Tuesday, April 16, 2013

Hebatlah Pengacara tv ni



Seorang pengacara televisyen berjaya mencatat rekod baru dunia selepas mengendalikan rancangan bual bicara terpanjang yang membicarakan tentang pengasas agama Buddha selama lebih dua hari. Bekas wartawan televisyen, Rabi Lamichhane telah berhijrah dari Nepal dan menjadi pengurus restoran makanan segera di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat kembali ke negaranya untuk mengendalikan program bual bicara tanpa henti selama 62 jam dan 12 minit, satu pencapaian yang diiktiraf oleh Guinness World Records. "Bukan sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kadang kala saya sukar memberi perhatian," kata Lamichhane. - REUTERS





.

Apakah penemuan misteri yang mereka temui?


Ahli arkeologi Ireland Utara menemukan rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini. Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut. Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu. Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya. "Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini. Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum. Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara. Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.


Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini. Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk. Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan. - AGENSI





.

PRU 13 : Senarai lengkap calon mengikut parti


Dengan senarai calon yang didedahkan oleh parti dibawah Barisan Nasional, secara berperingkat hari ini dan kemungkinan esok, maka lengkaplah sudah senarai calon mengikut parti-parti yang akan bertanding di dalam pilihan raya ke 13 ini pada 5 mei 2013.. Jadi, marilah kita semak, siapakah orang yang akan kita undi di kawasan masing - masing bagi menentukan masa depan kita. *SayaPilihMengundi


BN 

PKR  

PAS 






* update (sumber BH)






.

Kanak-kanak 6 tahun selamatkan adik dari diculik


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun berasal dari Victoria, Australia berjaya menyelamatkan adiknya yang hendak diculik oleh lelaki berusia 50 tahun. Anak perempuan ini menjadi penyelamat adiknya setelah dengan berani mendekati suspek dan kemudian meminta suspek untuk pergi. Mangsa yang ketika itu sedang asyik bermain sendiri di jalan dekat rumah mereka tiba-tiba didekati lelaki tidak dikenali.

Aksi suspek kemudian dihidu oleh si kakak yang sedang berada tak jauh dari lokasi mangsa. Setelah berhasil mendekati si adik dan meminta agar suspek pergi, si kakak kemudian bergegas membawa adiknya lari dan membawanya ke dalam rumah. Suspek segera meninggalkan tempat kejadian dengan memandu van berwarna putih. Kini polis tempatan sedang melakukan pencarian untuk menangkap suspek. -AP






.

Pemandangan Menakjubkan Taman Bunga Tulip di Belanda


Bunga tulip telah menjadi simbol bagi negara Belanda. Ramai pelancong yang datang ke kota ini hanya untuk melihat bunga-bunga berwarna cerah dan pemandangan yang menakjubkan. Salah satu kota di Belanda yang terkenal dengan keindahan bunga tulip adalah Anna Paulowna.


Terletak di bahagian Belanda sebelah Utara, Anna Paulowna merupakan kota dengan taman-taman bunga yang indah. Mekarnya bunga-bunga di Belanda dimulakan pada bulan Mac dengan bunga Crocus diikuti dengan bunga Narsis/Dafodil (Narcissus). Pada musim bunga di bulan April hingga pertengahan Mei, mekarlah bunga-bunga Tulip dan Hyacinths dengan warna-warna cerah yang membuatkan pemandangan di kota penuh warna. Pada bulan ogos adalah saatnya untuk menikmati bunga Gladioli.


Belanda merupakan taman bunga sepanjang tahun, bahkan ketika musim bunga telah berakhir. Pelancong yang datang ke taman-taman bunga di Anna Paulowna akan selalu dapat melihat keindahan bunga-bunga khas negeri kincir angin. Pada abad ke 20, bunga telah menjadi komoditi dan industri di Belanda yang terus mengalami perkembangan. -AP





P/S - Suka sangat bunga tulip.. Harap dapat kesana suatu hari nanti :)





.

Zizan bercerita mengenai kekasih



Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu. Ketika diajukan soalan mengenai hal itu, katanya, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang sebelum umurnya mencecah 30 tahun. "Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

"Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja," katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan oleh Zizan Twitter Family (ZTF). Malah, Zizan lebih selesa untuk berseloroh bila ditanya tentang hubungannya itu dan menyifatkan mereka masih lagi dalam proses mengenal hati masing-masing. Dalam masa yang sama, Zizan turut menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan Nora Danish dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja. - Utusan
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!