Sebuah kedai kopi yang dinamakan sempena legenda Hollywood, Marilyn Monroe, di satu bandar di Arab Saudi diarah ditutup dan pemiliknya diminta menukar nama selepas penduduk melakukan kempen online. Rakyat Arab Saudi di Al Jouf di utara negara itu berkata, mereka tidak mahu sebuah kedai dengan nama aktres itu di bandar mereka dan membuat tuntutan menerusi satu kempen menggesa supaya diboikot. Kempen itu dilancarkan dalam blog mikro dan rangkaian sosial selain blogger yang mengkritik pengurusan pusat beli-belah lokasi kedai kopi itu.
Tanpa beri alasan Bagaimanapun, kempen itu tidak memberi alasan khusus mengapa enggan menggunakan nama Marilyn Monroe sedangkan Arab Saudi memiliki kedai menggunakan nama individu terkenal Amerika Syarikat dan individu Barat lain berkaitan hiburan. November lalu, selebriti Amerika dan pewaris hotel, Paris Hilton mengembangkan francais beg tangan dan aksesorinya ke Makkah, membuka kedai kelimanya di pentadbiran diraja Arab Saudi. Elak kontroversi Kempen minggu ini meyakinkan pengurusan pusat beli-belah untuk menjauhkan diri dari kontroversi.
“Kami terpaksa tutup kedai kopi selepas kami terkejut dengan namanya,” kata Meflah Al Klaid, pengurus Jawf Plaza Mall. “Kedai itu disewa seorang usahawan yang tidak memaklumkan nama atau membincangkan dengan kami,” katanya dipetik laman berita Arab Saudi, Sabq. Syarikat yang memiliki pusat beli-belah berkata, tindakan pengurus bertembung dengan nilai sosial di bandar itu. “Kedai itu tidak dibenarkan dibuka semula jika ingkar peraturan,” kata syarikat. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment