Sunday, March 24, 2013

Penyakit ini boleh merebak dalam penerbangan


Demam campak boleh merebak di dalam kapal terbang walaupun penumpang berada jauh daripada pesakit yang terkena penyakit itu, kata satu kajian Australia semalam. Kajian oleh Garry Dowse dari Direktorat Kawalan Penyakit Berjangkit Australia Barat dan rakannya berkata bahawa wujud risiko mendapat campak dalam sesebuah pesawat di Australia walaupun penyakit itu sudah dihapuskan. “Tempoh lapan hari diperlukan untuk mengenal pasti seseorang penumpang sudah dijangkiti dan ketika itu vaksin sudah tidak berkesan. “Jadi kebanyakan dasar kita tidak berkesan kerana kita dapati ia sudah terlambat,” kata Dowse kepada AFP sebelum mendedahkan kajian. Kajian melihat kepada semua kes campak dikesan di Australia antara Januari 2007 dan Jun 2011 di mana pesakit dijangkiti ketika dalam perjalanan dengan pesawat.


Jangkitan selepas penerbangan 

Penyelidik mengenal pasti 45 kes jangkitan dan mendapati bahawa 20 adalah kes sekunder, di mana mereka mendapat penyakit itu selepas penerbangan, dalam tujuh daripada 49 penerbangan yang terjejas. Kira-kira 45 peratus jangkitan sekunder ini didapati di kalangan mereka yang duduk dalam barisan kedua manakala 55 peratus adalah mereka yang duduk selain daripada barisan itu. “Jika kita dapat mengesan mereka dalam tempohnya, yang paling baik kita hanya mampu membantu 45 peratus daripada kes berkenaan,” kata Dowse.


Berjangkit ketika berbaris 

Katanya, ia tidak diketahui mengapa ini berlaku tetapi sudah diketahui bahawa orang ramai sering kali bergerak keluar masuk untuk ke tandas ketika dalam penerbangan. “Orang ramai mungkin dijangkiti bukan di dalam penerbangan tetapi ketika berbaris untuk daftar masuk,” katanya. - AFP






.

Album KRUnomena, kini dipasaran


ALBUM: KRUnomena 
ARTIS: KRU 
EDARAN: United Studios Sdn Bhd 


SELEPAS enam tahun tanpa album, kumpulan adik beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang telah pun melakar nama di industri hiburan tempatan selama 21 tahun muncul dengan album KRUnomena. Album yang ke 15 itu seperti biasa menampilkan Edry selaku komposer dan penerbit sepenuhnya untuk album ini. Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan iaitu Semalam Tanpamu (menampilkan Stacy), Setiap, Kesejatian Cinta, Ganas, Separuh Mati, Tiga Kata, Wanita, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2 (ciptaan Norman).

Menariknya tentang lagu-lagu dalam KRUnomena, setiap satunya mempunyai makna yang tersendiri kepada mereka tiga beradik. Penampilan khas Stacy sebagai 'bunga' dalam album ini memberi kelainan sedikit pada lagu Semalam Tanpamu. Melodi pop rock dengan suntikan unsur ganas cukup komersial dalam menarik perhatian pendengar yang bukan daripada kalangan peminat KRU. Selain itu, lagu Kali Ke-2 merupakan susunan baru kepada lagu lama yang pernah menjadi hit iaitu Dua.

Difahamkan ini merupakan permintaan khas Yusry sendiri yang meletakkan nilai peribadi ke dalam lagu tersebut. Secara keseluruhannya, gaya penyampaian muzik KRUnomena masih lagi sama seperti album-album sebelum ini namun pada masa sama suntikan muzik baru tetap ditonjolkan sebagai mengikut peredaran muzik masa kini. Album tersebut sudah pun berada di pasaran bermula 31 Januari termasuk penjualan secara fizikal dan digital. Peminat juga boleh membeli album melalui United Studios Facebook (untuk ditandatangani dan dengan mesej peribadi). Klip video lagu-lagu dalam KRUnomena boleh ditonton menerusi laman Youtube. Album KRUnomena dijual dengan harga RM29.90. -Mstar





.

