Monday, April 15, 2013

Marilyn Monroe diarah tukar nama


Sebuah kedai kopi yang dinamakan sempena legenda Hollywood, Marilyn Monroe, di satu bandar di Arab Saudi diarah ditutup dan pemiliknya diminta menukar nama selepas penduduk melakukan kempen online. Rakyat Arab Saudi di Al Jouf di utara negara itu berkata, mereka tidak mahu sebuah kedai dengan nama aktres itu di bandar mereka dan membuat tuntutan menerusi satu kempen menggesa supaya diboikot. Kempen itu dilancarkan dalam blog mikro dan rangkaian sosial selain blogger yang mengkritik pengurusan pusat beli-belah lokasi kedai kopi itu.

Tanpa beri alasan Bagaimanapun, kempen itu tidak memberi alasan khusus mengapa enggan menggunakan nama Marilyn Monroe sedangkan Arab Saudi memiliki kedai menggunakan nama individu terkenal Amerika Syarikat dan individu Barat lain berkaitan hiburan. November lalu, selebriti Amerika dan pewaris hotel, Paris Hilton mengembangkan francais beg tangan dan aksesorinya ke Makkah, membuka kedai kelimanya di pentadbiran diraja Arab Saudi. Elak kontroversi Kempen minggu ini meyakinkan pengurusan pusat beli-belah untuk menjauhkan diri dari kontroversi.

“Kami terpaksa tutup kedai kopi selepas kami terkejut dengan namanya,” kata Meflah Al Klaid, pengurus Jawf Plaza Mall. “Kedai itu disewa seorang usahawan yang tidak memaklumkan nama atau membincangkan dengan kami,” katanya dipetik laman berita Arab Saudi, Sabq. Syarikat yang memiliki pusat beli-belah berkata, tindakan pengurus bertembung dengan nilai sosial di bandar itu. “Kedai itu tidak dibenarkan dibuka semula jika ingkar peraturan,” kata syarikat. - AGENSI





.

Lelaki ini mendakwa, dia boleh meramal masa depan


Seorang ahli perniagaan dan saintis Iran mendakwa berjaya mencipta mesin yang membenarkan pengguna mengetahui apa yang berlaku pada masa depan bagi tempoh lapan tahun. Ali Razeghi mendaftarkan ‘Mesin Rentas Masa Aryayek’ dengan Pusat Ciptaan Strategik kendalian kerajaan. Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya” Ali Razeghi, Saintis Alat itu boleh meramalkan masa depan dalam satu cetakan selepas mengambil bacaan daripada sentuhan seorang pengguna, katanya kepada agensi berita Fars.

Razaeghi, 27, berkata peralatan itu berfungsi dengan satu set algoritma rumit untuk meramalkan lima hingga lapan tahun kehidupan akan datang mana-mana individu, dengan 98 peratus ketepatan. Pencipta bersiri Sebagai pengarah urusan Pusat Ciptaan Strategik Iran, Razeghi adalah seorang pencipta bersiri dengan 179 ciptaan lain disenaraikan di bawah namanya. “Saya sudah bekerja dalam projek ini sejak 10 tahun lalu,” katanya. “Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya. “Saya tidak akan bawa anda kepada masa depan, ia akan bawa masa depan kepada anda.”

Razeghi berkata, kerajaan Iran dapat meramalkan kemungkinan satu konfrontasi ketenteraan dengan sebuah negara asing, dan meramalkan turun naik nilai mata wang asing dan harga minyak dengan menggunakan ciptaannya itu. “Biasanya sebuah kerajaan dapat melihat lima tahun akan datang berupaya menyiapkan dirinya untuk cabaran yang mungkin menggugatnya,” katanya. Pasarkan ciptaan “Oleh yang demikian kami jangka untuk memasarkan ciptaan ini sebaik saja kami capai satu peringkat pengeluaran besar-besaran.”

Razeghi berkata, projek terbarunya dikritik rakan dan saudara mara kerana ‘cuba bertindak seperti Tuhan’ dengan kehidupan manusia dan sejarah. Tak bertentangan agama “Projek ini bukan bertentangan dengan nilai agama sama sekali. “Amerika cuba buat ciptaan ini dengan membelanjakan jutaan dolar sedangkan saya hanya belanja sedikit saja. “Alasan kami tidak melancarkan prototaip pada peringkat ini ialah China akan curi idea ini dan menghasilkan keuntungan berjuta-juta dolar dalam sekelip mata,” katanya. - AGENSI





.

