Friday, March 8, 2013

Info : Kajian mendapati, telefon pintar jejaskan hubungan


Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati perbualan menerusi telefon pintar menjadi lebih penting daripada perbualan bersemuka sehingga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat langganan, Socked.co.uk. kira-kira 80 peratus lelaki di UK mengaku menggunakan telefon pintar atau komputer tablet mereka ketika sedang makan malam. Data terbaru menunjukkan peningkatan jumlah mereka yang enggan berbual secara bersemuka walaupun perbuatan itu dilihat melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.

Sejumlah orang lebih gemar berbual dengan orang yang mungkin tidak pernah bertemu di talian berbanding berbual dengan pasangan mereka sendiri, ahli keluarga atau rakan yang berada di hadapan mereka. Hasil kajian mendapati, sebanyak 76 lelaki hanya berdiam diri ketika bersama pasangan mereka pada waktu malam sambil melayari laman-laman web.

Sebanyak 84 peratus responden berkata, mereka menjadi marah apabila mereka diganggu ketika menggunakan telefon pintar atau komputer tablet. Wakil Socked.co.uk, Mark Hall berkata, media sosial dan Internet sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengganggu hubungan dalam kehidupan. ''Apabila seseorang memegang telefon, seolah-olah dunia di sekitar mereka tidak membawa apa-apa makna. ''Data mengenai kejadian ini sangat mengejutkan,'' katanya. - AGENSI






.

Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, dia melakukannya



Manusia adakalanya tenggelam dalam rangkaian kegiatan yang terlalu berlebihan sehingga mereka lupa menjaga keseimbangan persekitaran. Namun usaha seorang lelaki berasal dari India ini sungguh luar biasa. Dia berhasil membina semula alam persekitaran sekitarnya dengan membuat hutan seorang diri. Ya, Jadav ‘Molai’ Payeng, adalah seorang lelaki yang menghijaukan hutan gundul seluas 1,360 hektar seorang diri selama 30 tahun. Payeng yang ketika itu masih berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam pokok di wilayah Assam India Utara setelah dia menemukan haiwan liar yang hidup di daerah itu menderita kerana hutan gundul. “Ular-ular mati kepanasan kerana tak ada pokok.

"Aku duduk dan menangisi kematian mereka. Haiwan liar itu seperti dibantai. Saya memberitahu hal ini kepada Pejabat perhutanan dan meminta mereka untuk menanam pokok di sana,” ujarnya. Namun permintaan Payeng ditolak. Sebaliknya, Pejabat perhutanan malah meminta Payeng untuk menanam bambu. Sakit hati atas perlakuan tersebut, Payeng menanam pokok bambu di area hutan gundul tersebut seorang diri. Payeng yang kini berusia 47, mula menanam pada tahun 1979 dan mengabadikan hidupnya menanam pokok. Dia meninggalkan pendidikan, rumah dan mula tinggal di kawasan itu.. -Metro






.

Ini adalah antara bank terkecil di dunia, yang hanya memiliki seorang pekerja


Bank Raiffeisen eG Gammesfeld merupakan salah satu bank daerah terkecil di dunia. Uniknya, bank ini hanya dikelolakan oleh satu orang iaitu Peter Breiter (41), pemilik sekaligus satu-satunya pegawai di bank tersebut. Dari mula transaksi simpan, pinjam hingga pembukuan dia lakukan sendiri secara manual dan menggunakan peralatan sederhana. Tentunya bank semacam koperasi ini tidak terkait dengan sistem jaringan bank di Jerman, dan bank ini juga tidak mempunyai layanan ATM seperti bank pada umumnya. Namun, bank yang terletak di desa yang dihuni sekitar 500 orang ini berhasil mengumpulkan keuntungan sebesar 40,000 euro setiap tahun.

Bank yang dibangunkan sejak 1870 ini merupakan salah satu dari sepuluh bank terkecil di Jerman. Pada tahun 1970 jumlahnya mencapai 7000 bank sepertinya di Jerman, tapi kini tinggal 1100 unit saja. Bank ini merasa bangga kerana dapat memberikan bunga berbeza kepada setiap pelanggannya antara 1000 euro hingga 10,000 euro setiap bulan sesuai dengan jumlah baki di bank tersebut. Sedangkan pinjaman terbesar ke bank ini yang pernah disetujui adalah sebesar 650,000 euro. Meskipun kecil, namun aset bank ini mencapai 15 juta euro. -AFP





.

