Thursday, March 14, 2013

Angry Birds dengan Siri Kartun


Pencipta permainan Angry Birds akan melancarkannya dalam bentuk siri kartun pula pada hujung minggu ini, bagi memberikan lebih hiburan melalui permainan yang pernah menghiburkan dan menjadi kegilaan ramai. Rovio, syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular, Angry Birds berkata siri kartun ini akan menampilkan pengembaraan burung yang pernah muncul dalam permainan sebelum ini.

Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas permintaan, dan akan disiarkan di saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia, Cartoon Network di India, MTV3 Juniori dan MTV3 di Finland, katanya.

Rovio telah meluaskan pengaruhnya melalui pengeluaran barangan beberapa tahun kebelakangan ini dan watak burung berwarna-warninya banyak dijual dan juga boleh didapati pada baju-T shirt sehingga produk minuman bertin. Pada Disember, diumumkan bahawa eksekutif Hollywood, David Maisel telah dilantik sebagai penerbit eksekutif filem animasi 3D yang dijangka akan diterbitkan pada 2016.





.

Maut Akibat Alkohol Buatan Sendiri


Seramai 60 orang maut manakala beratus lagi mengalami keracunan selepas mengambil minuman alkohol buatan sendiri di Libya, demikian menurut pegawai kerajaan susulan pihak berkuasa tempatan mahu mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan minuman keras. "Angka korban akibat pengambilan minuman alkohol berkenaan meningkat kepada 60 orang manakala 709 yang lain mengalami keracunan," kata Ketua Pasukan Krisis Kementerian Kesihatan, Osama Abdejalil pada sidang media, di sini, Sabtu lalu.

Menteri Kesihatan, Nour Doghman, berkata masalah keracunan kemungkinan disebabkan metanol yang terdapat dalam arak murah dikenali sebagai Boukha dan Libya menggesa rakyatnya supaya tidak mengambil sebarang bentuk minuman beralkohol ketika ini. Metanol yang juga digunakan sebagai bahan api sering dicampurkan dengan arak buatan sendiri dalam kuantiti kecil untuk mengukuhkan kandungan alkoholnya. - AFP

Ada sebab burung nuri ini dipakaikan baju


Burung nuri ini diberi penampilan baru, dengan memakai pakaian khas. Burung nuri yang dinamakan Charlie itu terpaksa dipakaikan pakaian khas untuk membantu dia pulih selepas dia mengalami kebuluran untuk satu tempoh yang agak lama dan kerana keadaan itu, ia terpaksa mencabut bulu sendiri dan memakannya. Pemilik burung ini, Rebecca Blagg sengaja membuat baju khas untuk burungnya dengan pilihan 4 warna berbeza untuk menjadikan burung itu lebih menyerlah.


Dan dengan pakaian itu, Charlie tidak lagi mencabut bulunya. Puan Blagg, 47 tahun, yang merupakan penyelaras kawasan untuk Safe Haven, yang juga pusat menyelamat burung nuri, membawa Charlie ke rumahnya selepas mendengar mengenai kesihatan serius burung itu ketika diselamatkan. -AP





.

Kerana cinta, tentera itu direjam sampai mati


Seorang anggota tentera direjam sampai mati di kawasan puak di barat laut Pakistan berikutan dakwaan menjalin hubungan dengan seorang remaja perempuan, kata pihak berkuasa semalam. Satu majlis puak di bandar Parachinar, hampir dengan sempadan Afghanistan di daerah Kurram, mengarahkan hukuman ke atas Anwar-ud Din, yang berusia 25 tahun kerana melakukan hubungan haram dengan gadis tempatan. Ada kira-kira 40 hingga 50 orang membaling lelaki itu dengan batu sehingga dia berdarah dan meninggal dunia, kata seorang anggota puak tempatan kepada AFP.