Aneh : Khinzir dengan dua kepala


Seekor khinzir berkepala dua lahir di sebuah desa di wilayah timur China, yang justru mengejutkan masyarakat disekitar. Binatang berkaki empat itu, menurut skynews.com, lahir di wilayah Jiujiang, di China timur provinsi Jiangxi. Menurut doktor haiwan tempatan, khinzir kecil itu menderita apa yang disebut polycephaly. Dia menjangkakan haiwan itu tidak akan hidup lama. Walaupun lahir cacat, pemiliknya mengatakan, dia tidak akan menyembelih haiwan itu. Polycephaly merupakan kelainan, di mana memiliki kepala lebih dari satu. Hal itu diakibatkan oleh gagalnya pemisahan kembar monozigot. Pada tahun 2009, seekor ular dengan dua kepala ditemukan di bakul sampah di AS, sementara kucing menderita kelainan yang sama lahir di Australia tahun sebelumnya. -skynews






.

Gambar anak Fasha Sandha dan Jejai



Hari ini, tanggal 15 April 2013 telah meleraikan segala pertanyaan dan penantian daripada semua peminat kepada aktres sensasi Fasha Sandha, apabila dia telah selamat melahirkan bayinya pada pagi ini. Menerusi laman Facebook rasmi peminat Fasha Sandha iaitu We Love Fasha telah memberikan info mengenai kelahiran ini termasuk sekeping gambar memperlihatkan Fasha mendukung bayinya sambil tersenyum. Menurut status yang diletakan di Facebook rasmi peminatnya, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi ini di Prince Court Medical Centre.


Tiada sebarang maklumat mengenai nama atau info lain yang dapat dikongsi buat masa ini. Bagaimanapun pengurusnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa kebenaran daripada suami Fasha, Jejai. Namun dia berkata, Fasha berada dalam keadaan sihat dan begitu juga bayinya.


Jejai juga melalui Twitter miliknya telah meletakkan status menyatakan rasa gembira dengan kelahiran warisnya bersama aktres tersebut. "Baby boy safe delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamudlillah, syukur kepada Allah.", merujuk kepada status Twitter Jejai itu. Sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli diatas kehadiran ahli baru. -Murai




 P/S - Tahniah Fasha dan Jejai.. *Gambar sumber FB Fasha






.

Berita baik buat wanita yang ingin hamil


Wanita pertama di dunia yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim, Derya Sert (gambar), dilaporkan telah mengandung. Pakar-pakar dari Hospital Universiti Akdeniz, di Antalya berkata, wanita Turki itu menunjukkan tanda-tanda dia mengandung selepas embrio yang disenyawakan menerusi prosedur persenyawaan tabung uji (IVF) dimasukkan ke rahimnya. Derya, 22, memilih prosedur IVF bagi meneruskan hasratnya untuk mendapatkan anak, meskipun beberapa pakar kesihatan di Britain memberi amaran dia berdepan risiko kehilangan nyawa. Namun, kejayaan wanita dari Turki itu bakal memberi harapan kepada beribu-ribu wanita mandul di Britain.

Derya sebelum ini dianggap sebagai 'satu keajaiban perubatan' ketika dia menjadi wanita pertama di dunia berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim daripada penderma yang telah meninggal dunia, pada Ogos 2011. Sejak itu, beberapa wanita lain turut menjalani pembedahan sama, tetapi Derya merupakan wanita pertama yang hamil.


Doktor di Hospital Universiti Akdeniz, menunggu selama 18 bulan sebelum memasukkan embrio ke dalam rahimnya, bagi memberi peluang besar kepada kandungannya untuk selamat. Bagaimanapun, Derya masih berdepan risiko tinggi mengalami keguguran atau komplikasi di peringkat awal kandungan. Terdapat juga peluang berlaku kelahiran yang cacat ekoran penggunaan dadah yang boleh mengurangkan sistem imunisasi badan ketika pemindahan rahim. - AGENSI





.

Cuti tanpa rekod buat kakitangan awam untuk mengundi



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

"Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah Ahad tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut "6 Mei jatuh pada hari Isnin. CUEPACS minta agar penjawat awam diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres CUEPACS di sini semalam. Menurut beliau, jika penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, mungkin ia akan menimbulkan kesusahan atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri.

Omar turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun. Katanya, pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum pencen. - Bernama




 P/S - bagi cuti jer lah dengan semua kan, baru adil




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!