Sunday, April 28, 2013

Berpantang maut sebelum ajal



Seorang nelayan Perancis terselamat daripada serangan seekor buaya kecil yang membaham lehernya selepas dapat melepaskan diri dalam keadaan luka, semalam. Yoann Galeran, 29, berkata dia berenang ke perahu kira-kira 15 meter dari pantai malam kelmarin apabila seekor buaya sepanjang 2 hingga 2.5 meter membaham kepala dan lehernya. Buat putaran maut Haiwan itu cuba melemaskannya dengan membuat gerakan digelar putaran maut. "Ia cuba membaham kepala dan menarik saya sebelum membuat putaran supaya mangsanya lemas. Gerakan dilakukan itu terlalu pantas apabila saya terlepas daripada dibaham lima saat kemudian. Saya bernasib baik. Jika buaya yang menyerang itu lebih besar, tidak mungkin saya dapat bercakap sekarang", katanya yang berasal dari bandar Avignon, tenggara Perancis.


Seorang nakhoda bot nelayan, Craig van Lawick, menganggap Galeran bergurau mengenai serangan itu namun mengubah fikiran selepas melihat kecederaannya. Galeran dibawa ke sebuah hospital di bandar perlombongan Nhulunbuy. Doktor menjahit bahagian yang luka di kepala dan lehernya. Pakar haiwan, Charlie Manolis berkata buaya yang menyerang mungkin mempunyai berat tidak sampai 40 kilogram dan dengan itu tidak memberi ancaman besar kepada orang dewasa. Silap jangkaan Ia mungkin tersilap jangkaan mengenai saiz Galeran ketika keadaan ketika itu agak gelap, katanya. Jika buaya itu sepanjang empat meter atau lebih besar lagi, dia tentu sudah mati, kata Manolis, ketua saintis di ladang buaya Taman Crocodylus, di sini. AGENSI






.

ARSENAL VS MANCHESTER UNITED LIVE STREAMING



ARSENAL VS MANCHESTER UNITED LIVE STREAMING | Malam ini menyaksikan Big game bagi peminat bola sepak England dimana Arsenal akan bertemu dengan Manchester United di Stadium Emirates dalam BPL. Perlawanan ini menarik kerana, walaupun Manchester united sudah sah sebagai juara liga, menang ke atas Arsenal akan membuktikan lagi keupayaan mereka sebagai pasukan yang telah menjadi juara liga sebanyak 20 kali. Begitu pun Arsenal, mereka benar-benar memerlukan 3 mata penuh untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga liga. Marilah kita saksikan perlawanan menarik ini, tepat jam 11 malam waktu Malaysia dan lihat siapakah pemain yang bakal menyerlah..




Link Live streming





.

Mereka dikatakan lagenda sepasang kekasih Romeo dan Juliet


RANGKA sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di Republik Dominican. Dipeti MailOnline, arkeologi dari Cluj-Napoca Institute of Archaeology and History of Art, Adrian Rasu mendakwa, rangka itu kemungkinan milik sepasang kekasih Romeo and Juliet.


“Penemuan ini timbul misteri kerana penguburan sedemikian belum pernah terjadi ketika zaman itu. Rangka lelaki berkenaan dalam keadaan luka parah kerana pinggangnya patah berbanding rangka wanita yang masih sempurna,” katanya. Beliau berpendapat, pasangan itu disemadikan bersama sebagai penghormatan cinta mereka oleh penduduk kampung ketika itu. -AP






.

Dia di cari pihak polis kerana gigit hampir keseluruhan jari ibunya


Wanita berusia 21 tahun yang dikenali bernama Kristie Foley, saat ini di cari pihak polis setelah dilaporkan telah mencederakan ibunya sendiri dengan menggigit bahagian ibu jari, hingga menyebabkan si ibu hampir kehilangan seluruh tangannya. Kejahatan keji ini berlaku di Ireland, Upper Darby, Philadelphia. Ketika itu ibu Foley berada di kamar mandi dan terkejut kita anak perempuannya mengamuk dan menyerangnya. Dia menggigit bahagian ibu jari, lengan dan kakinya. “Inilah kes kanibalisme baru di negeri ini,” ujar Inspektor Philadelphia News, Michael Chitwood.

“Kami tidak menemukan hujung jari . Kita tidak tahu adakah dia telah memakannya atau menelannya. Apa yang menghairankan, kami masih belum menemui sebab dia melakukannya,” tambahnya. Kirstie L. Foley sekarang menjadi buruan polis di atas kes serangan dan penganiayaan. Meskipun insiden itu terjadi akhir minggu yang lalu, namun ibu Foley kini masih berada di hospital kerana mengalami luka parah. -NyDaily





.

Inilah buktinya burger McD tidak baik untuk kesihatan..


Seorang lelaki dari Utah, US menemui Hamburger McDonald yang dia beli pada tahun 1999, dan keaadaannya masih sama seperti waktu dia beli waktu itu. Ketika itu David Wipple makan makanan segera selama sebulan untuk membuktikan dan menunjukkan kepada teman-temannya dimana pengawet di hamburger akan membuat kita tidak tenang, tidak akan terjadi apa-apa ketika ini, namun apa akan terjadi suatu hari nanti?.


Tapi dia lupa dan akhirnya dia menemukan kembali hamburger di saku jaketnya dan kemudian meneruskan pembuktian anehnya itu, dimana keampuhan bahan pengawet menjaga makanan tersebut. Dia terkejut melihat hamburger tersebut masih sama bentuknya setelah 14 tahun kemudian. “Itu tidak sengaja” kata whipple di sebuah acara TV The Doctor.


Dan dia memutuskan untuk menyimpan hamburger itu untuk waktu yang lama. Saya menemukannya masih berada di dalam peper bag khas McD, tidak ketinggalan bil pembeliannya juga masih ada di dalamnya, pada saat itu saya membelinya kemudian memasukkannya ke dalam jaket dan meletakkannya di belakang trak saya dan akhirnya saya lupa. Setelah beberapa bulan kemudian baru saya memindahkan jaket itu dalam rumah namun tidak mengusik hamburger itu. “Isteri saya tidak menemukannya setidaknya satu atau dua tahun setelah itu,” katanya.

Whipple, yang masih memiliki bukti pembelian hamburger itu, berkata, kini dia menasihatkan cucu-cucunya agar memakan makanan yang sihat. “Nasib baik saya memiliki hamburger ini, untuk menjadi bukti bahawa makanan segera tidak baik untuk kesihatan kita..'






.

Hanya kerana RM20 dia kritikal


Gara-gara meminta dibayar balik hutangnya sebanyak RM20, seorang lelaki parah ditetak empat suspek di Kampung Binjai di sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika mangsa yang berusia 40 tahun pergi menagih hutang dari seorang rakannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum mangsa pulang semula ke rumahnya dengan menunggang motosikal. "Namun suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa, mengajak tiga lagi rakannya untuk mengejar mangsa dengan kereta sebelum mangsa dilanggar hingga terjatuh dan kemudian ditetak.

"Mangsa yang cedera di kepala, leher dan tangan berjaya menyelamatkan diri untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian serta sempat memberiahu adiknya tentang kejadian itu sebelum mangsa pengsan," katanya. Manoharan berkata, mangsa kemudiannya dibawa Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Mangsa yang bekerja sendiri terpaksa menjalani pembedahan dan dilapor masih dalam keadaan kritikal. Beliau berkata, polis telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan mereka sedang diburu. - Kosmo!





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!