Sunday, March 31, 2013

Mahalnya album penyanyi kumpulan ini



Satu salinan album kumpulan The Beatles yang bertajuk “Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band", yang jarang ditemui dijual pada harga AS$290,500 (RM898,281.11) pada satu acara lelongan, kata The Hollywood Reporter. Majalah hiburan itu melaporkan di laman webnya bahawa album berkenaan ditandatangani oleh kesemua empat anggota kumpulan yang terkenal itu, telah dibeli pada Sabtu menerusi Lelongan Warisan yang berpangkalan di Dallas oleh seorang pembeli tidak bernama dari Midwest. Terdahulu, anggaran yang dicadangkan bagi jualan album itu ialah kira-kira AS$30,000 (RM92,766), kata penerbitan itu. Kumpulan The Beatles dipercayai telah menandatangani pada kulit album itu pada Jun 1967 ketika ia dikeluarkan. Menurut The Hollywood Reporter, rekod yang sebelum ini, ialah kulit album Beatles yang ditandatangani pada harga AS$150,000 (RM463,830). - AFP







.

Orang kaya ini tiba-tiba jatuh miskin hanya dalam semalam



"Situasi buruk, buruk sekali," kata John Demetriu (65) sambil mengelap air matanya. "Saya kehilangan semua wang saya." John Demetriu sekarang tinggal di sebuah desa nelayan Liopetri di Cyprus. Namun selama 35 tahun sebelumnya dia tinggal di Bondi Junction di Sydney, tempat dia bekerja selama bertahun-tahun menjual perhiasan asli dan tiruan. Dia meninggalkan Cyprus di tahun 1970-an ketika kawasan itu terlibat konflik dengan Turki, membawa isteri dan anak-anaknya ke Australia. Di tahun 2007, dia kembali ke Cyprus untuk pencen dengan dana sekitar 1 juta dollar AS yang merupakan keseluruhan simpanannya. Dia merancang untuk membiayai pendidikan beberapa cucunya—yang tinggal di Cyprus—untuk membolehkan mereka ke universiti.

Dia juga harus membiayai perbelanjaan perubatannya kerana dia menghidap sakit jantung. Bunga dari wang  tabungannya cukup untuk pencen dengan selesa dan kadang kala dia akan melakukan percutian ke Australia. Dia juga sempat ingin membeli kapal. Semuanya itu belum sempat dilakukannya. Namun, sekarang semuanya itu tidak ada lagi. "Bila saya memutuskan untuk tinggal, saya memang akan membangunkan rumah. Namun sayangnya, saya tidak membuat keputusan tersebut. Hari Jumaat, ketika hendak tidur, saya masih kaya.

Namun ketika bangun, saya jadi miskin," kata John Demetriu kepada harian Sydney Morning Herald. Seluruh wang simpanannya ada di Bank Laiki, bank yang menjadi mangsa utama dari pakej penyelamatan ekonomi Cyprus yang dibuat oleh Uni Eropah. Laiki akan ditutup. Mereka yang memiliki tabungan kurang dari 100.000 euro akan dipindahkan ke Bank of Cyprus. Mereka yang memiliki lebih dari itu dipastikan tidak akan mendapatkan kembali wang mereka kerana seluruh aset bank tersebut akan diambil alih oleh para kreditor. -Sydney Morning Herald






.

Remaja ini terpaksa kehilangan anggota badan untuk menyelamatkan nyawa sendiri


Dalam usia yang masih muda dan masih belum puas menikmati keseronokan hidup, seorang remaja perempuan terpaksa menghadapi masa depan yang sukar apabila empat anggota badannya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya. Ini semua gara-gara meningitis yang dikesan bulan lalu yang telah menyebabkan kulit Kaitlyn Dobrow, 18, melecur dengan teruk di seluruh badannya.

Penderitaan remaja tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, dia juga terpaksa menjalani sembilan pembedahan selepas menunjukkan simptom-simptom seperti jangkitan selesema. Dobrow kini masih berada di unit kebakaran di Pusat Perubatan UC Irvine di sini. Ibu Dobrow, Kathi berkata, anak perempuannya itu dikesan menghidap penyakit meningococcal yang menyebabkan meningitis dan jangkitan kuman dalam darah.


''Anak saya sakit sebulan lalu dan menjadi lemah selepas menunjukkan tanda-tanda demam selesema. ''Selepas dibawa ke hospital, keadaan dia semakin buruk sehingga kami sekeluarga menyangka dia akan mati,'' katanya. Ibu kepada dua orang anak itu berkata, doktor terpaksa memotong kedua-dua tangan dan kaki bagi menyelamat nyawanya serta mengelak penyakit itu merebak. ''Doktor menyatakan anak saya mungkin memerlukan lebih banyak pembedahan selepas ini,'' ujarnya. - Agensi





.

Sedihnya... Imam ini dibunuh dengan kejam


Seorang Imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh oleh pemberontak di bandar Aleppo semalam. Sheikh Hassan Seifeddin merupakan seorang imam di masjid Sheikh Maqsud yang terletak di kawasan utara Allepo dibunuh dan jenazahnya dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan di bandar ini. Agensi berita SANA melaporkan Seifeddin telah "dibunuh oleh pengganas dan memotong badannya selepas itu, manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu telah "disembelih" dan dipancung. - AFP





.

Tragis : Sembilan orang mati disambar petir



Paling kurang sembilan orang mati akibat di sambar petir selama hujan lebat baru-baru ini di Uttar Pradesh, India Utara, demikian laporan media tempatan. Sembilan orang lagi telah menderita luka parah akibat disambar petir di Ghazipur, Sambhal dan Meerut, Bahagian Chandauli, kata Indo-Asian News Service. Uttar Pradesh telah menyaksikan perubahan cuaca mendadak dalam dua hari kebelakangan ini, iaitu hujan lebat turun walaupun sekejap meskipun sebelum itu badai debu melanda. Kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan buat keluarga yang mengalami bencana, kata laporan tersebut. -Indo-Asian News






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!