Saturday, May 11, 2013

Khabar terbaru Datuk Siti Nurhaliza


Penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza hari ini melancarkan set produk pewanginya yang terbaharu iaitu HIM, HER dan MISS. Setiap satu produk tersebut didatangkan dengan tiga set wangian yang berbeza mengikut personaliti tersendiri pemakainya. Uniknya, set wangian tersebut juga memainkan peranan tersendiri dalam muzik video terbaharu Siti berjudul Lebih Indah. - Utusan






.

Gelaran baru buat penyanyi Korea, PSY


VOKALIS kumpulan Green Day, Billy Joe Armstrong menyelar penyanyi Psy yang cukup popular di seluruh dunia dengan memanggilnya virus herpes (berjangkit) dalam dunia muzik. Billy berkata demikian menerusi sekeping foto Psy yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya dan tindakannya itu telah mengundang perbalahan di kalangan peminatnya dan Psy. Bagaimanapun, Psy dalam satu temu bual tenang dengan tindakan Billy malah berterima kasih terhadap penyanyi itu."Saya perlu bertemu dengannya. Siapa nama dia? Billy? Dia memanggil saya virus herpes? Saya menyukainya, terima kasih," ujarnya ketika muncul dalam program Fuse. Psy berkata, dia ingin membuktikan bahawa dia bukan artis bersifat sementara dan berusaha mengulangi kejayaan Gangnam Style menerusi lagu terbaharunya, Gentleman. -Mstar




.

Berpantang maut sebelum ajal.. ya, dia selamat


Pasukan penyelamat Bangladesh hari ini mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap selama 16 hari dalam kejadian kilang runtuh pada 24 April lalu. Aksi menyelamat itu yang disiarkan melalui stesen televisyen menunjukkan anggota tentera mengeluarkan mangsa, Reshma Begum dari celah-celah serpihan runtuhan sebelum dibawa ke hospital. - DPA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!