Sunday, April 7, 2013

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012)


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sudah memasuki tahun yang ke 26, kini sekali lagi menemui para peminat dengan pencalonan lebih ramai artis-artis baru. Berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, dan boleh ditonton secara langsung melalui tv3, anugerah berprestij ini menyaksikan artis-artis baru dan lama bersaing untuk merebut anugerah bagi kategori masing-masing. Berikut merupakan senarai pemenang

1. Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza
2. Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black &Malique
4. Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
6. Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz
7. Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal
8. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
9. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
10. Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda
11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak
12. Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Search
15. Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
16. Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
17. Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam




Tahniah buat pemenang...








.

Penyanyi Avril Lavigne hanya 'menutup' badan dengan anak patung beruang untuk album barunya



Pelantun lagu "Sk8er Boi", Avril Lavigne yang popular dengan celak mata hitamnya yang tebal kini bertambah berani dengan imej seksinya. Baru-baru ini beliau meriliskan gambar bagi album single terbarunya yang berjudul "Here's to Never Growing Up" yang mana tubuhnya yang tidak berpakaian hanya ditutup dengan anak patung beruang yang dirangkul. Gambar tersebut turut dimuat naik menerusi laman Twitter beliau buat tatapan para peminat. Lagu single terbaru "Here's to Never Growing Up" bakal didengari pada 9 April menerusi siaran radio Ryan Seacrest. Spekulasi mengatakan bahawa lagu baru itu turut dimasukkan bersama dalam album terbaru Lavigne yang merupakan album kelimanya selepas "Goodbye Lullaby" yang diriliskan pada tahun 2011. -AP





.

Gambar Shila Amzah di New york


PENYANYI Patah Seribu, Shila Amzah semakin sibuk dengan kerjaya sekembalinya dari Makkah. Selepas selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, Shila terbang pula ke New York pada 30 Mac lalu.


Difahamkan, pemergian Shila ke kota metropolitan itu adalah sempena menjayakan persembahannya di Lincoln Centre.


Ternyata, Shila kelihatan gembira berada di sana dan sempat berkongsi beberapa fotonya melawat di beberapa kawasan menarik. Malah turut kelihatan ibunya yang setia menemani di sisinya. -SH






.

Cerita terkini mengenai pelakon, Fizz Fairuz selepas kontroversi 'tunang'


Selepas insiden putus tunang dengan isteri orang sehingga mencetuskan kontroversi hangat sekitar beberapa bulan lalu, Fizz Fairuz memberitahu disebabkan kejadian memalukan itu, ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan. Malah pelakon siri Nur Kasih ini mengakui insiden tersebut membuatkan dirinya trauma sehingga mengambil keputusan mendiamkan diri buat seketika sebelum kembali muncul selepas segala-galanya reda.

Fizz berkata, tindakan mengunci mulut berhubung isu kes putus tunang dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah kerana tidak mahu isu itu berpanjangan dan pada masa sama mahu menjaga hati ibunya, Norhaizan Jantan. Tali pertunangan pelakon itu dengan Azlynn yang diikat pada 10 Februari lalu hanya bertahan seminggu apabila Fizz memutuskannya selepas mendakwa wanita berkenaan sudah berkahwin.-BH





.

Gambar-gambar tragedi rumah ranap ditimpa bongkah batu besar di Bukit Kukusan Tawau



Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini, ranap dihempap tiga bongkah batu besar, dari kawasan sebuah kuari di atas Bukit Kukusan. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera, ada di antaranya cedera di bahagian kaki dan tangan, dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. Bagaimanapun, katanya identiti kesemua mangsa yang cedera berkenaan belum dikenal pasti. Katanya, mangsa merupakan sebahagian daripada 65 orang daripada 12 keluarga di kampung itu yang menjadi mangsa dalam kejadian itu. Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan.


Beliau berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 11.43pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, anggotanya yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis dan tentera membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit dan terperangkap di bawah runtuhan rumah. Katanya, siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit dan menimpa rumah penduduk berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah yang ditemui di lokasi kejadian berkata syarikat kuari itu sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta merta.


Katanya, penduduk kampung berkenaan juga dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Seorang penduduk, Wakalobe Lakambera, 55, berkata sejurus terdengar letupan bahan peledak dari kuari itu, bongkah batu besar dilihat bergolek dari atas bukit dan menimpa beberapa buah rumah yang dibina di lereng bukit sebelum meranapkan rumah jirannya. Katanya, nasib baik tiada keluarganya yang cedera namun dua buah tangki air di belakang rumahnya rosak. Edi Lasuasa, 54, pula berkata dia berada di bawah rumah tempat dia menyewa bersama tujuh individu lain apabila melihat beberapa buah rumah di lereng bukit dirempuh batu.


Katanya, belum sempat dia melarikan diri, batu berkenaan sudah merempuh rumah sewanya dan dalam sekelip mata keadaan menjadi gelap dengan dia tertiarap di bawah runtuhan rumah sewanya itu. Katanya, mujur runtuhan rumah berkenaan tidak menghempapnya dan dia berjayamenyelamatkan empat orang termasuk dua kanak-kanak keluar dari runtuhan rumahsebelum dia merangkak keluar. Selain calar di beberapa bahagian kaki, Edi turut mengalami kecederaan ringan di kepala. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!