Thursday, February 28, 2013

Awas lelaki, risiko makan makanan ringan


Lelaki yang menikmati makanan ringan bergoreng lebih sekali seminggu bakal meningkatkan risiko diserang kanser prostat sebanyak 30 peratus, menurut satu kajian. Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson, Seattle mendapati makanan ringan seperti kentang goreng, ayam goreng, ikan goreng yang bersadur tepung dan donat memainkan peranan penting dalam membentuk penyakit berbahaya itu. Walaupun beberapa penyelidikan sebelum ini menyatakan diet tidak seimbang menyebabkan lelaki mendapat kanser prostat, kajian terbaharu ini merupakan yang pertama menunjukkan makanan bergoreng lebih berbahaya.

 "Kajian ini yang pertama mengaitkan antara pengambilan makanan ringan bergoreng dengan risiko kanser prostat," kata Ketua Penyelidik, Dr. Janet Stanford. Beliau berkata, menikmati makanan ringan bergoreng sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu meningkatkan risiko kanser antara 30 hingga 37 peratus, berbanding lelaki yang hanya makan makanan tersebut kurang dari sekali sebulan. Kajian tersebut dilakukan terhadap 1,549 lelaki yang dikesan menghidap kanser prostat dan 1,492 lelaki sebaya yang sihat. Kesemua peserta berusia antara 35 hingga 74 tahun dan mereka disoal mengenai tabiat pemakanan. Menurut perangkaan, hampir 40,000 kes kanser prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibat penyakit itu.

Risiko kanser meningkat melalui pertambahan usia dan lelaki berusia 50 tahun mula dilihat lebih mudah diserang tumor, namun ia juga bergantung kepada elemen genetik. Bagaimanapun, punca utama mengapa kentang goreng dan ayam goreng mengundang risiko kanser masih belum jelas. Satu teori mengatakan, apabila minyak masak dipanaskan pada suhu yang tinggi bagi kaedah goreng tenggelam, bahan karsinogen yang bertanggungjawab dalam proses pembentukan sel kanser akan terbentuk dalam makanan yang digoreng itu. - AGENSI






.

Aktres cantik ini mengakui telah lama bercerai dengan suaminya


Aktres cantik, Catherine Zeta-Jones dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Michael Douglas, sejak musim panas lalu. Sebelum ini, Jones, 43, pernah menafikan kemelut rumah tangganya, namun perkahwinan selama 12 tahun itu akhirnya gagal diselamatkan lagi. Penceraian itu dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan Douglas, 68, yang semakin teruk.

Namun, Jones menafikan dakwaan tersebut. "Kami berpisah bukan sebab itu saja. Kami tidak dapat bersama lagi kerana beberapa perkara. Mungkin inilah jalan terbaik," katanya. Turut dilaporkan, Michael telah berpindah dari rumah yang didiami bersama Jones serta dua anaknya, Dylan dan Carys, serta dikatakan menyewa di kawasan berdekatan. -AP





.

Awas, Akibat Kurang tidur


Kurang tidur, walaupun cuma seminggu berpotensi memberikan kesan bahaya kepada gen, menurut kajian yang menunjukkan kaitan antara masalah tidur dan pelbagai masalah kesihatan. Sebelum ini, ia sudah pun dikaitkan dengan masalah seperti penyakit jantung dan kecacatan kognitif serta obesiti. Namun penyelidik tidur, Derk-Jan Dijk dan pasukan penyelidiknya, mengulas mengenai mekanisme molekul di belakang fenomena itu, melihat bagaimana kekurangan tidur membawa kepada masalah kesihatan.

Mereka mendapati tidur selama enam jam atau kurang selama seminggu pada waktu malam menjejaskan 711 gen, termasuk yang terbabit dalam keradangan, imuniti dan tindak balas tekanan. Mereka juga mengalami kejanggalan dalam rentak circadian gen, berdepan penurunan mendadak bilangan gen sepanjang hari dan menjejaskan amplitud. Menurut kajian pada 2010 oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hampir satu pertiga pekerja di Amerika Syarikat, 40.6 juta, secara purata tidur enam jam atau kurang pada waktu malam.  -Agensi





.

Ada burung mati dalam salad yang dijual oleh Tesco


Pelanggan terkejut mendapati burung mati dalam salad Tesco mereka ketika menyediakan makan malam. James, 30, dan Jasmine Watson, 32, dari Yate, Gloucestershire, terkejut apabila membuka plastik Salad Roket Babyleaf berharga £ 1.50 dalam cahaya malap dan mendapati ada burung mati yang dikenalpasti sebagai Blackcap European warbler. Salad itu telah dibeli melalui laman web Tesco tiga minggu lalu. Menurut pasangan itu, mereka telah membuat aduan di pejabat Tesco berhampiran. Dan Tesco secara rasmi telah memohon maaf dan menawarkan £ 200 hadiah kad sebagai pampasan.


Tetapi pengarah jualan Tesco, Encik Watson mahu tahu bagaimana burung mati itu berada dalam salad. Beliau berkata: 'Kita tidak percaya. Kami berdiri di situ, benar-benar terkejut, selama sekurang-kurangnya dua minit' -DM






.

Cerita terbaru mengenai Pelakon filem 'Eiffel I'm In Love'


Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga, selebriti mereka tidak terkecuali melibatkan diri dalam bidang perusahaan fesyen. Ia termasuklah aktres Shandy Aulia yang kini kembali aktif dan memberi perhatian kepada fesyen 'linenya' yang diberi nama Shandy Aulia Collection. Jelasnya, meski pun ia dijalankan sejak tahun 2006, namun jadual kerja yang padat dalam bidang lakonan membuatkan dia mengabaikan perusahaannya itu.

"Saya akui terpaksa meninggalkan sekejap perusahaan ini, namun sekarang saya sudah letih berlakon dan mahu fokus terhadap bidang ini pula. "Walaupun tidak mempunyai latar belakang fesyen tetapi saya tidak kisah, yang penting saya sukakannya," kata bintang filem Eiffel I’m in Love ini. -AP





.

Penyanyi dan pelakon cantik ini diburu pihak berkuasa


Penyanyi dan pelakon seksi Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe, kini menjadi wanita paling dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini. Artis kontroversi yang dilahirkan dengan nama Yuli Rahmawati, secara rasmi diumumkan sebagai orang buruan oleh Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur, berikutan kegagalannya menyerah diri kepada pejabat berkenaan pada 25 Februari lalu.

Jupe didakwa mengabaikan saman daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010. Kedua-dua penyanyi dangdut kontroversi itu menjadi perhatian masyarakat, berikutan pergaduhan itu yang asalnya merupakan babak lakonan dalam filem seram tersebut. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!