Monday, January 14, 2013

Air Asia buat promosi lagi : 1 million free seats..


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan satu juta tempat duduk promosi untuk jualan antara 15 dan 20 Januari ini, dengan penumpang hanya perlu membayar caj lapangan terbang dan bahan api. Tempat duduk promosi ini akan ditawarkan serendah RM26 sehala ke destinasi domestik dan RM52 sehala untuk destinasi antarabangsa. Dalam kenyataan, AirAsia berkata satu juta tempat duduk promosi itu akan ditawarkan untuk tempahan menerusi laman webnya, www.airasia.com membabitkan tempoh perjalanan bermula dari 20 Ogos tahun ini hingga 9 Februari, 2014. Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru, dan Terengganu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Jakarta, Medan, Ho Chi Minh City dan Hat Yai.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar, berkata mereka yang merancang perjalanan atau percutian akhir tahun ini dan awal 2014, boleh mengambil kesempatan itu untuk menampah perjalanan masing-masing. AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh yang juga sekutu AirAsia, menawarkan tambang promosi sempena kempen itu menerusi tambang menyeluruh serendah RM249 ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), RM229 ke Taiwan (Taipei) dan Jepun (Osaka, Tokyo). - BERNAMA






.

Gambar pencemaran udara Beijing terburuk dalam sejarah


Mutu udara di ibu negara China adalah yang terburuk pernah direkodkan, dakwa pemerhati alam sekitar. Pusat pemantau tahap pencemaran sudah memberi amaran kepada penduduk Beijing tidak keluar rumah selepas pencemaran mencapai 30 hingga 50 kali ganda tahap selamat.



Jerebu tebal 

Kota besar yang mempunyai 20 juta orang itu diselimuti jerebu tebal sejak Jumaat lalu yang mengurangkan jarak penglihatan selain menjejaskan lalu lintas. Pencemaran itu dikenal pasti sebagai punca utama asma dan penyakit pernafasan. Data pusat pemantau itu menyatakan, unsur partikel bergaris pusat kurang 2.5 mikrometer (PM2.5) mencapai lebih 600 mikrogram satu meter persegi di beberapa stesen pengesan di Beijing dan mencapai 900 sehingga petang kelmarin. Tahap yang dibenarkan sehari bagi PM2.5 ialah 20, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) pula menyatakan, keadaan melepasi 300 adalah ‘keadaan kecemasan’ dan penduduk akan terjejas. “Keadaan ini memang yang terburuk dalam rekod rasmi tetapi juga data Kedutaan Amerika dengan kawasan berjiran, Hebei, lebih teruk dari Beijing,” kata aktivis Greenpeace, Zhou Rong.



Keadaan teruk 

Pusat Pemantau Alam Sekitar Beijing melaporkan, pencemaran teruk adalah disebabkan tekanan udara rendah yang menyukarkan partikel bergerak dan keadaan itu diramal berterusan dua hari lagi. Pencemaran adalah salah satu daripada cabaran terbesar dihadapi pemimpin China, kata Presiden Hu Jintao. November lalu, ketika berucap di Kongres Parti Komunis, beliau berkata negara itu perlu mengubah ekologi yang kian teruk untuk membina ‘China yang indah.’ - AP








.

Ibu yang gilakan warna merah jambu, ubah seluruh rumah dengan biru kerana lahirkan anak lelaki


Setiap orang mempunyai warna kegemaran, tetapi seorang wanita telah menjadi sangat ketagih kepada warna merah jambu sehingga cat keseluruhan rumahnya dengan warna itu. Tetapi selepas melahirkan seorang anak lelaki, dia memutuskan untuk menghias semula keseluruhan rumahnya dengan warna biru untuk membuatkan dia berasa lebih selesa di rumah.


Wanda Matthews, 25, begitu ketagih kepada merah jambu dan warna itu adalah segala-galanya dalam hidupnya dari pengering rambut sehingga sarung tangan juga dengan warna yang sama. Tetapi apabila dia hamil dan bakal menimang anak lelaki dia memutuskan adalah tidak adil untuk anak itu membesar dengan persekitaran merah jambu itu. Dinding rumah telah bertukar kepada berbunga-biru langit, juga permaidani dan sofa, semuanya serba biru.


Di dapur, segala yang berwarna merah jambu juga kini telah dialihkan dan diganti dengan yang berwarna biru. Namun, baginya, jika dia melahirkan anak perempuan dimasa akan datang, kemungkinan besar beberapa kawasan dalam rumah akan bertukar warna semula.. -DM







.

Bot terdampar sejak 2005, kembali terkenal hanya kerana filem terkenal Life Of Pi


Penduduk kampung Scotland terkejut setelah mengetahui bahawa 'sesuatu yg berada diperairan mereka' iaitu kapal karam dipaparkan pada poster untuk sebuah filem terkenal, 'Life Of Pi.' Poster Life Of Pi menampilkan imej disunting iaitu Sovereign, sebuah bot nelayan yang telah terdampar di pantai Aberdeenshire berhampiran Fraserburgh sejak terkandas pada waktu malam ribut pada tahun 2005. Sejak itu, penduduk tempatan telah berjuang untuk mengalihkan bot itu kerana mereka merasakan ianya 'hodoh' jika kekal disitu dan merosakkan pandangan juga menimbulkan risiko kepada perenang dalam musim panas - tetapi kini anggapan mereka itu salah, dan berkemungkinan besar bot yang terdampar itu akan mencetuskan ramai pelancong yang bakal mengunjungi tempat itu.

David Gammack, Invercairn setiausaha Majlis Komuniti dan pemastautin Cairnbulg berkata: 'Ia benar-benar boleh menarik pelancongan bagi mereka yang melancong melalui rantau ini. Walau bagaimanapun, walaupun potensi pelancongan untuk kapal karam ini, majlis masih berminat untuk mengalihkan bot rosak itu. -DM






.

Larangan Penjualan Air Mineral di bawah 1 liter


Sebagai usaha untuk menyelamatkan alam sekitar, kota kecil Concord di Massachusetts, Amerika Syarikat, melarang penjualan botol air mineral di bawah 1 liter mulai 1 Januari 2013. Peraturan ini mula berlaku sejak kempen antibotol plastik kecil diumumkan tiga tahun yang lalu. “Agar masyarakat berubah, anda harus membuat peraturan yang memaksa mereka agar tak membeli botol plastik kecil,” kata Jean Hill, ketua kempen tersebut. Daripada membeli air botol mineral, masyarakat disyorkan agar membawa botol minuman sendiri. Jika didapati membeli botol minuman di bawah satu liter, warga kota akan diberi amaran.

Jika tertangkap lagi, akan dikenakan denda sebesar US$ 25 dan meningkat menjadi US$ 50 untuk pelanggaran selanjutnya. Namun kerajaan Kota Concord tidak membatasi penjualan botol minuman di bawah 1 liter selain air mineral. Data menunjukkan warga Amerika Syarikat menggunakan 50 juta botol kecil air mineral mahu pun soda setiap tahun. Idea ini telah dilakukan oleh kota kecil di Australia, Bundanoon, sejak 2009. Larangan serupa juga berlaku di 90 universiti di seluruh Amerika Syarikat. -NYtimes





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!