Kim Kardashian panik kerana dia sangka dia keguguran


Dilaporkan media, Kim Kardashian dikejarkan ke hospital menemui doktor dan menangis pada malam Selasa, kerana takut dia telah mengalami keguguran. Bintang berusia 32-tahun itu, yang hamil bayi pertamanya dengan teman lelaki, Kanye West, dikatakan telah merasa sakit sejurus selepas tiba kembali di Los Angeles dari Paris dan terus bergegas menemui doktor. Satu sumber memberitahu New York Post: 'Kim mula rasa sakit dalam pesawat dari Paris, dan menelefon kawan-kawan sebaik sahaja dia mendarat.

'Beliau dikejarkan ke hospital sambil menangis. Dia fikir dia telah mengalami  keguguran. ' Kim kemudian telah dilepaskan daripada doktor pada kira-kira 12:30 pada pagi Rabu, selepas doktor memberi jaminan bahawa kedua-dua dia dan bayinya dalam keadaan baik. Namun begitu, doktor Kim dikatakan telah memberitahu bintang realiti itu untuk memperlahan jumlah senaman yang dia lakukan. -NyPost





.

Kisah seorang blogger yang memiliki struktur wajah menyerupai alien..


Tina Leopard ialah seorang model sekaligus blogger berasal dari China yang menghebohkan orang awam China sejak dia memuat turun gambar peribadinya ke laman Weibo (Twitter versi China). Satu hal yang membuatkan orang awam heboh ialah struktur wajah Tina yang aneh dan cenderung menyerupai alien. Dagu Tina sangatlah runcing, pipinya pun luar biasa tirus, yang membuatkan matanya nampak sangat besar.


Sebenarnya penampilan Tina merupakan penampilan yang sedang tren untuk wanita China, iaitu penampilan seperti watak anime Jepun, dimana dagu yang runcing dan mata super besar menjadi ciri khasnya. Kehadiran Tina Leopard dan struktur wajahnya yang unik membuat ramai orang berspekulasi apakah dia melakukan perubahan dengan photoshop saja atau dia juga membuat pembedahan plastik untuk memperolehi penampilannya yang aneh tersebut? -Weibo







.

Tentera Mengamuk Bakar Ibu Pejabat Polis


Sekumpulan anggota tentera darat Indonesia yang mengamuk telah menyerang dan membakar sebuah bangunan ibu pejabat polis daerah di Sumatera Selatan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera dan sebahagian besar bangunan ibu pejabat itu musnah. Mereka turut membakar dan memusnahkan beberapa buah kenderaan polis yang terletak dalam kawasan kompleks ibu pejabat polis daerah Ogan Komering Ulu itu, yang terletak di Kota Baturaja. Dalam kekecohan yang berlaku itu serta musnahnya bangunan, sejumlah 16 tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri dari lokap ibu pejabat polis itu.

Jurucakap polis berkata kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berpunca daripada kes penembakan mati seorang anggota tentera dari sebuah batalion tempatan pada Januari lepas oleh seorang anggota polis, kerana kesalahan lalu lintas. Kumpulan anggota tentera yang mengenakan seragam celoreng itu dilaporkan pergi ke ibu pejabat polis daerah itu pada hari ini untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung siasatan kes penembakan mati rakan mereka itu. Bagaimanapun mereka kemudian mengamuk dan menyerang anggota polis di situ serta membakar bangunan ibu pejabat polis daerah itu serta beberapa kenderaan polis. Kumpulan anggota tentera itu telah pergi ke situ tanpa pengetahuan ketua mereka dan hanya meninggalkan tempat itu setelah pihak pimpinan mereka yang menerima laporan tentang kejadian itu, memerintahkan mereka pulang ke markas.

Anggota polis yang cedera dilaporkan mengalami luka tikaman. Menteri Penyelaras bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia Djoko Suyanto dalam kenyataannya meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan anggota tentera terbabit kerana perbuatan mereka tidak boleh diterima sama sekali. Beliau kesal berlakunya serangan itu lebih-lebih lagi kerana bangunan yang dibakar oleh kumpulan anggota tentera terbabit adalah milik Polis Indonesia dan merupakan simbol negara. -BBC






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!