Hubungan antara lelaki dan wanita tanpa persetujuan keluarga dianggap tidak bermoral oleh kebanyakan masyarakat di Pakistan, terutama di kawasan puak barat laut yang konservatif, di mana militan dikaitkan Taliban dan Al-Qaeda mempunyai kubu kuat. Beratus-ratus orang dibunuh di negara itu setiap tahun atas nama mempertahankan maruah keluarga, namun merejam jarang dilakukan.

Din dituduh mempunyai hubungan dengan seorang gadis 18 tahun dan bertemu secara sulit, namun kedua-duanya ditangkap Ahad lalu di sebuah perkuburan, kata anggota puak kepada AFP. Tentera terbabit mengakui dia bertemu dengan gadis itu tiga kali atau lebih sebelum hukuman dilakukan kelmarin di kawasan perkuburan di mana pasangan itu ditangkap, kata anggota puak, menambah bahawa mayatnya kemudian dibawa ke hospital. -AFP






.

Pelik : Wanita ini akan menempah maut jika dia bersenam


Ramai orang yang enggan ke gimnasium mengatakan mereka alah untuk bersenam, tetapi bagi seorang ibu ini, dia memang alah untuk bersenam. Kasia Beaver, 33, tidak boleh bersenam sehingga berpeluh kerana kadar jantung yang meningkat boleh mencetuskan reaksi yang boleh membawa maut. Ibu empat anak itu hanya salah seorang daripada segelintir orang di UK yang mengalami keadaan, yang dikenali sebagai Exercise-Induced Angioedema (EIA).


Mengejar bas atau mengejar anak-anaknya selepas dia makan makanan yang tertentu boleh menyebabkan mukanya membengkak dan boleh membunuhnya. Puan Beaver, dari Redditch, Worcestershire, berkata: 'Apabila saya mendapat serangan, mata saya membengkak dan mula gatal. Dalam masa lima minit, mata akan tertutup sepenuhnya. Ia menakutkan, terutamanya jika saya bersendirian dengan anak-anak.


Beaver yang mengalami serangan pertama ketika dia berusia dalam awal 20-an sebelum dia hamil dengan anak pertamanya, Jay, kini 12 tahun. Pada mulanya, dia menganggap ia adalah alahan reaksi kepada eye shadow yang dibelinya. Dia yang juga ibu kepada Grace, lapan, Madison, tujuh dan tiga tahun Millie, segera berhenti menggunakan make-up tetapi ia mengambil masa tiga hari untuk bengkak itu surut. -AP






.

Taktik baru memalsukan kehadiran ke tempat kerja


Ini memberi makna baru untuk merakamkan waktu masuk di tempat kerja, apabila beberapa doktor di sebuah hospital di Brazil mengesan rakan-rakan mereka yang tidak hadir ke tempat kerja dengan menggunakan jari silikon palsu yang mempunyai cap jari mereka untuk memperdayakan mesin biometrik. Saluran televisyen Globo menunjukkan rakaman seorang doktor menunjukkan jarinya kepada peranti itu, dan kemudian menggunakan dua digit palsu untuk melakukan perkara yang sama untuk rakan-rakannya, dan mengambil slip kertas yang menunjukkan mereka telah masuk ke tempat kerja. Keadaan tersebut menunjukkan ramai doktor yang bertugas sedangkan hanya seorang doktor sahaja pada ketika itu.

Perkara itu berlaku pada Ferraz de Vasconcelos di Greater Sao Paulo. Wanita itu memberitahu polis bahawa enam doktor telah melakukan penipuan. “Dia berkata bahawa dia dahulunya tidak terlibat tetapi dipengaruhi untuk melakukan tugasnya,” kata peguamnya, Celestino Gomes Antunes. Rangkaian televisyen yang lain pula berkata, ketua bilik kecemasan yang melakukan penipuan itu dan anak perempuannya tidak bekerja sehari dalam tiga tahun tetapi mendapat gaji untuk hari berkenaan. Setakat ini, lima doktor telah digantung tugas sebagai sebahagian daripada siasatan. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!