Sunday, May 26, 2013

Hotel yang paling pelik, berada di Jepun


Kita pernah dengar mengenai hotel yang dibina khas buat anjing atau haiwan lainnya. Namun,  berbeza dengan yang satu ini, ianya agak aneh. Pernahkah anda mendengar ada hotel khusus untuk mayat? Menurut laporan Reuters, kadar kematian di negara Jepun terus meningkat mendadak dengan purata 23,000 orang lebih, meninggal setiap tahun sejak beberapa dekad ini. Proses menyempurnakan mayat, terutama dengan cara dibakar agak sukar dilakukan kerana terpaksa dilakukan dengan prosesayang agak panjang dan berperingkat-peringkat. Untuk itu, beberapa pakar mencadangkan hotel mayat adalah jalan penyelesaian yang paling baik untuk menyelesaikan masalah kewujudan mayat yang semakin banyak. -AP





.

Peminat model kereta api ini sangat kecewa kerana....



Seorang peminat model kereta api kecewa apabila pihak berkuasa perumahan mengarahkannya membuka model landasan kereta api yang dibina di rumahnya atas alasan keselamatan dan kesihatan. Robert Burdock, 61, berkata model landasan kereta api bernilai 10,000 pound (RM45,700) sepanjang 21.3 meter itu dibina di loteng rumahnya di Buckfastleigh, Devon sejak 40 tahun lalu. Ayah kepada tiga orang anak dan beberapa orang cucu itu berkata, dia membelanjakan antara 8,000 pound (RM36,560) dan 10,000 pound (RM45,700) untuk memasang model tersebut. “Saya memasangnya sendiri dan ia dinikmati oleh ahli keluarga saya termasuk cucu-cucu saya. “Saya tidak akan membukanya, tetapi jika mereka mahu mengusir seseorang dari rumah sendiri kerana satu set model kereta api, terpulanglah,’’ katanya.

Burdock tinggal bersama isterinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), Linda, 64 tahun. Burdock berkata, isu itu timbul selepas dia membuat laporan kepada pihak berkuasa perumahan, Teign Housing berhubung serombong rumahnya yang bocor yang dimiliki majlis perbandaran. “Pihak berkuasa perumahan memaklumkan kepada saya jika saya tidak membukanya, mereka akan menghantar pekerja untuk merobihkan model itu sebelum membaiki loteng rumah saya. “Saya membina lantai loteng termasuk menjadikannya kalis api, dan tindakan saya itu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan majlis perbandaran,’’ katanya. - AGENSI





.

GEMPAR : Candi kuno Maya dihancurkan demi membuat jalan



Para arkeologi di Belize mengatakan perusahaan pembinaan menghancurkan salah satu piramid Maya terbesar di negara di Amerika Tengah tersebut. Mereka mengatakan candi Noh Mul di Belize utara, di dekat perbatasan dengan Mexico, diratakan oleh perusahaan yang mengambil kerikil sebagai bahan membuat jalan. Candi Maya ini dianggarkan telah berusia lebih dari 2300 tahun. "Kami sungguh tak percaya ada pihak yang abai dan tak peduli. Mereka menggunakan kerikil dari candi ini untuk membuat jalan," kata Jaime Awe, ketua badan arkeologi Belize. Awe menjelaskan besar kemungkinan para pegawai perusahaan tak mengetahui bahawa candi yang dihancurkan adalah peninggalan sejarah yang penting. "Orang-orang ini pasti tahu bahawa lokasi tersebut termasuk dalam sejarah. Tapi mereka seperti tidak peduli," kata Awe.


"Mengapa mereka mencari bahan membuat jalan di lokasi bersejarah? Mengapa tidak mencari di tempat lain? Saya sungguh tidak faham," katanya. Sekarang hanya sedikit dari piramid tersebut yang masih tersisa atau dikenali. Profesor Normand Hammod, salah seorang arkeologi mengatakan menghancurkan peninggalan-peninggalan Maya untuk membuat jalan adalah masalah yang banyak ditemui di Belize. Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis tempatan dan mereka membuka kemungkinan ada unsur jenayah. Candi Noh Mul berada di tanah milik perseorangan namun undang-undang di Belize mengatakan, peninggalan sejarah harus dilindungi.-AP





.

Apa yang sebenarnya terkandung dalam kosmetik


Sedarkah anda bahawa banyak manakah bahan kimia yang telah anda letakkan pada kulit dalam hanya setahun? Sebagai organ terbesar manusia, kulit mampu menyerap sebanyak 60% kandungan yang terdapat dalam apa sahaja produk yang disapu. Seperti yang boleh kita perhatikan, bahan penjagaan kulit bukan sahaja alat solek. Malah, ianya juga meliputi syampu, sabun, losyen badan dan banyak lagi. Lebih mengejutkan lagi, 80% dari kandungan yang teradapat dalam produk sedemikian tidak pernah diuji untuk memastikan keselamatannya. Tambahan pula, tidak semua jenama produk kecantikan meletakkan kesemua bahan ramuan yang terkandung memandangkan ianya tidak diwajibkan oleh undang-undang.

Menurut Gregg Renfrew, iaitu pengasas Beautycounter, label 'selamat' dan 'semulajadi' yang sering dilihat pada bekas produk penjagaan kulit tidak memberi sebarang makna. Apa yang menakutkan adalah terdapat juga laporan bahawa Kesatuan Eropah telah mengharamkan sebanyak 1,300 bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pembuatan produk kecantikan manakala jumlah bahan kimia yang diharamkan oleh negara Amerika Syarikat hanyalah 11.

Tambahnya lagi, ironinya adalah ramai yang menjaga pemakanan seharian mereka dengan hanya memakan makanan organik demi mengelakkan racun pestisid yang selalu terdapat dalam bahan makanan yang dihasilkan secara konvensional namun apa yang tidak mereka sedari adalah losyen badan yang disapu di kulit pada setiap hari turut mengandungi bahan kimia yang berupaya mendatangkan bahaya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Beautycounter telah menyarankan untuk menghindari bahan kecantikkan yang mengandungi lemak haiwan, benzofenon, karsinogen manusia serta formaldehid.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!