Wednesday, February 6, 2013

'Spiderman' di Hotel Habana Libre, Cuba


'Spiderman' Perancis, Alain Robert, semalam sekali lagi mencatat kejayaan, kali ini memanjat Hotel Habana Libre di ibu negara Cuba, dalam apa yang disifatkannya sebagai sokongan kepada pemimpin revolusi negara ini, Fidel Castro. ''Memanjat merupakan satu cara untuk mengetahui tentang sebuah negara dan budayanya. Ini juga merupakan satu tanda sokongan kuat kepada Castro,'' katanya sebelum memulakan aksinya itu, cubaan pertamanya di Cuba. Robert memulakan aksinya memanjat hotel setinggi 70 meter itu dari tingkat empat bangunan tersebut, sebelum sampai di tingkat 26 hotel berkenaan 28 minit kemudian.

Polis turut menghentikan aliran trafik semasa Robert sampai di puncak bangunan itu. Kejayaannya disaksikan kira-kira 2,000 orang yang bertepuk tangan setiap kali dia sampai ke tingkat seterusnya. Robert, 50, telah memanjat lebih 100 bangunan tanpa menggunakan tali atau sebarang peralatan keselamatan, mencipta rekod sebagai 'pendaki bangunan tanpa bantuan' oleh Guinness World Records. Ketika ditanya sama ada dia akan menemui Castro pada sebelah petang, Robert berkata, dia masih tidak pasti sama ada dapat berbuat demikian. Kelmarin, Castro, 86, yang menyerahkan tampuk pemerintahan kepada adiknya pada 2006, tampil di khalayak ramai dalam tempoh tiga bulan setelah dilihat keluar mengundi pada pilihan raya Parlimen Cuba. - AFP





.

Ada kuburan di tengah-tengah projek binaan bangunan kediaman, dan belum dipindahkan


Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.


Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu. Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut. Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan. -AP






.

Berpantang maut sebelum ajal. Walaupun dalam kemalangan tragis


Tanpa disangka-sangka, seorang remaja lelaki yang begitu bersemangat bekerja pada hari pertamanya ditimpa nasib malang. Wang Xin, 17 tahun, memulakan kerja dan latihannya pada 5 Januari di sebuah kilang di Qinghuangdao, Wilayah Hebei, Utara China. Sedang melakukan kerjanya, secara tiba-tiba sebatang besi yang tajam terjatuh dari tingkat atas kilang tersebut. Mengerikan, besi itu tertusuk ke kepala Wang Xin!


Wang Xin terus di bawa ke hospital kerana insiden itu boleh meragut nyawanya. Hasil dari pemeriksaan doktor, besi sepanjang 3cm yang menusuk tajam telah menembusi otak remaja itu. Doktor telah pun melakukan pembedahan dan ternyata, nyawa Wang Xin masih boleh diselamatkan. Dia selamat dalam pembedahan untuk mengeluarkan besi itu. –Ny






.

Gempar : Hello Kitty dijadikan kuil


Karakter Hello Kitty yang sangat terkenal di dunia dari Jepun ini, tidak hanya digemari kanak-kanak tetapi juga semua orang. Bahkan baru-baru ini ianya disembah, dijadikan kuil seperti yang ada di Chiba Jepun. Tentu dengan izin pihak Sanrio sebagai pemegang hak ciptanya. Pembentukan kuil Hello Kitty bukan hanya di sana saja, tetapi di beberapa tempat di Jepun nampaknya juga mula berlaku. Kerana terlalu "cute", Hello Kitty, dibentuk sebagai tempat "penyembahan" Hello Kitty. Satu kes di Chofu Tokyo, kuil Hello Kitty mini yang harus dibongkar disebabkan dibina tanpa izin Sanrio. Letaknya di Chuo 1-chome Chofu. Sedangkan perasmiannya meriah dengan tari-tarian dan budaya Jepun.

Yoshio Nagasaka, Ketua Asosiasi tempatan yang memberi idea membuka kuil mini tersebut meminta maaf atas kejadian itu. Seramai ratusan pengunjung yang datang ke sana akhirnya kecewa kerana kuil itu akan dibongkar. Tinggi patung Hello Kitty yang "disembah" itu 25 cm dan beratnya 9 kilogram. Entah di mana silapnya, yang pasti kuil tersebut telah mengundang perhatian ramai masyarakat tempatan bahkan juga dari beberapa daerah berdekatan. -AP





.

Apakah yang harus dilakukan ketika terjumpa gajah mati?


Inilah yang akan dilakukan oleh masyarakat Zimbabwe apabila menemui gajah mati.


Di Africa, iaitu Zimbabwe, sebaik sahaja mengetahui ada gajah yang mati, seluruh masyarakat pedalaman akan keluar mendatangi bangkai gajah itu.


Mereka dengan pantas mengerumuni bangkai gajah dan segera melapahnya secara bergotong royong. Daging gajah diambil untuk dimakan.


Dan apa yang lebih unik, mereka melakukannya dengan waktu yang singkat, iaitu 2 jam untuk haiwan sebesar itu.


Dan kemudian, gajah besar itu akan tinggal tulang.







.

Wajah Beyonce 'buruk' di Super Bowl 2013


Baru-baru ini penyanyi terkenal, Beyonce membuat persembahan terbaik ketika pesta olahraga terbesar di Amerika Syarikat, Super Bowl 2013.


Beyonce dengan pakaian serba hitam-hitam menari dan menyanyi dengan sangat bersemangat, sehingga mimik mukanya menjadi tidak keruan. Dan ianya diabadikan dalam beberapa gambar. Ya, penyanyi yang sentiasa tampil sempurna ini, juga nampaknya tidaklah begitu sempurna..


Namun begitu dia tetap merupakan seorang penyanyi yang hebat.. -DM





P/S - Dah tak nampak macam Beyonce..







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!