Wednesday, January 23, 2013

Jangan sangka upload video kat youtube tak mendatangkan pendapatan


Google pada Rabu mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video "Gangnam Style" nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta (RM24.3 juta) menerusi pendapatan iklan. Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan. Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan. Pada Disember, "Gangnam Style" menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube. Ia menjadi satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya. Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak dimuat naik pada Julai tahun lalu. AFP







.

Tak kisah habiskan masa untuk gambar terbaik


Aktres Jessica Biel hanya mahukan dirinya kelihatan cantik dan sempurna. Sehubungan itu, bintang filem Total Recall tersebut sanggup menghabiskan masa yang lama untuk memastikan gambarnya yang sempurna di kedai gambar. Isteri Justin Timberlake itu telah merakamkan gambarnya bersama peminat muda dan menghabiskan masa yang terlalu lama untuk memilih gambar tersebut bagi memuaskan hatinya.

Satu sumber memberitahu, bintang jelita yang berusia 31 tahun itu bersetuju untuk mengambil gambar secara spontan dengan seorang peminatnya ketika melawat Festival Filem Sundance di Park City, Utah baru-baru ini. Dia kemudian menghabiskan masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan memilih gambar-gambar yang diambil sebagai gambar yang paling terbaik. "Mereka mempunyai masa yang 'hebat' untuk memilih gambar,'' kata sumber tersebut. - AGENSI






.

Inilah kekasih baru Raja Azmi


Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mengakui, beliau kini bahagia dan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya. Beliau berkata, jarak usia 27 tahun bukan penghalang untuk mereka menjalin hubungan cinta kerana jejaka tersebut, seorang pemain gitar di sebuah kelab terkemuka di ibu kota telah berjaya mencuri hatinya. "Perkenalan kami baru sebulan dan dia membuat saya merasai semula perasaan cinta yang sekian lama terpadam.

"Setakat ini, keluarga saya dapat menerima kehadiran dia walaupun pada mulanya, anak-anak terkejut dengan berita ini. Saya akan bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini," kata Raja Azmi. Menurut beliau, percintaannya dengan jejaka yang pangkal namanya bermula dengan huruf H terjalin pada pandangan kali pertama. "Rasanya tidak salah jika H dapat mengetuk pintu hati saya untuk bercinta lagi kerana perasaan itu sudah lama hilang. Saya akui bahagia bersama H," katanya. - UTUSAN





.

Kegunaan lain tayar selain untuk kenderaan


Tayar adalah komponen bangunan utama rumah ekologi yang dikenali sebagai 'earthships'. Rumah-rumah, yang umum di padang pasir Amerika Syarikat, juga ideal sebagai rumah murah di negara-negara dunia ketiga. Gambar menunjukkan sebuah sekolah dalam pembinaan di Guatemala, Virginia dan juga Haiti. Walaupun tayar terpakai merupakan kos rendah, namun dibeberapa negara miskin, ianya sangat berguna untuk memperkuatkan rumah-rumah yang sering dilanda gempa bumi. -AP







.

Zea Rea Boutique



Assalamualaikum .

Kedai online zea rea baru sahaja dibuka secara rasminya pada awal bulan januari 2013.Buat masa kini barangan Zea Rea semuanya ready stock dan zea rea mengalu-alukan pemborong , peruncit serta dropship agent. Zea Rea menjual Ruby Chiffon Dress yang tak jarang (Rm 35.00) di mana jika di blogshop lain dijual dengan harga Rm 49 (refer baju kaler kuning mustard). Boleh pm utk harga borong

 ZR jugak menjual Bella Fishtail Dress (Rm 55.00) dengan potongan baju kurung moden dijahit manik, pin kreatif untuk diborong serendah Rm 1.00  (refer gambar brooch) dan baju korea terkini yang berharga bawah Rm 35.00 termasuk postage !


Untuk Postage , anda ambil berapa banyak pun ,postage masih fix Rm 8 seluruh Malaysia  :D . Harga sangat fleksibel, lagi banyak anda ambil ,lagi murah. Sesuai untuk mereka yang mahu mulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Jumlah minimum borong serendah 3 pcs sahaja.



Sebagai contoh ,( refer baju adiena cotton t-shirt )
beli 1=rm 25
beli 2=rm 20
beli 3 keatas rm 16

Harga sangat fleksibel dan peniaga baru sangat digalakkan mengambil stok dari sini :D


Zea rea juga mengambil tempahan baju untuk butik/individu seperti baju
kurung, baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, jahitan lace ,
manik dan sebagainya.Harga tempahan baju kurung bermula Rm 35.00
dan keatas dan jahitan manik serendah Rm 15.00  :D  Kami terima melalui pos tapi menggalakkan mereka yang disekitar melaka
 datang tempah sendiri .


Untuk order dengan kadar segera, boleh sms terus ke nombor di bawah. Dijamin akan dibalas dengan segera :D

Lokasi kami : Bandaraya Melaka
Website : www.zearea.com
No tel : 012-9066091








 *entri berbayar






.

Aneh : Tubuhnya umpama buku sejarah


Seorang lelaki menjadi buku sejarah Perang DuniaII dengan menutupi tubuhnya dengan tatu bergambar kejadian perang dan tokoh-tokoh pahlawan perang . Seluruh catatan perang tertera di tubuhnya. Nolan Holmes, telah mendedikasikan tubuhnya untuk mengenang para pahlawan dan pertempuran Perang Dunia II. Holmes menghabiskan waktu selama empat tahun menyelesaikan tatu-tatunya itu sebagai penghormatan terhadap sejarah Inggris dan dunia. Ketika usianya 26 tahun, Holmes sudah memiliki tatu bergambar Churchill, Monty, bahkan Hitler di tubuhnya. Semua itu terukir di kulit lelaki yang berasal dari Fleetwood, Inggris ini. Selain itu, terukir pula pertempuran di Rusia, pengeboman yang dilakukan sekutu Jerman dalam pertempuran udara dari Inggris dan pencerobohan Jerman ke Poland.

"Saya memang suka dengan sejarah dan Perang Dunia II adalah minat besar saya dalam mempelajari semua buku , film dokumentari tentang perang," ujar Holmes. "Saya dedikasikan tubuh saya sebagai penghormatan bagi para pahlawan yang gugur pada pertempuran itu," ungkapnya. Holmes mengatakan, tatunya itu bukan hanya sekedar karya seni atau fesyen yang banyak dilakukan oleh orang lain. Namun itu dapat membuatkan  orang lain ingat apa yang terjadi pada tahun 1939 dan 1945 saat Inggris mengalami perubahan. -DM







.

Gila! Gali kubur, curi tengkorak untuk jadi ahli sihir


Dua remaja dituduh pihak berkuasa Fiji cuba melakukan sihir selepas menggali kubur, mencuri tengkorak dan menyembunyikannya. Remaja berusia 17 dan 19 tahun itu dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menceroboh perkuburan dan berlagak ahli sihir. November lalu, polis Fiji mengeluarkan kenyataan menuduh remaja tidak dinamakan itu menggali kubur lelaki 60 tahun yang meninggal empat tahun lalu. Mereka kemudian menyembunyikan tengkorak di bawah pokok kira-kira 1.6 kilometer dari situ. Akhbar Fiji Times melaporkan, adik lelaki yang mati itu memaklumkan polis di bandar Savusavu terhadap insiden itu minggu ini. Ia menyatakan, tuduhan itu membawa hukuman maksimum lima tahun penjara. AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!