Sunday, April 28, 2013

Berpantang maut sebelum ajal



Seorang nelayan Perancis terselamat daripada serangan seekor buaya kecil yang membaham lehernya selepas dapat melepaskan diri dalam keadaan luka, semalam. Yoann Galeran, 29, berkata dia berenang ke perahu kira-kira 15 meter dari pantai malam kelmarin apabila seekor buaya sepanjang 2 hingga 2.5 meter membaham kepala dan lehernya. Buat putaran maut Haiwan itu cuba melemaskannya dengan membuat gerakan digelar putaran maut. "Ia cuba membaham kepala dan menarik saya sebelum membuat putaran supaya mangsanya lemas. Gerakan dilakukan itu terlalu pantas apabila saya terlepas daripada dibaham lima saat kemudian. Saya bernasib baik. Jika buaya yang menyerang itu lebih besar, tidak mungkin saya dapat bercakap sekarang", katanya yang berasal dari bandar Avignon, tenggara Perancis.


Seorang nakhoda bot nelayan, Craig van Lawick, menganggap Galeran bergurau mengenai serangan itu namun mengubah fikiran selepas melihat kecederaannya. Galeran dibawa ke sebuah hospital di bandar perlombongan Nhulunbuy. Doktor menjahit bahagian yang luka di kepala dan lehernya. Pakar haiwan, Charlie Manolis berkata buaya yang menyerang mungkin mempunyai berat tidak sampai 40 kilogram dan dengan itu tidak memberi ancaman besar kepada orang dewasa. Silap jangkaan Ia mungkin tersilap jangkaan mengenai saiz Galeran ketika keadaan ketika itu agak gelap, katanya. Jika buaya itu sepanjang empat meter atau lebih besar lagi, dia tentu sudah mati, kata Manolis, ketua saintis di ladang buaya Taman Crocodylus, di sini. AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!