Monday, July 22, 2013

Tips elakkan kasut cepat rosak


Tips elakkan kasut cepat rosak | Baru beberapa minggu membeli kasut baru tetapi mudah sahaja rosak. Walaupun sesetengah kasut mempunyai harga yang mahal, namun kasut masih lagi tidak tahan lama. Antara sebab mengapa kasut anda cepat rosak dan tidak tahan lama mungkin disebabkan penjagaan kasut yang tidak betul. Mari kita lihat beberapa panduan menjaga kasut agar dapat bertahandengan lebih lama. Sekiranya kasut anda basah kerana hujan atau terpijak lopak air, jangan sesekali menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan kasut. Haba berlebihan menjadikan kasut anda longgar, kulit mudah terkupas, pudar dan cepat merekah terutamanya di bahagian tapak.

Seterusnya, simpan kasut anda di tempat yang terbuka berbanding menyimpannya di dalam almari kasut. Udara di tempat terbuka yang banyak membolehkannya bernafas serta mengelakkan kasut daripada berbau. Kertas atau surat khabar lama juga ada kegunaannya. Selain daripada mengitar semula, kertas dan surat khabar lama ini boleh direnyuk dan disumbatkan ke dalam kasut untuk mengekalkan bentuk asalnya.

Selain itu, kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci samaada menggunakan mesin basuh mahupun cucian tangan namun anda harus meletakkan surat khabar lama di dalam kasut tersebut agar kasut itu tidak kehilangan bentuk asal walaupun selepas dibasuh. Jika kasut anda kotor atau terkena lumpur sewaktu melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, basuh kasut tersebut dengan segera kerana lumpur yang melekat pada kasut boleh membuatkan kasut cepat reput. -AP





.

Unik : Pesta vespa di Jawa Barat dapat tumpuan media asing


Keunikan vespa yang dihasilkan oleh para pencinta motor klasik itu dapat dilihat dalam festival motor vespa di Cibereum, Jawa Barat. Pameran itu ternyata berbaloi apabila mendapat tumpuan media asing. Berita tentang idea kreatif peminat vespa di Indonesia disiarkan dalam portal berita Britain, Daily Mail dan laman media Newsvine baru-baru ini. Berita itu menceritakan keunikan vespa atau dikenali sebagai Moped di negara ini. Moped iaitu singkatan untuk motor berpedal, merupakan jenis motor yang berkuasa rendah dan mampu dimiliki serta tidak memerlukan lesen khas.


Di Indonesia, model vespa Florence dari Itali sangat popular kerana harganya yang lebih mahal berbanding model lain. Dalam festival vespa yang diadakan baru-baru ini, para peminat vespa menghasilkan pelbagai vespa yang diubahsuai dengan idea yang unik, kreatif dan pelik. Malah ada vespa yang telah diubahsuai sehingga sukar dikenali model asalnya. Selain itu, ada peminat menghiasi vespa mereka dengan lukisan grafiti bagi menyerlahkan lagi kecantikan motor tersebut. - AGENSI





.

Sukarnya mencari kata laluan (password) yang terbaik


Sukarnya mencari kata laluan (password) yang terbaik | Anda mencari kata laluan yang selamat? Apa kata anda pakai kata laluan ini – HQbgbiZVu9AWcqoSZmChwgtMYTrM7HE3ObVWGepMeOsJf4iHMyNXMT1BrySA4d7. Selamat berjaya untuk anda mengingati 63 huruf dan nombor itu yang dianggap antara kata laluan terbaik. Jika anda mahu sesuatu berbeza seperti pengesahan dua kali, anda perlu bayar lebih” Per Thorsheim, Pakar online Norway Pada masa sama, berjuta-juta pengguna internet sedar bahawa tiada kata laluan yang selamat dan tidak boleh dipecah oleh penggodam. Apa jua kata laluan terdedah kepada kecekapan penggodam menceroboh bank, khidmat e-mel, peniaga atau laman web media sosial yang gagal melindungi sepenuhnya pelayan mereka. Selain itu, ketika teknologi semakin maju, mengapa formula kata nama dan kata laluan masih diguna pakai?


