Saturday, February 2, 2013

Gambar-gambar disekitar pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin


Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi. Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang. Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.


Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin. Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). -Mstar







.

Aktres cantik ini ada masalah fobia terhadap kuman


Aktres cantik ini, Megan Fox mengatakan kelahiran bayinya yang berusia lima bulan, Noah membantu dia mengatasi masalah fobia terhadap kuman (germphobia). Isteri kepada pelakon, Brian Austin Green, itu mengakui sebelum ini dia terlalu 'takut' dengan kuman dan terlalu berjaga-jaga dalam menjalani rutin seharian. “Kulit saya mudah alah. Jika terlalu terdedah dengan habuk atau kuman, kulit saya akan menjadi seperti 'kertas pasir'. "Namun kelahiran bayi comel ini telah membantu saya mengatasi ketakutan itu. “Brian juga selalu melindungi kami dengan pelbagai produk,” kata Fox. -SH






.

Inilah Punca Insiden Lebuh Raya Runtuh


Sebuah trak yang dipenuhi dengan bunga api untuk sambutan Tahun Baru Lunar meletup pada Jumaat sehingga memusnahkan beberapa bahagian di laluan atas lebuh raya di tengah China, menyebabkan banyak kenderaan terjunam ke tanah dari paras 30 meter. Penyiar televisyen, CCTV berkata, seramai lapan orang disahkan terbunuh dan 11 cedera selepas tujuh kenderaan tertimbus dalam runtuhan itu. Jumlah kematian dikatakan akan meningkat. Agensi berita Xinhua berkata, runtuhan itu telah memusnahkan dan membenamkan sekurang-kurangnya 25 kenderaan. Laporan kematian itu berikutan sebuah lebuh raya timur-barat setinggi 80 meter di Mianchi di wilayah Henan runtuh yang berpunca daripada letupan sebuah trak yang dipenuhi dengan bunga api. - AP






.

Datuk Aznil Nawawi..


Seseorang yang menerima sebarang kurniaan daripada kerajaan mesti dihormati dan setiap individu wajar memanggil mereka berdasarkan kepada gelaran yang diterima. Datuk Aznil Nawawi, 51, berkata, sesetengah pihak mungkin memandang remeh terhadap sesuatu gelaran tetapi sebagai individu, kita haruslah menanam sikap untuk menghormati setiap darjah kebesaran yang dikurniakan. "Kita perlu hormat dengan gelaran yang diberikan dan tidak wajar memperlekehkannya. "Sesuatu darjah itu adalah pengiktirafan yang tinggi dan tidak wajar sekiranya ada yang tidak menghormati penganugerahan tersebut," katanya. Aznil dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Ditanya adakah panggilan nama Pak Nil yang digunakan selama ini akan bertukar mengikut anugerah yang baru diberikan, pengacara itu berkata dia tidak kisah dengan nama apa yang mahu dipanggil kepadanya. "Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut. "Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," tuturnya.


Dalam perkembangan lain, Aznil menafikan khabar angin kononnya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. "Saya tak terfikir pun untuk mendirikan rumah tangga pada usia ini, tetapi tidak menolak jika ada jodoh. "Bagaimanapun, jika ada yang mahukan saya, mereka mesti terima dengan kesibukan kerjaya saya sebagai seorang pengacara. "Tambahan pula dengan gelaran yang dibawa memberikan tanggungjawab besar buat saya kepada masyarakat," ujarnya. -Mstar





P/S - Tahniah Pak Nil :)





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!