Thursday, February 21, 2013

PlayStation generasi baharu, PlayStation 4 (PS4) kini di pasaran


Syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony Corp pada Khamis melancarkan PlayStation generasi baharu, PlayStation 4 (PS4). PS4 mengetengahkan ciri-ciri permainan video masa depan dalam dunia peranti mudah alih dan aliran internet berasaskan cloud. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sony Computer Entertainment, Andrew House, berkata PS4 bakal memperkenalkan sistem konsol itu yang dikenali hanya sebuah kotak atau konsol kepada platform yang akan menerajui dunia permainan video sebagai tumpuan permainan masa depan.


PS4 dibangunkan bagi membolehkan sistem konsol itu mengenali pemain, sangat ideal sehinggakan ia mampu menjangkakan permainan yang mana akan dimainkan pemiliknya. Sony juga mengubah suai paparan pengguna di konsol baru yang boleh menyimpan tab pada pilihan pengguna dan menambah ciri-ciri rangkaian sosial. -AP






.

Kemahiran luar biasa dari seorang bayi berusia 18 bulan


Seorang bayi berusia 18 bulan telah menjadi sensasi internet setelah rakaman video yang menunjukkan kemahirannya bermain ping pong dimuat turun ke YouTube. Dalam rakaman tersebut, bayi itu Jamie Myskova-Buddell, duduk di atas meja dan memukul bola yang diserviskan kepadanya, dan berhasil memukul kembali sebahagian besar dari servis. Jamie Myskova Buddell masih berusia 18 bulan tapi mempunyai kemampuan membalikkan servis dengan baik.

Jamie sesekali berjaya menambah mata. Diketahui, sejak pertama kali dimuat turun, klip video berdurasi satu minit setengah ini telah dilihat lebih dari 1 juta kali. -YT





.

Bayi ini dapat penerbangan percuma sehingga 21 tahun kerana lahir dalam kapal terbang


Manusia hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan. Baru-baru ini sebuah kapal terbang, penerbangan Bolivia memberikan penerbangan percuma kepada bayi yang lahir di salah satu pesawat mereka. Jurucakap, Jerry Holters, mengatakan bayi perempuan tersebut lahir dua minggu lebih awal di dalam pesawat Transportes Aereos Militares (TAM). Pada ketinggian 24,000 kaki, seorang doktor dan jururawat yang kebetulan berada dalam pesawat tersebut membantu proses ibu yang bersalin itu.

Holters mengatakan, penerbangan komersial militer (TAM) akan memberikan penerbangan domestik percuma pada bayi tersebut hingga usia 21 tahun. Dia juga akan mendapat biasiswa sehingga sekolah menengah di sekolah Angkatan Udara Bolivia. Untuk menghormati syarikat penerbangan, bayi perempuan itu diberi nama Tami. Kini dia dan ibunya berada dalam keadaan sihat di hospital tempatan. -AP





.

Sedihnya kehidupan anak-anak dalam penjara


Sebenarnya, kanak-kanak yang masih kecil itu belum pernah membuat kesalahan undang-undang. Namun di Argentina, puluhan anak di bawah lima tahun harus menetap dalam kemiskinan dan kekerasan penjara. Bahkan ramai yang terpaksa lahir di balik jeriji besi. Jurugambar, Carolina Camps adalah orang yang mengambil gambar didalam penjara Amerika Selatan. Dan dari dia, terpampang deretan foto wanita yang membesarkan anak dalam penjara.


Di Argentina, dalam 20 tahun ini, jumlah tahanan wanita yang hidup bersama anak mereka terus bertambah. Setidaknya ada sepertiga dari jumlah tahanan wanita yang melahirkan dan membesarkan anak dalam penjara. Anak-anak itu diizinkan menetap hingga berusia 4 tahun. Majoriti pesalah itu terjerumus ke penjara akibat dadah, rompakan, atau pembunuhan. Sedangkan anak-anak mereka tak bersalah. Meskipun begitu, penjara bakal terus menjadi kehidupan pada anak yang lahir di dalamnya.


Seorang pesalah yang hidup dengan bayinya adalah Sandra Valdez. Di tahun 2007, usia si anak masih sangat kecil, satu tahun lapan bulan. Keduanya menjalani hari-hari di penjara Unidad, Los Hornos. Kini Valdez telah bebas dan menetap di daerah daif, pinggiran Buenos Aires. Veldez masuk penjara kerana dituduh menjual dadah. Dan dia sedang hamil ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara pada 2006. Selama dua tahun, Veldez berada di penjara dengan anak bongsunya. Veldez memiliki sembilan anak dari tiga lelaki berbeza. Kini dia hidup bersama pasangan keempatnya. -MailOnline





.

Penyanyi ini bakal rujuk dengan bekas isteri


Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan. Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem. "Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga. "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya. Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu. "Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.

"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya. Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu. "Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!