Thursday, April 4, 2013

Pengalaman mengecewakan membeli belah bersama ZALORA (Entri bergambar)




Syabas, dah banyak blogger-blogger buat entri mengenai Zalora ni. Dan seperti yang diketahui, mula-mula memulakan perniagaan, memang ada banyak berita yang tak best daripada Zalora. Dan rasanya, sehingga sekarang pun masih ada rasa berbelah bagi samaada nak beli kat Zalora ataupun tidak.

Bila dah dapat voucher bernilai RM50 daripada Zalora, dan sebagai balasan, kena buat entri, lulu memang sangat berbesar hati. Pengalaman sebegini sebenarnya mencabar blogger untuk lebih telus dalam menulis sesuatu artikel. Menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Bertambah teruja bila tengok kat mana-mana pun ada iklan mengenai Zalora. Dan nampak sangatlah kan Zalora ni memang bersungguh-sungguh nak memperbaiki tanggapan buruk terhadap mereka selama ni.

Nampak tak iklan Zalora kat tv? Katanya, Penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma (nampak dalam entri blogger lain ada disertakan sekali sampul untuk penghantaran semula jika barang ada masalah, tapi takde lak..). Lepas tu dalam iklan tu, kotak (barang) zalora tu dihantar depan muka pintu, dek kerana penghantaran terlalu laju, pelanggan teriak gembira..

Untuk pengetahuan, lulu tak pakai voucher tu, dan pass dengan makcik. So, kira keseluruhan pengalaman membeli belah dengan Zalora ni adalah pengalamannya, namun dizahirkan dalam entri oleh lulu.. Pada mulanya, memang terkejut. Terkejut sangat.. Sebab dengan voucher RM50 tu, dia sudah membayangkan membeli sehelai baju, tanpa menambah wang jika baju itu berharga RM50 ataupun kurang, sebab penghantaran percuma kan. Masa buat pemilihan nak beli yang mana satu tu, memang rambang mata. Ini benar okey. Banyak sangat pilihan. Daripada pelbagai saiz dan fesyen. Ada juga rasa kecewa sebab kebanyakan baju tu jarang (transparen) dan takde lengan. hehe, terpaksa nak pakai baju dalam, atau sesuaikan dengan pakaian lain. Dan bila pemilihan telah dibuat, dan kod voucher telah dimasukkan, tambah RM5 sebab baju tu berharga RM55, ada pula bayaran RM10 untuk penghantaran. eh...peliklah.... Oleh kerana terkejut dengan keadaan tu, makcik lulu tu terus cancel jer pembelian, so tak sempat bayar pun masa tu.

Bila fikir-fikir balik, sayang lak voucher tu kan. So keesokkan hari, dia cuba lagi. Baca kat page zalora, rupanya dibawah RM75 memang kena ada charge penghantaran. Tapi kat iklan??? Keliru sudah........ Ada juga baca entri-entri dari blogger yang lain. Kebanyakannya beli guna voucher RM50 tu takde lak bayaran penghantaran.. Nasib-nasib jer konon.. boleh lak macam tu yer.. Bila nak pilih baju lain, dalam sistem dah detect pilihan pertama. Nak delete takde lak butang cancel kat mana-mana. Biasa beli buku online, ada jer butang cancel order tu kat sebelah tajuk buku tu. Tapi kat zalora takde lak. So, abaikan, buat jer pilihan baru, then bila nak masukkan kod voucher, kod tu dah tak valid.. adeh, dah jadi kerja untuk lulu email balik pada zalora pasal masalah ni. Hairan, payment tak buat, tak jadi buat pembelian tapi kod tu dah tak boleh pakai.

Nasib baik zalora cepat balas, dan beritahu kod tu dah di aktifkan balik. So, akurlah kan, kena bayar RM10 untuk penghantaran. Dengan sign in guna email lulu, semua proses pembelian memang lulu yang terima. Untuk pengetahuan, Zalora menggunakan perkhidmatan Gdex untuk penghantaran.

