Saturday, January 26, 2013

Dia berjaya hanya dengan sekali percubaan


Seorang bekas askar Britain yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya ketika berkhidmat di Afghanistan, berjaya mendapatkan lesen memandu dengan hanya sekali ujian sahaja. Dave Watson, 26, kehilangan ketiga-tiga anggota badan berkenaan selepas terpijak bahan letupan yang diubah suai ketika sedang melakukan rondaan rutin di Afghanistan. Namun, kecacatan yang dialaminya tidak menghalang Watson untuk mendapatkan lesen L selepas lulus dalam ujian pemanduan dan hanya melakukan tiga kesilapan kecil sahaja. Lelaki yang berasal dari Walton-le-Dale, Lancashire, berkata, dia telah menjalani sebanyak 38 kali kelas pembelajaran memandu selama tiga bulan dengan menggunakan kereta Range Rover Sport miliknya yang telah diubah suai mengikut kemampuan fizikalnya. “

Dengan lesen yang saya perolehi ini, saya boleh pergi ke mana-mana yang saya suka, sekali gus menjadikan diri saya lebih bebas bergerak," katanya. Kereta Watson yang diubah suai itu mempunyai kotak khas di bahagian pintu pemandu, membolehkan dia meletakkan tangan kanannya yang kudung tersebut. Kotak berkenaan mempunyai fungsi brek dan pedal minyak yang boleh dikawal menggunakan tangan kanannya itu.

Satu tombol kecil juga dipasang pada stereng untuk memudahkan tangan kanannya memegang pengawal tayar itu, yang turut dilengkapi butang penunjuk arah, pengelap cermin dan lampu. “Saya dapat mempelajari cara memandu dengan cepat walaupun fizikal saya tidak sempurna. “Saya tidak akan hanya duduk diam dan membaca buku, sebaliknya saya akan berusaha untuk mempraktikkan apa yang saya pelajari," jelasnya. Ekoran kejayaan Watson memperoleh lesen memandu berkenaan, dia kini merancang untuk belajar menunggang motosikal dan mengambil lesen motosikal pula. - AGENSI






.

Kalaulah kanak-kanak 3 tahun ini tahu..


Ibu bapa patut mengawasi anak-anak mereka yang masih kecil. Ini adalah kerana rasa ingin tahu mereka terhadap apa sahaja cukup besar. Dan menjadi risiko rasa ingin tahu itu akan mengancam keselamatan mereka. Seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Australia, dia selamat dari maut setelah menyimpan telur ular berbisa di almari pakaiannya. Ular berwarna coklat itu merupakan jenis mematikan setelah ular taipan. Kyle Cummings yang baru berusia tiga tahun itu menemui telur-telur dekat rumahnya di Townsville, Queensland, beberapa hari yang lalu. Dia kemudian mengambil dan menyimpan telur-telur itu dalam sebuah kotak plastik dalam almarinya.

Kanak-kanak ini tidak tahu telur itu akan menetaskan ular berbisa. Nasib baik kejadian itu diketahui ibunya. Ular-ular itu dehidrasi namun dapat bertahan hidup. Ular-ular tersebut berasal dari spesies yang sangat berbisa. Ular-ular itu kemudian dilepas ke habitatnya oleh Trish Prendergast dari North Queensland Wildlife Care. Menurut Trish, reptilia berukuran panjang 12 hingga 15 sentimeter. Taring mereka baru tumbuh beberapa milimeter. Sehingga taring itu belum cukup kuat menembus kulit manusia.-Metrotvnews






.

Memalukan : Lalat hinggap di dahi Obama ketika dia berucap


Lalat rupanya tidak hanya berkeliaran di tempat kotor, serangga ini bahkan akan berada dimana-mana sahaja dalam dunia ni. Hal tersebut terjadi ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berucap. Lalat itu mengganggu Obama dan hinggap tepat di dahinya. Insiden itu terjadi ketika Obama berucap untuk Securities and Exchange Commission and the Consumer Financial Protection Bureau. Sewaktu bercakap, Obama juga mengatakan terganggu dengan lalat yang berdengung mengelilingi tubuhnya itu. "Dia (lalat) sangat mengganggu saya," ucapnya sambil berucap. Seketika lalat itu menghilang, namun kembali lagi mengganggu Obama dan dia berusaha mengusir dengan tangannya.


Tanpa disedari, lalat itu hinggap tepat di dahi Obama dan momen itu berhasil diabadikan oleh wartawan yang hadir di White House. Beberapa media bergurau dengan momen tersebut, "Dahi Obama Jadi Landasan Terbang Lalat". Hal serupa menimpa Obama pada 2009 ketika diserang lalat ketika wawancara dengan CNN di White House. Lalat itu hinggap di tangan yang kemudian langsung dipukulnya dengan kuat sehingga mati. Ketika itu Obama meminta kamera tv untuk merakam bangkai si lalat malang.-DM






.

Kisah terkini pelakon cantik ini..


Hampir terkena pisau ketika melakonkan penggambaran filem terbarunya, Belenggu, Laudya Chintya Bella dikhabarkan masih trauma sehingga ke hari ini. Menurutnya, dalam satu babak filem itu, dia dilemparkan pisau sewaktu diminta menjadi seorang model dalam sebuah pertunjukan. "Adegan itu berlaku sebanyak dua kali dan saya begitu bimbang pisau tersebut mengenai muka saya. "Bayangkan jika ia gagal, pasti meninggalkan kesan buruk terhadap diri dan karier. Nasib baiklah tiada perkara buruk berlaku," katanya berdebar melakonkan babak tersebut.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!