Saturday, January 12, 2013

Terkejut : Ada ular di pesawat sepanjang penerbangan


Penumpang pesawat dari Australia ke Papua New Guinea terkejut melihat ke luar tingkap kabin apabila mendapati seekor ular besar berada di atas sayap kapal terbang itu. Ular sawa sepanjang tiga meter itu kelihatan selama sejam di pesawat Qantas antara Cairns di utara Queensland dan ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby, kelmarin. Selepas separuh perjalanan ke Papua New Guinea penumpang melaporkan melihat ular tergantung pada sayap pesawat, kata jurucakap Qantas mengenai ular yang boleh membesar mencapai 8.5 meter panjang.

Seorang anggota krew memberitahu media Australia reaksi awal apabila kehadiran reptilia itu mula dilaporkan adalah anda pasti bergurau. Penumpang tidak diundang itu dipercayai memasuki pesawat dari kawasan bakau yang mengelilingi lapangan terbang di Cairns. Qantas berkata, tiada impak ke atas operasi keselamatan pesawat disebabkan kehadiran ular itu. Pesawat Bombardier Q400 dibenarkan menyambung penerbangan selepas mendarat di Port Moresby. Ular itu ditemui mati sebaik tiba. REUTERS






.

Walaupun DILIHAT dia adalah bayi, tapi sebenarnya..


Sekilas pandang fizikal Brooke Greenberg seperti seorang bayi, walaupun dia kini sudah berusia 20 tahun. Walaupun, umurnya meningkat setiap tahun, namun fizikal dan juga kognitifnya masih seperti kanak-kanak dengan anggaran usia mental antara sembilan dan 12 bulan. Greenberg yang lahir pada 1993 juga tidak mampu bercakap dan masih mempunyai gigi susu serta bergerak menggunakan kereta sorong bayi. Bapanya, Howard Greenberg berkata, anak perempuannya itu hanya melalui proses pembesaran pada umur setahun hingga empat tahun tetapi ketika umurnya masuk empat tahun dan lima tahun tumbesarannya berhenti. Katanya, anak perempuannya itu telah menjalani pemeriksaan di beberapa institusi perubatan paling berprestij di Amerika Syarikat (AS), bagaimanapun tiada diagnosis rasmi yang diberikan kepada Greenberg.

Malah kumpulan doktor pakar menyatakan bahawa anak perempuan mempunyai sindrom X. Pengarah Institut Genomic dan Multiscale Biology di Pusat Perubatan Mount Sinai, Dr. Eric Schadt berkata, anaknya tidak mempunyai sistem endokrin yang normal dan juga kromosom kasar yang tidak normal. Dia juga makan melalui tiub terus ke dalam perutnya kerana masalah esofagus yang terlalu kecil menyebabkan makanan yang ditelannya akan tersekat di bahagian paru-paru serta mengakibatkan pneumonia. Ibunya, Melanie Greenberg berkata, dia sudah melakukan rutin hariannya selama 16 tahun memberi perhatian kepada anak perempuan kesayangannya itu. - AGENSI






.

Kate Middleton dah mulai menunjukkan tanda-tanda kehamilannya


The Duchess of Cambridge, Kate sangat menonjol dan ceria sambil memperlihatkan tanda-tanda kehamilan pertamanya ketika dia menghadiri pelancaran potretnya di Galeri Potret Kebangsaan. Bakal ibu ini dilihat berseri-seri ketika dia berbual di luar galeri itu.


Walaupun sebelum ini Kate dimasukkan ke hospital kerana mengalami loya yang teruk akibat kehamilan. Kate, berusia 31 tahun, menunjukkan penampilan yang sempurna dengan memakai pakaian elegan burgundy chiffon dan kasut tinggi berwarna hitam. AFP







.

Mungkinkah ini adalah tandas terindah di dunia?


Boleh dikatakan, inilah tandas terindah di dunia. Datanglah ke tempat ini dan anda akan menikmati pemandangan menawan Kota London. Dari tandas yang terletak di bangunan The Shard ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan Menara London dan HMS Belfast sekaligus menyaksikan aliran tenang Sungai Thames. Tandas ini terletak di tingkat 68 setinggi 1016 kaki yang berada di bangunan pencakar langit yang menjadi bangunan tertinggi di Eropah barat. Bagi yang berminat datang, tempat ini akan dibuka bulan depan.

Rancangannya, tempat yang dikenali dengan nama The View from the Shard ini akan dibuka pada 1 Februari akan datang. Ternyata, ramai yang berminat mendatangi tempat ini. Meskipun cukup mahal, ternyata tiket masuk tempat ini sudah habis terjual. Di tempat ini para pengunjung akan dapat melihat pemandangan melalui teleskop yang disebut 'Tellscopes'.  Bagusnya, alat ini tidak hanya akan memperjelaskan penglihatan. Jika cuaca buruk, alat ini akan mewujudkan pemandangan cuaca lebih cerah. -AFP






.

Lelaki tolak seorang wanita ke landasan kereta api bawah tanah


Polis berkata, seorang lelaki menolak seorang wanita ke landasan kereta api bawah tanah di Vienna, menyebabkan wanita itu mengalami patah kaki dan perkhidmatan tren terhenti apabila pekerja bergegas menghentikan pengangkutan awam itu sebelum tiba di stesen berkenaan. Menurut satu kenyataan polis, lelaki itu mengadu diganggu oleh perbualan telefon wanita itu yang sangat bising, dia memukul wanita itu sebelum menolaknya ke landasan. Tren berhenti selepas pekerja kereta api bawah tanah menekan brek kecemasan, kurang seminit sebelum ia dijadualkan tiba di stesen itu. Penyiar ORF berkata, lelaku itu mengatakan kata kesat bersifat berkauman sebelum menolak wanita itu yang merupakan kulit hitam. - AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!