Sunday, January 6, 2013

Ayuh siapa cepat dia dapat, capture untuk 3 juta




Ini adalah status kat facebook lulu malam tadi. so, hari ni baru masukkan entri dalam blog.
Maklumlah dah mula nak tinggalkan tahun 2012, so, biarlah kita abadikan capture screen 3 juta ni.. ngee, dan seperti dalam gambar tu, untuk seorang yang terpantas, capture angka cantik tu, link blognya akan lulu abadikan dalam feed lulu-pages ni selama seminggu. Bila korang dah 'lekat' kat situ, barulah tahukan, samaada apa yang releven sokmo cakap tu betul ataupun tidak :P

Selamat tahun baru, dan semoga tahun baru ni akan mencipta lebih banyak kegembiraan dan kecemerlangan buat kita semua...




P/S - Dah print screen, boleh email lulu kat lulu.caldina@gmail.com atau tag FB lulucaldina







.

Pemain tengah Arsenal ini adalah seorang penganut islam yang taat


Pemain tengah Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, 27, ternyata bukan saja handal di gelanggang bola sepak, tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah. Selain sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, Diaby dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran. Setakat ini, beliau dilaporkan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran. Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk al-Quran. “Mengadakan perbincangan dengan pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran,” kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.


Rasa tenang bersama Islam 

Namun bagi Diaby sendiri, mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa baginya. Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam. Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam. Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar. Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.


Sumbangan wang 

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,” katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah. Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan. - AGENSI





.

Sukarnya hidup mereka disana


Dengan bumper belakang hampir menyentuh jalan berdebu kerana dibebani dengan beban berat, tidak sedikit pun menjadikan ianya halangan untuk mereka meninggalkan kampung Afrika yang sedang menghadapi serangan pemberontak. Sebuah teksi kuning yang sarat dengann lebih satu dozen guni dan sekurang-kurangnya 11 orang menaikinya dan 7 orang duduk diatas - untuk meninggalkan Damara, bandar yang menjadi sasaran pemberontak dari gabungan SELEKA dan the Central African Republic's capital Bangui. Beratus-ratus tentera dari Chad, Republik Congo, Gabon dan Cameroon telah tiba minggu ini di negara ini yang sangat-sangat miskin, di mana pemberontak telah merampas 10 bandar-bandar dalam masa sebulan. -DM






.

Berkunjung ke Perpustakaan di Dalam 'Buku Raksasa'


Bukan perpustakaan namanya jika tanpa buku. Tapi selain jadi koleksi, buku-buku raksasa ini menjadi bentuk sebuah bangunan! Perpustakaan dari buku-buku raksasa ini boleh pelancong temui di Kansas, Amerika Syarikat. Bangunan yang luar biasa ini berupa buku-buku raksasa yang disusun di tepi jalan seperti buku di meja atau rak. Ya, ini adalah perpustakaan buku paling pelik di AS. Bangunan ini adalah perpustakaan umum, namanya Kansas City Library. Dinding luar bangunan direka mirip dengan buku-buku raksasa yang disusun rapi. Buku-buku tersebut masing-masing berukuran tinggi 7.5 meter dan lebar 2.7. Replika 22 buku dengan judul-judul ternama. Buku-buku tersebut sebelumnya dipilih oleh warga Kansas melalui pungutan suara. Salah satu judul buku yang terkenal adalah karya JRR Tolkien, iaitu "The Lord of The Rings".

Buku tersebut adalah yang paling banyak dipilih warga Kansas. Masuk ke dalam bangunan, suasana tenang akan anda rasakan. Di dalamnya terbahagi menjadi beberapa ruangan, seperti ruang buku dan ruang internet. Untuk bukunya saja, Kansas City Library ada beberapa ruang. Untuk buku ilmiah ada di ruang tersendiri, sedangkan buku lainnya di ruang yang berbeza. Ruangan ini juga diberikan sensor suhu udara agar buku-buku yang lama boleh terjaga dengan baik. Semua pengunjung bebas membaca buku di sini, termasuk pelancong. Sayangnya, demi keselamatan buku-buku tersebut, pelancong hanya boleh meminjamnya didalam area Kansas City Library saja. Berhibur sambil belajar, kenapa tidak? -kansas







.

Ikan tuna gergasi cipta rekod baru


Seekor ikan tuna gergasi sirip biru mencipta rekod baru pada Sabtu apabila dilelong dengan harga 155.4 juta yen (RM5.4 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu awal tahun ini. Ia hampir tiga kali ganda daripada nilai lelongan yang dicatatkan tahun lalu. Ikan tuna seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan utara bandar Oma dengan jumlah bidaan tersebut. Bidaan itu mengatasi rekod lelong dengan harga 56.49 juta yen (RM1.95 juta) pada tahun lalu.

Pembida yang menang pada lelongan itu adalah Kiyoshi Kimura, presiden syarikat Sushi-Zanmai yang popular. Beliau merupakan individu yang turut memenangi bidaan pada tahun lalu. "Saya ingin memenuhi harapan pelanggan saya yang mahu menikmati sajian tuna terbaik semula tahun ini. "Dengan tuna terbaik ini, saya harap dapat mengembirakan rakyat Jepun," kata Kimura.-Independent





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!