Tuesday, February 5, 2013

Inilah kisah seorang amah yang jadi jutawan


Bagaikan bermimpi, daripada seorang amah, nasib seorang wanita Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi kini berubah menjadi jutawan. Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya. Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.

Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah. Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu. Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia. -Almadinah






.

Kejadian mengejutkan ini terjadi di Zoo Miami, Florida


Bapa kanak-kanak ini sangat beryukur kerana dinding kaca memisahkan mereka daripada seekor singa betina lapar.  Singa betina besar itu merenung Matthew yang berusia tujuh tahun di sebuah zoo di Amerika Syarikat, selama hampir 10 minit, dan ianya membuatkan bapa kepada kanak-kanak ini terkejut.


Pada mulanya, singa itu agresif, dan kelihatan ia sangat hairan dengan kewujudan pengunjung muda itu.


Jurugambar berkata kanak-kanak itu menjerit apabila singa betina, bernama Kachifa, mengaum dengan kuat, dan kemudian mulai merenung selama beberapa minit di Zoo Miami di Miami, Florida.-AP








.

Kantoi: 2 menteri ini main scrabble kat ipad semasa sesi di parlimen


Dua ahli Parlimen, kantoi dalam gambar apabila dilihat sedang bermain permainan scrabble di ipad masing-masing ketika sesi parlimen diadakan di Perancis. Ketika itu, sidang parlimen sedang membahaskan rang undang-undang yang penting, namun mereka jelas tidak ambil tahu dan asyik dengan permainan itu. Malah mereka dilihat saling berbisik, berbincang mengenai perkataan yang sepatutnya dibuat dalam permainan itu. Entah apa reaksi mereka jika melihat gambar ini.. -AFP






.

Gambar anak Shakira dan Gerard Pique diperlihatkan buat kali pertama


Gambar pertama bagi bayi Shakira dan Gerard Pique telah ditawarkan untuk nilai yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun Shakira enggan dan sebaliknya meminta peminat untuk menderma kepada Unicef, apabila gambar bayi itu akhirnya didedahkan pada umum. Dalam gambar, bayi comel itu dikucup mesra oleh ayahnya, Gerard Pique. Bayi itu telah diberi nama Milan Pique- Mebarak. Milan telah lahir pada 22 Januari, jam 9.36 malam di Barcelona, Sepanyol.


“Nama Milan (dibaca MEE -lahn) dalam bahasa Slavia bererti tersayang, tercinta, dan menyenangkan; bahasa Rom kuno pula bermaksud bersemangat dan sungguh-sungguh,” ujar Shakira menerusi akaun Twitternya. -DM






.

Cerita terbaru pelakon cantik, Emma Maembong


PELAKON Emma Maembong, sebelum ini pernah berjanji untuk berubah apabila gambar tidak sopan miliknya tersebar di internet.Katanya, dia tidak akan pakai seksi lagi, selain lebih ke arah positif selepas orang ramai mengenalinya. Bagaimanapun khabar terbaru sebuah portal hiburan baru-baru ini memberitahu Emma sudah kembali ke perangai lamanya. Dia dikatakan terlibat dalam pesta muda-mudi di sebuah pulau yang terletak di utara. Cuba menjelaskan keadaan sebenar, Emma menegaskan dia hanya ke pulau berkenaan untuk bekerja. Malah kehadirannya juga turut ditemani beberapa artis lain, bukan dengan tujuan bersosial.

"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat. "Jangan risau, saya masih pegang janji dengan peminat saya untuk berubah. Apa yang berlaku itu hanya salah faham," kata Emma. Masih sibuk dengan beberapa penggambaran drama, Emma mengakui dia sebenarnya terkilan dengan kontroversi yang dicetuskan. Malah, seolah-olah sengaja direka tanpa sebab musabab.

"Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti begitu. "Malah dengan kesibukan saya kini, kisah mahu berparti atau apa memang sudah lama saya tinggalkan. Tumpuan saya kini hanya untuk bekerja," katanya yakin. Apakah ini merupakan percubaan mana-mana pihak untuk menghancurkan kariernya? "Saya tidak fikir begitu. Apa yang penting kini adalah untuk peminat melihat usaha saya. Bagaimanapun jika benar ada yang dengki, saya rasa itu tidak baik untuk mereka juga," katanya. -utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!