Dan benar pantas, sebaik saja buat pembelian, dalam 6 petang macam tu, malam tu juga zalora dah proceed barang tu untuk penghantaran (tgk dalam sistem) dan tiba di Gdex terdekat alamat keesokkan harinya sekitar 2.45 petang (dalam hari rabu). Sehingga khamis pagi, takde penghantaran dibuat. Menjelang tengah hari, makcik terima panggilan telefon dari Gdex, dan informed yang alamat penghantaran yang digunakan dikatakan tidak termasuk dalam service penghantaran oleh pihak Gdex. Alamat yang jauhnya hanya tak sampai 15 min dari bandar/pejabat Gdex dikatakan tidak ada service penghantaran?

YOU TRUST? Macam mana nak TRUST?

Owh, lulu dah mengigil tahan marah dengan keadaan ni. So, suami makcik telefon pejabat Gdex tu tanya hal sebenar. Dan pekerja syarikat tu mengaku sebenarnya, mereka ada buat penghantaran lebih jauh daripada alamat makcik ni. Memang ada rasa tak kena disitu. Apatah lagi, pekerja syarikat penghantaran tu tiba-tiba nak buat penghantaran ke pejabat suami makcik kerana dikatakan lebih mudah sebab lebih dekat. Lagipun mereka enggan hantar barang tersebut, sebab barang tu hanya satu barang, ianya tidak berbaloi dan buang minyak. Owh, lulu rasa sangat malu. Tak pernah pula dalam sejarah, beli online macam ni, hanya disebabkan penghantaran, balik-balik nak call syarikat penghantaran, seolah-olah kita ni minta sedekah dengan mereka. Dah bagitau, penghantaran tu bukan percuma tau.. Menurut syarikat Gdex tu lagi, RM10 tu hanyalah bayaran daripada Gdex KL ke Gdex syarikat terdekat. Pelanggan kena ambil sendiri barang kat syarikat Gdex.. Wohoo banyak cantik eh?

Bukti bayaran penghantaran

Lulu segera buat aduan ke Zalora. dan email balas zalora menjelaskan, bahawa, suami makcik tu yang setuju nak ambil barang kat syarikat Gdex, so tak payahlah nak hantar sampai ke alamat. Eh.. Zalora ni dah kenapa? Buat alasan untuk Gdex? Sekarang, siapa yang pelanggan eh? THE CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT KAN? Dah, mereka tak nak hantar, mestilah suami makcik tu geram sampai terus terpaksa ambil sendiri kan. Hairanlah, kenapa nak minta alamat, kalau tak boleh hantar sampai alamat yang diberi? Nak mudah jer kan.

Tak pernah seumur hidup saya dimalukan begini. Beli barang dan bayar termasuk kos penghantaran, tapi kena balik-balik telefon syarikat penghantaran seolah-olah saya ni peminta sedekah ataupun kerja dengan mereka. Tolong selesaikan. SAYA MAKSUDKAN, BUKAN BUAT ALASAN BAGI PIHAK GDEX DAN KEMUDIAN BALAS EMAIL SAYA. Shame on you. Sepatutnya pihak zalora mengambil berat mengenai aduan ketidakpuasan pelanggan. Kenapa pula pihak zalora melindungi kelemahan dan kesilapan yang dibuat oleh gdex? Bukankah CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT? *Saya tidak akan berdiam diri selagi pihak zalora tidak memberi alasan yang munasabah diatas masalah ini. Saya ada terfikir untuk membawa kes ini ke biro pengaduan awam dan TTPM kerana saya rasa sangat tertipu. -email kepada Zalora dari lulu

Beli sehelai baju tapi BONUS pengalaman pahit

Memang benar, pembelian dibuat oleh makcik lulu. Namun lulu rasa sangat bertanggungjawab, sebab lulu yang dapat voucher tu. Jelas, lulu SERIK dengan Zalora, sekarang nampak iklan Zalora, terus macam nak muntah.