Kisah menarik mengenai 'Mulan Jamila'


Harimau biasanya dianggap sebagai haiwan yang paling ganas, namun seekor harimau betina di sini sangat jinak sehingga sering bermanja serta mencium penjaganya. Harimau Benggala yang diberi nama sempena nama penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jamila itu dipelihara di Sekolah Islam Al-Khaffah di Malang, Jawa Timur, Indonesia dengan permit daripada kerajaan. Mamalia karnivor berusia empat tahun itu dijaga oleh penjaganya, Soleh, selepas dihadiahkan kepada sekolah tersebut. Mulan dan Soleh sangat rapat sejak haiwan itu mula berada di sekolah dan mereka sering dilihat bermain bersama di kawasan padang rumput di situ.


Soleh memberi harimau itu daging sebanyak 5 kilogram setiap hari, sejak Mulan berusia tiga bulan. Dalam habitat semula jadi, harimau Benggala tinggal bersendirian dan mengawal 'wilayahnya' secara agresif bagi mengelak musuh, namun haiwan itu jarang menyerang manusia. Harimau Benggala juga dikenali sebagai 'pemburu malam' kerana kemampuannya berjalan berpuluh kilometer bagi memburu kerbau, rusa, babi hutan dan lain-lain mamalia besar. - AGENSI






.

Beginilah nasib pengantin kanak-kanak berusia 12 tahun di China


Kerajaan di Provinsi Guizhou, China, membatalkan perkahwinan seorang gadis kecil berusia 12 tahun yang dijual ayahnya sendiri kepada seorang pemuda berusia 28 tahun. Gadis kecil itu dilaporkan tinggal bersama ayahnya yang selalu sakit di sebuah desa miskin di Provinsi Guizhou. Si ayah, yang sudah bercerai dengan ibu si gadis kecil, bekerja di bandar lain. Mantan isterinya, yang tinggal bersama anak kecilnya, mengetahui perkahwinan ganjil itu ketika berkunjung ke desa untuk menghadiri sebuah majlis pengkebumian. Mengetahui hal itu, ibu gadis kecil tersebut terus melaporkannya kepada polis.

Laman China News Service mengkhabarkan, kerajaan tempatan kemudian membatalkan perkahwinan itu kerana pengantin perempuan belum cukup umur. Perkahwinan itu pun khabarnya diadakan demi sejumlah wang. Kerajaan kemudian memutuskan agar gadis cilik itu menyelesaikan sekolahnya dan akan diberi bantuan kewangan untuk keluarganya. Di China, jutaan anak "ditinggal" di desa dengan keluarga, sementara orangtuanya bekerja di bandar. Anak-anak itu ditinggal kerana orangtua tak memiliki cukup wang jika harus membawa mereka.  -China News





.

'Rakyat Palestin Berhak Merdeka di Tanah Sendiri' - Barrack Obama


Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, berkata, rakyat Palestin berhak menjadi orang bebas di tanah mereka sendiri, dan meminta Israel melihat dunia melalui mata mereka. Kenyataan itu dilontarkan Obama dalam pidatonya di hadapan mahasiswa Israel, di International Convention Center di Jerusalem. Obama mengaku merasa sukar dalam menyelesaikan masalah antara Israel dan Palestin. Namun, dia mengatakan perdamaian merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan konflik. "Dengan demografi di sebelah barat Sungai Yordan, satu-satunya cara bagi Israel untuk bertahan dan berkembang sebagai negara Yahudi, adalah melalui realisasi Palestin yang independen dan layak," ujar Obama. Rakyat Palestin, lanjutnya, memiliki hak untuk menentukan nasibnya sendiri. "Tempatkan diri anda dalam posisi mereka melihat dunia melalui mata mereka. Sangatlah tidak adil seorang anak Palestin tidak dapat membesar dalam keadaan negara yang merdeka, dan hidup dengan kehadiran tentera asing yang menguasai pergerakan orang tuanya setiap hari," tuturnya.

"Sama seperti Israel membangunkan negara di Tanah Air mereka, Palestin juga memiliki hak untuk menjadi orang merdeka di tanah mereka sendiri," tambah Obama. Obama berpidato setelah bertemu Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah, di mana dia mendesak para pemimpin Palestin melanjutkan pembicaraan damai dengan Israel. Obama, dalam sebuah konferensi akhbar dengan Abbas, menegaskan, komitmen AS untuk mendorong terciptanya negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. "Kami akan terus mencari langkah-langkah yang baik, agar Israel dan Palestin dapat membangunkan kepercayaan dan keyakinan pada perdamaian," katanya. Presiden AS berkulit hitam pertama, juga menyeru perundingan langsung antara Israel dan Palestin.-BBC






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!