Thursday, January 31, 2013

Spiderman kena berkas


Empat lelaki warga Vietnam yang bertindak seperti "Spiderman" memanjat bangunan kilang dan pejabat untuk merompak diberkas polis minggu lalu. Kesemua empat suspek ditahan bersama seorang rakan wanita senegara yang bersubahat sebagai pemerhati dan menjalankan kegiatan jenayah itu di sekitar Yong Peng sejak tahun lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 3.40 pagi minggu lalu ketika memanjat bangunan sebuah kilang di pekan Yong Peng. “

Penjenayah terbabit hanya menggunakan pemutar skru sebagai alat untuk mengumpil bumbung sebelum melarikan pelbagai barangan elektronik termasuk dokumen yang disangka mereka penting. “Hasil tangkapan polis menemukan satu dompet kulit berisi wang RM500, beg mengandungi 43 biji bateri telefon bimbit, tujuh utas jam tangan pelbagai jenama dan sebuah komputer riba," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah. - UTUSAN





P/S - Gambar hanya ilustrasi






.

Kucing di katakan sebagai pemusnah spesies burung


Satu kajian institut biologi, di sini mendapati kucing-kucing di Amerika Syarikat (AS) telah membunuh kira-kira 3.7 juta ekor burung dan 20.7 juta ekor tikus dan mamalia kecil lain setiap tahun. Kajian Institut Pemerhatian Biologi Smithsonian diketuai Scott Loss itu bertujuan mengkaji sifat memburu kucing ke atas mangsanya dan kesan terhadap kepupusan spesies-spesies burung dan mamalia kecil yang menjadi mangsa. Menurut kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Nature Communications, kucing mungkin merupakan pembunuh kedua terbesar selepas manusia ke atas spesies-spesies berkenaan yang terdedah kepada kehilangan habitat akibat pembangunan, aktiviti pemburuan atau penggunaan racun perosak. Berdasarkan kajian sebelum ini, kucing mampu membunuh antara 30 dan 47 ekor burung serta membunuh antara 177 dan 299 mamalia kecil di beberapa tempat di Eropah dan Amerika Utara setiap tahun.

Selain mengkaji sifat dan kesan pemburuan kucing, kajian itu juga bertujuan mengkaji jumlah sebenar kucing yang terdapat di AS. Setakat ini, dianggarkan terdapat 84 juta ekor kucing di AS mempunyai tuan, dengan beberapa juta daripada jumlah itu bebas berkeliaran dan memburu di luar rumah. Kira-kira antara 30 dan 80 juta ekor kucing lagi dipercayai tidak bertuan dan dikategorikan sebagai haiwan liar yang boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan memburu burung atau mamalia kecil lain. "Kebanyakan burung dan mamalia kecil yang dibunuh oleh kucing di AS, dipercayai dilakukan oleh kucing yang tidak bertuan," jelas kajian berkenaan.

Dalam pada itu, maklumat daripada Senarai Merah yang dikumpulkan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) mendapati, kucing yang menghuni di kawasan pulau merupakan antara penyumbang terbesar kepupusan 33 spesies burung, mamalia dan reptilia. Kajian berkenaan turut mencetuskan perdebatan hangat di New Zealand sebelum ini apabila seorang ahli perniagaan Gareth Morgan meminta agar kucing di negara itu perlu dikasi bagi menyelamatkan spesies unik hidupan liar termasuk burung kiwi. - AFP






.

Ning Baizura dan anak lelakinya..


Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara. Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, bayi seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat. "Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik. Ning sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi ini (Khamis)," ujarnya. Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.

Bagaimanapun katanya, Ning hanya akan berkongsi gambar anaknya itu dengan peminat dalam masa dua minggu lagi. Turut berada di sisi Ning semasa beliau bersalin ialah ahli keluarganya dan juga suami. Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, berkahwin pada 31 Januari 2008. -Mstar






.

Buat pertama kalinya, hukuman potong tangan dalam undang-undang syariah didedahkan kepada dunia


Digambarkan untuk kali pertama, ini adalah undang-undang yang digunakan oleh pihak berkuasa Iran memotong jari penjenayah yang disabitkan. Tiga lelaki menutup kepala ditunjukkan menggunakan mesin mekanikal, menjalankan hukuman, yang dikenakan di bawah undang-undang syariah ketat negara, pada kesalahan yang sabitkan iaitu pencuri dan penzina. Pesalah yang ditutup matanya, telah didapati bersalah oleh mahkamah di bandar barat daya Shiraz, dan dibawa di depan mesin itu. Tiga lelaki yang menutup kepala itu segera memegang tangan pesalah dan mengapitnya kepada mesin. Dengan pantas, tangan lelaki itu putus yang kemudiannya dicelup dalam iodin.


Peliknya, muka lelaki itu tidak menunjukkan kesakitan yang menunjukkan dia mungkin telah diberi anestetik sebelum prosedur dilakukan. Berikutan pemotongan, pendakwa raya mengumumkan bahawa hukuman jenayah seperti ini akan menjadi lebih teruk. Di bawah undang-undang syariah, pemotongan, sebat, dan juga kematian dengan di rejam adalah semua bentuk undang-undang hukuman. Gambar-gambar yang telah dikeluarkan oleh agensi berita ini mengundang reaksi pelbagai dari masyarakat dunia. -DM






.

Kimora Lee Simon takkan 'fabalous' tanpa make-up


Dia adalah seorang model, Fashionista dan mengendalikan sebuah empayar pakaian, namun dia kehilangan semua ciri 'diva' nya apabila dilihat tanpa make-up. Kimora Lee Simmons kelihatan kurang gembira dan tidak bermaya, sangat berbeza ketika di kaca tv. Wanita yang memiliki rancangan realitinya sendiri, seringkali memperlihatkan dirinya yang sangat 'fabalous' dan mementingkan kesempurnaan.


Nampaknya dia kehilangan semua itu tanpa make-up. Wanita yang memilki 3 orang anak ini nampaknya telah menurunkan sejumlah besar berat badan sejak berpisah dengan suaminya, Djimon Hounsou. Ny






.

Gambar disekitar majlis berinai pelakon Liyana Jasmay


Dua hari lagi pelakon Liyana Jasmay bakal bergelar isteri kepada Fathudin Mazlan. Pasangan ini akan diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 sekaligus Liyana menjadi selebriti pertama yang berkahwin tahun ini. Malam tadi, telah berlangsung majlis berinai sebagai persediaan pasangan ini sebelum majlis pernikahan dan persandingan mereka.


Majlis telah diadakan di kediaman ibu bapa Liyana Jasmay di Kemensah Heights. Melihat dari gambar-gambar yang dikongsi di Twitter dan Instagram, tidak syak lagi majlis tadi bertemakan Bollywood di mana ianya terserlah pada pemakaian aktres ini sendiri serta para tetamu hadir terdiri daripada keluarga, teman rapat dan juga rakan-rakan artis seperti Datin Paduka Ummie Aida, Lisa Surihani dan Nabila Huda. -MD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!