Seorang peminat model kereta api kecewa apabila pihak berkuasa perumahan mengarahkannya membuka model landasan kereta api yang dibina di rumahnya atas alasan keselamatan dan kesihatan. Robert Burdock, 61, berkata model landasan kereta api bernilai 10,000 pound (RM45,700) sepanjang 21.3 meter itu dibina di loteng rumahnya di Buckfastleigh, Devon sejak 40 tahun lalu. Ayah kepada tiga orang anak dan beberapa orang cucu itu berkata, dia membelanjakan antara 8,000 pound (RM36,560) dan 10,000 pound (RM45,700) untuk memasang model tersebut. Saya memasangnya sendiri dan ia dinikmati oleh ahli keluarga saya termasuk cucu-cucu saya. Saya tidak akan membukanya, tetapi jika mereka mahu mengusir seseorang dari rumah sendiri kerana satu set model kereta api, terpulanglah, katanya.
Burdock tinggal bersama isterinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), Linda, 64 tahun. Burdock berkata, isu itu timbul selepas dia membuat laporan kepada pihak berkuasa perumahan, Teign Housing berhubung serombong rumahnya yang bocor yang dimiliki majlis perbandaran. Pihak berkuasa perumahan memaklumkan kepada saya jika saya tidak membukanya, mereka akan menghantar pekerja untuk merobihkan model itu sebelum membaiki loteng rumah saya. Saya membina lantai loteng termasuk menjadikannya kalis api, dan tindakan saya itu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan majlis perbandaran, katanya. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment