Monday, January 21, 2013

Kstyle Clothing : Beli baju fesyen Korea dengan harga berpatutan



Sebagai seorang wanita yang mementingkan penampilan, membeli pakaian melalui online, memang agak menyenangkan. Pilih jer, lepas tu bank-in, dah boleh tunggu barang dihantar ke rumah. Tapi kenalah berhati-hati dengan penipuan dan juga adakalanya penjual meletakkan harga yang sangat tidak berpatutan (mahal).


Lulu perkenalkan Kstyle Clothing yang menjual pelbagai jenis pakaian fesyen Korea, yang sangat popular kini dengan harga yang sangat-sangat rendah berbanding dengan harga penjual online lain. (ada perbandingan harga disertakan dalam facebook).


Jangan risau dengan kualiti pakaian walaupun harganya rendah, kerana lulu dah pun beli sehelai, dan alhamdulillah, penghantarannya pantas, pakaian berkualiti, disamping harga yang sangat berbaloi. Masa terima, terus tersenyum senang hati..hehe..


Kerana lulu sukakan warna biru, lulu pilih design ni, dan ada banyak lagi pilihan warna. Bolehlah korang belek-belek kat blog ataupun facebook. Dan lebih mudah, untuk sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada pemiliknya sendiri sebab pemiliknya memang seorang yang sangat peramah :)









*entri berbayar







.


Hebatlah dia ni, baru berumur tiga tahun tu..


Charlie Parker, memang tidak punya rasa takut. Kanak-kanak berusia tiga tahun berasal dari Victoria, Australia, ini bersahabat dengan buaya. Charlie dilihat asyik menikmati persahabatannya dengan anak buaya yang diberi nama Gump. Diawasi abangnya, Stuart Parker, Charlie kelihatan santai ketika bermain dan berenang bersama salah satu predator terganas di dalam air tersebut. Hebatnya, pengetahuan Charlie mengenai haiwan reptilia itu cukup mengkagumkan. Nalurinya sebagai pawang haiwan buas diwarisi dari keluarganya yang menjadi pengelola Taman Ballarat Wildlife, Victoria, Australia.

Selain memelihara binatang buas, taman ini juga menjadi rumah bagi lebih dari 80 kangaru, koala, serta wombat (sejenis binatang berkantung). Ayah Charlie, Greg Parker mengaku tidak mengarahkan Charlie mewarisi kerjayanya. "Tapi Charlie memang menyayangi reptilia," ujar Greg.  -metro






.

Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia kerana masalah jantung


Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pelancongan dan Sukan negara itu, Chumpol Silpa-archa meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun selepas dipercayai menghadapi masalah jantung. Parti Chart Thai Pattana berkata, pemimpin parti itu yang juga ahli kabinet pakatan pemerintah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dimasukkan ke hospital 17 Disember lalu selepas menghadapi masalah bernafas. “Kami mendapat berita kematiannya pagi tadi. Pihak kami masih belum tahu punca kematian tetapi menjangkakan ia mempunyai kaitan dengan masalah jantung yang dihadapi Chumpol,” kata jurucakap parti Chart Thai Pattana, Vachara Kannikar di sini, hari ini. - AFP






.

Inilah bakal suami Datuk Michelle Yeoh


Setelah sekian lama mengikat tali pertunangan dengan bekas Presiden Ferrari, Jean Todt, akhirnya bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh kini sudah bersedia untuk mengakhiri ikatan percintaan mereka dengan perkahwinan. Dalam laporan The Star online menyebut, Yeoh merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau, di Ipoh Perak. “Saya sedang berfikir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti,” katanya. Michelle berhasrat untuk melangsungkan di kampungnya kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini.


Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia. Yeoh telah bertunang dengan lelaki warganegara Perancis itu sejak 2005. Sebelum ini Todt merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dari tahun 2004 hingga 2008. Kini lelaki berusia 67 tahun itu merupakan Presiden Perseketuan Auto-mobil Antarabangsa (FIA). - mD







.

Masih ramai menggunakan tv hitam putih di negara maju ini


Dunia teknologi berkembang sangat pesat dalam beberapa dekad terakhir. Banyak negara juga mulai beralih dari teknologi TV analog ke digital, dan itu petanda berakhirnya era serba manual. Namun, di ketika modernisasi dan digitalisasi, ternyata masih ada lagi pengguna teknologi kuno, salah satunya adalah TV hitam-putih atau monokrom. Dan puluhan ribu penonton TV ini berasal dari England, salah satu negara paling maju di Eropah. Menurut BBC, dari data pihak berkuasa TV England, masih terdapat lebih dari 13000 orang yang menonton dari tv lama ini. London adalah kota dengan pemilik tv hitam-putih terbanyak, mencapai 2715 orang. Dianggarkan, terdapat 13202 penonton TV hitam-putih di sana.

"Mengejutkan di saat transisi menuju TV digital, dengan 41 peratus rumah tangga England yang memiliki HDTV dan negara ini termasuk yang terdepan dalam mengakses TV di internet, masih ada 13000 orang yang masih menggunakan TV hitam-putih," kata jurucakap pihak berkuasa TV England, Stephen Farmer. Menurut sejarawan tv dan radio John Trenouth, para pemilik tv kuno ini kebanyakan berasal dari keluarga berpenghasilan rendah yang ingin menjimatkan wang. "Tapi masih ada sebahagian kecil orang yang memilik TV hitam-putih, tidak ingin membuangnya dan bertujuan untuk menyimpannya," kata Trenouth. -BBC






.

Owh, ini memang penemuan yang mengejutkan


Ada sebuah jambatan yang dipanggil Adam Bridge, atau dikenali juga dengan Rama Bridge yang penuh misteri. Ini adalah kerana, usia jambatan ini dianggarkan lebih dari 1 juta tahun. Adam Bridge terletak sepanjang 30 Km ini menghubungkan antara Manand Island (Sri Lanka) dan Pamban Island (India). Strukturnya sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam. Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini. Menurut tafsiran, Adam Bridge mempunyai kaitan dengan mitos terkenal India, Ramayana. Mengejutkan,Srilankan Archeology Department mengeluarkan pernyataan yang menyebutkan usia Adam Bridge mungkin diantara 1,000,000 hingga 2,000,000 tahun.


Yang menjadi pertanyaan, apakah jambatan ini benar-benar terbentuk oleh proses alam atau ciptaan manusia? S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2,000,000 tahun lalu. Para sarjana menduga bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun yang lalu. -SLnews






.

Pasal sampah pun nak bertengkar


Seorang pekerja pos terpegun dan merasa lucu melihat gelagat dua jirannya 'bergaduh' berhubung sampah yang diletakkan di hadapan rumah mereka di Granville Street, Dover, Kent. Kedua-dua lelaki yang tinggal berjiran bertentangan jalan itu dilihat memindahkan beg sampah dari rumah mereka dengan meletakkannya di hadapan rumah jiran mereka tanpa bercakap apa-apa. Pekerja tersebut, Pete Sykes yang bertindak merakam kejadian itu berkata, kedua-dua lelaki tersebut dilihat menyeberangi jalan sambil membawa beg sampah berwarna ungu.

''Kedua-dua lelaki itu bertengkar sesama sendiri di mana hendak meletakkan beg sampah, sama ada di hadapan rumahnya atau di rumah jiranya itu. ''Kejadian itu sangat melucukan. Insiden itu berlangsung selama setengah jam tetapi mereka tidak pula berkata apa-apa,'' kata lelaki berumur 33 tahun itu kepada akhbar, Dover Express. Beliau berkata, kejadian itu berlaku pagi kelmarin. Sykes kemudian memuat naik rakaman itu di laman web YouTube dan ia ditonton sebanyak 27,000 kali. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!