Dear Zalora,
Lulu memang nampak sangat usaha korang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, agar pelanggan berpuas hati dan enjoy membeli belah dengan Zalora. Namun sebenarnya, ada banyak lagi yang mungkin terlepas pandang oleh pihak zalora, dan akibatnya tanpa disedari, ianya akan menjadi 'parut' kekal untuk syarikat Zalora. Untuk pengalaman pahit ini, apa kata Zalora mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan 'POS LAJU' sebagai pilihan kepada pembeli. Ianya lebih bertepatan dengan 'utamakan perkhidmatan dan produk buatan Malaysia'. Walaupun Pos laju juga ada kelemahan, tapi ianya sudah terbukti mereka akan tetap sampaikan penghantaran di muka pintu rumah pelanggan seperti dalam iklan zalora tu. Rasanya mungkin dimasa akan datang, ada pula pelanggan yang saman zalora sebab pengalaman sebenar tak seperti yang diiklankan..hehe


Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Lulu takkan tulis macam ni, kalau pengalaman membeli belah bersama zalora seperti yang diiklankan. Sudah tentu pujian melangit akan diberi. Namun, semoga zalora mengambil ikhtibar dari keadaan ni. Pandang secara positif okey... Terima kasih permohonan maaf tu, but we still hurt :(















.

Lagi mangsa serangan asid, kali ini empat Adik-Beradik Perempuan Cedera


Satu serangan asid menyebabkan empat adik-beradik perempuan di utara India mengalami kecederaan terbakar, kata polis pada Rabu, yang menyifatkan ia merupakan contoh keganasan dalam masalah yang berleluasa di Asia Selatan. Adik yang paling bongsu, 19 dimasukkan ke hospital dengan beberapa kecederaan selepas dua lelaki yang menunggang motosikal menyimbah mereka dengan asid pada petang Selasa di daerah Shamli di Uttar Pradesh, kira-kira 100 kilometer dari ibu negara India. Adik-beradik itu yang berusia antara 19 dan 24 sedang pulang ke rumah dari sekolah di mana tiga daripada mereka bekerja sebagai guru. Seorang lagi merupakan pelajar.

"Kesemua mangsa sedang berjalan bersama apabila dua lelaki yang menunggang motosikal membuat gangguan dan mereka melemparkan asid,” kata Abdul Hameed, pegawai polis kanan yang sedang menyiasat kes berkenaan, kepada AFP.

"Mangsa yang paling bongsu mengalami kebakaran paling maksimum dan dia dikejarkan ke sebuah hospital di New Delhi,” kata Hameed yang turut menyatakan tiada tangkapan dibuat dan motif jenayah itu masih tidak dikenal pasti. Serangan ke atas wanita menjadi agenda negara itu sejak Disember tahun lepas apabila seorang pelajar jurusan perubatan diserang dan dirogol oleh enam lelaki di sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi. Wanita itu meninggal dunia dua minggu kemudian kerana mengalami kecederaan parah. - AFP





.

Rahsia tahi lalat di badan



Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar untuk bacaan je, bukan untuk dipercayai....

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana







.

Jumlah Kerusi Parlimen Dan Dun PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke 13)


Berikut merupakan jumlah kerusi bagi kerusi parlimen dan kerusi Dun yang akan dipertandingkan pada pilihan raya umum ke 13. Mengikut undang-undang, kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan terbubar secara automatik selepas lima tahun daripada persidangan pertama. Lalu pilihan raya baharu wajib diadakan dalam masa 60 hari. Selepas pembubaran, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan sedia ada akan kekal sebagai kerajaan sementara. Kerajaan sementara hanya dibenarkan meneruskan komitmen lama dan tidak boleh membuat komitmen baharu.





.

Proses Pilihan Raya di Malaysia


Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.


