Sunday, April 14, 2013

Benarkah, zoo ini digelar zoo paling kontroversi kerana...


PERNAHKAH anda terfikir untuk membelai atau menyentuh seekor singa apabila melihat haiwan liar itu dalam sangkar di zoo. Sudah tentu jawapan yang dinyatakan adalah tidak dan enggan melakukan perkara berbahaya tersebut. Masakan tidak kerana pada pemikiran logik siapa yang hendak mencari nahas. Bagaimanapun, keadaan sangat berbeza di sebuah zoo di Argentina di mana pelawat boleh bermanja dengan haiwan-haiwan liar di sana.


Lebih menarik perhatian, haiwan-haiwan berkenaan merupakan pemangsa-pemangsa paling ditakuti di dalam hutan. Zoo Lujan di Buenos Aires itu membenarkan pelancong membelai, memeluk, bermesra dan memegang hidung haiwan-haiwan buas itu. Antara haiwan tersebut adalah singa, harimau dan beruang selain gajah serta pelbagai jenis burung dan haiwan reptilia.
 

Selain itu, keldai, kuda poni, llama, rusa dan burung merak juga merupakan antara haiwan yang berada dalam zoo tersebut. Menurut laman web zoo tersebut terdapat lebih 50 singa Afrika, 20 harimau Bengal, 12 singa gunung dan kira-kira 50 jenis monyet Amerika Selatan di sana. Zoo tersebut menyatakan tiada laporan serangan atau kejadian tidak diingini sejak dibuka sejak 1994.


Walaupun sesetengah pelawat mendakwa haiwan-haiwan itu diberikan ubat penenang namun pihak zoo menyatakan sebaliknya. Zoo Lujan menyatakan haiwan-haiwan itu jinak kerana mereka dibesarkan oleh manusia sejak dilahirkan dan diajar untuk bertenang dan tidak makan manusia. Kejinakan dan sikap pasif itu juga berlaku kerana pihak zoo sentiasa memberi mereka makan. Kebanyakan haiwan di sana juga dikatakan pernah dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram dan dihantar ke zoo tersebut selepas mereka tidak boleh dijaga oleh pemilik mereka. -AP






.

Cara merendahkan tekanan darah tanpa kesan negatif


Kajian terbaru saintis Amerika Syarikat menyokong pandangan bahawa sejenis bahan dalam putih telur mempunyai keupayaan merendahkan tekanan darah tanpa sebarang kesan negatif. Saintis melaporkan, sejenis bahan dalam telur putih digemari pengguna yang mengambil berat mengenai kolesterol dalam kuning telur mempunyai kesan manfaat lain dalam merendahkan tekanan darah, lapor Science Daily.


Bahan luar biasa 

“Kajian kami menunjukkan, mungkin ada sebab lain untuk memanggil bahan dalam telur itu sebagai luar biasa,” kata ketua kajian, Zhipeng Yu dari Universiti Jilin. “Kami ada bukti dari makmal bahan dalam putih telur diberi nama peptida adalah satu daripada blok binaan protein. “Ia mengurangkan tekanan darah sebanyak mungkin seperti dos rendah Captopril, sejenis ubat tekanan darah tinggi,” kata Zhipeng Yu. Yu dan beberapa rakan dari Universiti Clemson, menggunakan sejenis peptida dipanggil RVPSL. Bahan itu tergolong sebagai sejenis ubat seperti fungsi Captopril, Vasotec dan Monopril sebagai sejenis penukar enzim angiotensin (ACE). - AGENSI

Mayat yang melalui upacara pembakaran akan menghasilkan..



Pasti ramai yang tidak tahu bahawa besi yang diperoleh daripada mayat selepas melalui upacara pembakaran, boleh dikitar semula untuk dijadikan papan tanda dan digunakan pada kenderaan atau pesawat. Pemilik syarikat OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, industri kitar semula besi yang diperoleh selepas proses pembakaran mayat selesai, semakin berkembang di Britain dan negara-negara Eropah. Katanya, separuh daripada 260 tempat pembakaran mayat di Britain, telah menandatangani skim mengitar semula itu dengan syarikat Belanda tersebut.

Jelas Verberne, logam itu biasanya ditanam dalam badan seperti besi pinggul, kepingan besi pada tulang belakang, skru, kepingan besi dalam gigi palsu, tampalan gigi, tidak ketinggalan besi yang terdapat pada papan keranda. Besi yang dikumpul akan dijual dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan. "Kesemua besi-besi tersebut menyumbangkan sebanyak 75 tan besi setiap tahun di negara ini," katanya. Menurut Verberne, besi berkualiti tinggi termasuk kobalt dan titanium yang ditemukan dalam implan dan tampalan gigi, yang tahan suhu sehingga 1,000 darjah Celsius akan dijual untuk kegunaan kenderaan dan industri penerbangan.


Besi yang lebih murah pula mudah mencair, dan digunakan untuk kegunaan am termasuk papan tanda, penghadang dan tiang lampu jalan. Sehingga kini, hampir sejuta pound (RM4.6 juta) berjaya dikumpulkan menerusi projek yang dijalankan di Britain sejak 2004 itu. Verberne berkata, sebelum mayat dibakar, pihaknya akan menyoal keluarga si mati sama ada mereka ingin menyimpan besi yang ditemukan atau tidak. - AGENSI





.

Menarik : Melukis menggunakan makanan


Ya, semua orang tahu, bahawa karya seni, tidak mungkin ada batasnya.. Ianya boleh dihasilkan melalui subjek, media, atau objek, bahkan dengan cara yang berbeza-beza.


Sama seperti yang dilakukan oleh seorang seniman yang bernama Hong Yi ini. Seniman berketurunan Cina ini menggunakan media pinggan sebagai kanvas, dan makanan sebagai bahannya.


Dengan cara dipotong-potong membentukkan beberapa pola makanan, ianya kemudiannya dibentuk menjadi sebuah lukisan. Menarik, bukan..






.

Kerana meniru adegan dalam filem, kanak-kanak ini gantung diri


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati dengan cara gantung diri di Riyadh, Arab Saudi. Dia disyaki mati setelah meniru adegan di dalam filem yang ditontonnya. Sabq Arabic Language Daily, melaporkan, kanak-kanak bernama Haifa Al Otaibi itu ditemukan sudah tak bernyawa oleh ibunya dalam posisi tergantung di dalam kamarnya. Haifa tinggal di pusat Kota Al Dawaimi yang terletak dekat dengan Ibu Kota, Riyadh. "Polis mensyaki dia meniru adegan dalam filem," sebut Sabq Arabic Language Daily. Kejadian malang itu menjadi peringatan kepada orang tua agar tidak mudah memberikan izin kepada anak-anaknya menonton filem yang memiliki adegan berbahaya dan mudah ditiru anak-anak.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!