenaan, masih belum dapat dipastikan sama ada Dr Mahathir akan turut melepaskan jawatan sebagai canselor Universiti Teknologi Petronas dan penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman. Dr Mahathir, 88, juga adalah penasihat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom. Dr Mahathir menerima rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 18 November lalu.



.

1 Penyokong CHELSEA:

batu api said...

dia pon dah lanjut usia dah, buat sesuatu yang patu untuk dirinya sendiri

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!