Undang-undang dan peraturan pilihan raya


Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

    1.Perlembagaan Persekutuan.
    2.Perlembagaan Negeri.
    3.Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
    4.Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
    5.Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
    6.Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
    7.Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.



Elemen-elemen penting pilihan raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

    1.Bahagian Pilihan Raya.
    2.Pemilih.
    3.Calon.
    4.Proses Pilihan Raya.


Bilangan bahagian pilihan raya


Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.


Pendaftaran pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

    1.warganegara Malaysia;
    2.berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
    3.seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
    4.tidak hilang kelayakan.


Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

    1.pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
    2.sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
    3.telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
    4.telah memperoleh kerakyatan asing.


Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

 
Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-

    1.warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
    2.berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
    3.tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

    1.telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
    2.didapati seorang bankrap; atau
    3.memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
    4.gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
    5.telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
    6.telah memperoleh kewarganegaraan asing.


Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.


Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.


Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.


Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.


Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.


Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.


Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

    1.tarikh mengundi;
    2.lokasi tempat mengundi;
    3.waktu mengundi di semua tempat mengundi;
    4.lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.


 Senarai pilihan raya umum

    1.Pilihan raya umum 1955
    2.Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
    3.Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
    4.Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
    5.Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
    6.Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
    7.Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
    8.Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
    9.Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
    10.Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
    11.Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
    12.Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
    13.Pilihan raya umum 2008 (ke-12)
    14.Pilihan raya umum 2013 (ke-13)





*Wikipedia







.

Sistem tambang penerbangan, kini berdasarkan berat penumpang



Sebuah syarikat penerbangan kecil Samoa merupakan yang pertama memperkenalkan sistem tambang berdasarkan berat penumpang mencatatkan kejayaan bagi dasarnya pada Rabu dan diramalkan ia akan menjadi amalan global. Empat bulan selepas memperkenalkan sistem “tambang-berat” – lagi ringan penumpang itu lagi rendah tambang itu, kata Ketua Eksekutif Air Samoa, Chris Langton yang turut menyatakan maklum balas mengenai risalah semua berat adalah positif. “Kami memulakan sistem itu pada November dan ia akan dilaksanakan,” kata Langton kepada AFP apabila syarikat penerbangan itu memperluaskan sistem tambang mengikut berat dari penerbangan domestik kepada antarabangsa yang menghubungkan negeri kepulauan Pasifik.

“Mereka yang berat mengenal pasti bayaran mengikut berat merupakan sistem yang paling adil walaupun mereka perlu membayar lebih berbanding penumpang lebih ringan.” Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2007 melaporkan bahawa kadar obesiti di Samoa tinggi sebanyak 75 peratus dan Langton berkata, sistem caj yang pertama di dunia itu akan membantu orang ramai lebih memahami tentang isu obesiti. - AFP






.

Tanda rezeki itu berkat



KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan.. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.

Kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya. Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

 * Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur






,

Tragis : Mahkamah diserang, 70 orang cedera


Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 70 cedera apabila penyerang Taliban menyerang sebuah mahkamah dan bangunan di sekitar, di bandar Farah di Afghanistan pada Rabu, kata seorang pegawai. “Laporan terbaru kami menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 70 yang lain cedera,” kata Mohammad Akram Khpalwak, gabenor di wilayah Farah kepada AFP. Beliau menambah, pertempuran itu masih berterusan ketika ini. - AFP





.

Real Madrid Vs Galatasaray UEFA 2013 keputusan penuh dan gambar sepanjang perlawanan



Jaringan Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gonzalo Higuain memberikan kelebihan tiga jaringan selepas Real Madrid berjaya menundukkan Galatasaray 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama kejuaraan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi.


Jaringan pembukaan penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyaksikan beliau kini di carta teratas penjaring gol terbanyak kejohanan dengan sembilan jaringan.


Sementara itu, pasukan pelawat kelihatan gagal menyerlah dan sebaliknya terpaksa berdepan dengan serangan bertali arus pasukan tuan rumah. - Reuters







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!