Sunday, March 24, 2013

Penyakit ini boleh merebak dalam penerbangan


Demam campak boleh merebak di dalam kapal terbang walaupun penumpang berada jauh daripada pesakit yang terkena penyakit itu, kata satu kajian Australia semalam. Kajian oleh Garry Dowse dari Direktorat Kawalan Penyakit Berjangkit Australia Barat dan rakannya berkata bahawa wujud risiko mendapat campak dalam sesebuah pesawat di Australia walaupun penyakit itu sudah dihapuskan. “Tempoh lapan hari diperlukan untuk mengenal pasti seseorang penumpang sudah dijangkiti dan ketika itu vaksin sudah tidak berkesan. “Jadi kebanyakan dasar kita tidak berkesan kerana kita dapati ia sudah terlambat,” kata Dowse kepada AFP sebelum mendedahkan kajian. Kajian melihat kepada semua kes campak dikesan di Australia antara Januari 2007 dan Jun 2011 di mana pesakit dijangkiti ketika dalam perjalanan dengan pesawat.


Jangkitan selepas penerbangan 

Penyelidik mengenal pasti 45 kes jangkitan dan mendapati bahawa 20 adalah kes sekunder, di mana mereka mendapat penyakit itu selepas penerbangan, dalam tujuh daripada 49 penerbangan yang terjejas. Kira-kira 45 peratus jangkitan sekunder ini didapati di kalangan mereka yang duduk dalam barisan kedua manakala 55 peratus adalah mereka yang duduk selain daripada barisan itu. “Jika kita dapat mengesan mereka dalam tempohnya, yang paling baik kita hanya mampu membantu 45 peratus daripada kes berkenaan,” kata Dowse.


Berjangkit ketika berbaris 

Katanya, ia tidak diketahui mengapa ini berlaku tetapi sudah diketahui bahawa orang ramai sering kali bergerak keluar masuk untuk ke tandas ketika dalam penerbangan. “Orang ramai mungkin dijangkiti bukan di dalam penerbangan tetapi ketika berbaris untuk daftar masuk,” katanya. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

abgDude a.k.a kai on March 25, 2013 at 2:25 AM said...

kalau duduk lame dlm flight bahaye...
lagi2 kalau ade pelancong asing..

***
http://abgdude.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!