Saturday, May 25, 2013

Pentingnya tisu tandas kepada negara yang satu ini


Bermula dengan kekurangan susu, mentega, kopi dan serbuk jagung, kini Venezuela berdepan masalah kehabisan bahan kebersihan paling asas iaitu tisu tandas. Kerajaan yang menyalahkan pembangkang politik di atas kekurangan itu dan bahan lain, berkata ia akan mengimport 50 juta gulung tisu tandas untuk memenuhi permintaan. Pengguna juga kelihatan tidak selesa dalam usaha mereka mencari tisu tandas. 'Ini gulung terakhir. Saya berusia 71 tahun dan kali pertama saya menyaksikan keadaan ini', kata peniaga, Manuel Fagundes.


Pengguna serbu pasar raya

Sebuah pasar raya di ibu kota Venezuela itu turut kehabisan tisu tandas. Pasar raya lain baru menerima bekalan dan segera diserbu pengguna apabila sampai ke pengetahuan mereka. Saya sudah mencari tisu tandas selama dua minggu. Saya diberitahu ia ada di sini dan saya berbaris untuk mendapatkannya, kata Cristina Ramos. Pakar ekonomi berkata, kekurangan tisu tandas di Venezuela berpunca daripada kawalan harga yang bertujuan menjadikan barangan asas dapat dinikmati oleh golongan termiskin dan kawalan kerajaan ke atas mata wang asing. Harga yang dikawal kerajaan iaitu harga ditetapkan di bawah harga pasaran selalu menyebabkan kekurangan.

Masalah itu cuma akan bertambah buruk seperti yang pernah berlaku bertahun-tahun di Kesatuan Soviet, kata profesor ekonomi di Universiti John Hopkins, Steve Hanke. Presiden Nicols Maduro, yang dipilih oleh mendiang Hugo Chvez untuk meneruskan Revolusi Bolivarian, mendakwa puak antikerajaan, termasuk sektor persendirian, menjadi punca kekurangan itu dalam usaha mereka mengkucar kacirkan negara. -AGENSI





.

Lelaki berusia 92 tahun ini ada gigi yang sangat kuat


Seorang lelaki berusia 92 tahun, Mike ”Mighty Atom Jr” Greenstein, akan cuba menarik kereta dengan menggunakan giginya. Datuk dari tiga cucu yang sudah memiliki tiga cicit ini dijadualkan menarik kereta Buick LaCrosse tahun 2006 dengan giginya minggu depan di Pulau Coney, New York. Aksi itu adalah penampilan pertamanya sebagai orang kuat di depan awam. Ayahnya, Joe ”Mighty Atom” Greenstein, terkenal di pentas circus kerana dapat menggigit paku dan benda tajam lainnya pada era 1930-an.

Greenstein Junior mengatakan, dia mampu menarik kereta dengan giginya kerana mampu mengendalikan fikiran dan tubuh. ”Saya hanya mengosongkan fikiran dan bertafakur serta mengatakan saya lebih kuat dari mobil itu. Bukan gigi yang bekerja, melainkan rahang. Jika dapat mengatup dengan kencang, rahang akan bekerja, demikian pula dengan otot leher dan otot lengan. Gigi hanya sedikit bekerja,” ujar Greenstein menjelaskan.-AP





.

Apa yang sama dengan karakter filem seram Freddy Kruger?



Jamie Andrews, lelaki yang berusia 43 tahun ini mengalami kejadian ngeri dalam hidupnya. Kedua tangannya harus dipotong akibat naik gunung. Dan dia telah bergambar memakai tangan palsu seperti karakter filem seram, Freddy Kruger.


Jamie yang juga seorang bos di Syarikat Rope ini kehilangan kedua tangannya akibat udara yang sangat sejuk yang telah membuat kedua tangannya itu membeku seperti ais dan kejadian tersebut terjadi pada tahun 1999 yang lalu,  pada ketinggian 121kaki di Groningen, Belanda. Walaupun kejadian itu membuatkan di kehilangan tangan, dia tetap positif menjalani hidupnya di masa akan datang. -AP






.

Apa hubungan Luna Maya dan Ariel (Noah) sekarang?


Aktres sensasi Indonesia, Luna Maya menyangkal dakwaan dia telah kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Ariel (Noah), dan memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan kongsi perniagaan kasut di bawah jenama 'ARL & LM by Hardware'. "Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi dalam perniagaan, tidak lebih daripada itu. Kami pun tidak mengambil peduli tentang kisah lama yang pernah berlaku sebelum ini dan pada masa sama tidak kisah dengan apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Luna Maya ketika ditemui pada pelancaran filem pertama arahannya "Pintu Harmonika" di Hotel Mandarin Oriental, semalam. Nama Luna Maya dan Ariel menjadi perhatian pada awal Jun 2010 selepas kontroversi video rakaman seks mereka berdua telah tersebar.

Menurut aktres berusia 29 tahun ini, dia kini lebih selesa dengan kehidupan solonya dan menyerahkan kepada takdir untuk menentukan siapa jodohnya. Bercerita mengenai cubaan pertamanya dalam pengarahan filem, Luna Maya memberitahu dia telah mengarah filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.

"Filem "Pintu Harmonika" adalah sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama. Dibantu oleh dua pengarah membuatkan kerja saya mudah sedikit, cuma kesukaran yang dihadapi adalah ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian agar jalan cerita tidak meleret," ujarnya lagi. Filem terbitan Malka Pictures ini dibintangi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Jenny Chang, Barry Prima, Nasya Abigail dan Adam Putra. "Pintu Harmonika" akan ditayangkan menerusi saluran Astro First serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini. -Agensi





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!