Cara termudah 

“Jawapan paling mudah ialah cara itulah yang termudah,” kata Per Thorsheim, pakar online Norway dan pengatur ‘PasswordsCon’, persidangan tunggal dunia yang membincangkan isu kata laluan di Las Vegas, bulan ini. “Jika anda mahu sesuatu berbeza seperti pengesahan dua kali, anda perlu bayar lebih,” katanya. Mengimbas kembali keadaan pada awalnya amat mudah. Komputer pertama adalah peralatan yang terasing antara satu sama lain dan kata laluan hanya perlu diketahui beberapa pengendali yang saling mengenali. Kemudian, internet muncul, membawa semakin banyak komputer, telefon pintar dan ‘tablet’ ke dalam web yang memerlukan cara ‘virtual’ bagi pengesahan.

Oleh itu kata laluan meningkat dengan pantas hingga pengguna menghadapi cabaran menggunakannya hingga sedozen setiap hari, bukan hanya di komputer peribadi tetapi peralatan lain. Sindrom penggunaan kata laluan yang banyak itu diberi nama ‘letih guna kata laluan.’ “Orang ramai tidak serius mengenai kata laluan dan pencerobohannya memang agak besar beberapa kali,” kata Marian Merritt yang menjaga aspek keselamatan penyedia perisian Norton. “Ketika semakin ramai orang mengakses laman web daripada telefon pintas dan tablet, menaip kata laluan semakin bermasalah,” kata Sarah Needham dari Confident Technologies yang membangunkan kata laluan bergambar.


Kajian 24 negara 

Dalam kajian terhadap 24 negara tahun lalu, Norton mendapati, 40 peratus pengguna tidak cuba menggunakan kata laluan rumit atau gagal untuk kerap mengubah kata laluan. McAfee pula menyatakan, penyelidikan menunjukkan lebih 60 peratus pengguna sering mengunjungi lima hingga 20 laman web memerlukan kata laluan dan mereka biasanya menggunakan kata laluan mudah. - AFP





.

Wanita ini lahirkan bayi besar


Wanita ini lahirkan bayi besar | Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) melahirkan bayi lelaki seberat 6.2 kilogram, kelmarin, dipercayai bayi terbesar pernah direkodkan di mana-mana hospital di Pennsylvania. Bayi diberi nama Addyson Gale Cessna itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan cesarean di Hospital Memorial Armstrong County di Kittanning dengan ukuran 63.5 sentimeter panjang. Dr. Amy Turner yang membantu pembedahan itu berkata, mereka pada mulanya menjangkakan bayi tersebut hanya seberat 4.9 kilogram.

"Pertama kali memegangnya, saya dapat merasakan berat bayi itu mungkin sekurang-kurangnya 6 kilogram,'' katanya. Ibu kepada Cessna, Michelle yang berasal dari Rural Valley berkata, dia berasa amat tidak selesa sewaktu mengandungkan anaknya kerana kandungannya membesar dua kali ganda berbanding kelahiran kembarnya sebelum ini. Bayi seberat 10.7 kilogram pernah dilahirkan di Ohio, Amerika Syarikat pada 1879, namun ia meninggal dunia 11 jam kemudian. Bayi terbesar dan masih hidup ialah seberat 10.2 kilogram di Aversa, Itali, dilahirkan pada 1955. - AGENSI





.

Pemandangan pantai yang sangat teruk di Brazil


Pemandangan pantai yang sangat teruk di Brazil | Brazil terkenal dengan gadis-gadis seksi dan pantai-pantainya yang menawan. Apatah lagi negara ini bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia, dan mereka bakal menerima ramai pelancong. Dan, ada pantai yang unik di Brazil. Pantai ini merupakan yang terpanjang di Brazil dan ramai dikunjungi pelancong. Namun pantai ini adalah pantai dengan pemandangan paling teruk, iaitu Pantai Boa Viagem.


Seorang pelancong berjemur di antara bayangan hotel mewah. Pantai sepatutnya miliki sinaran matahari, tetapi di pantai ini banyak hotel mewah tinggi-tinggi di sepanjang pantai. Memang merosakkan pemandangan. Malah, ketika air laut surut, karang-karang akan timbul. Ramai yang kecewa dengan keadaan pantai disini walaupun ianya masih menerima kunjungan pelancong.





.

Inilah sebabnya ibu bapa kena beri perhatian terhadap penggunaan tablet dan telefon pintar oleh anak-anak


Inilah sebabnya ibu bapa kena beri perhatian terhadap penggunaan tablet dan telefon pintar oleh anak-anak | IBU BAPA pada abad ke-21 ini memerlukan pemerhatian yang menyeluruh terhadap penggunaan peranti seperti telefon pintar mahupun komputer riba. Mengejutkan seorang bayi, yang baru berusia 14 bulan 'membelikan' ayahnya sebuah kereta klasik, Austin Healey Sprite 1962 Bayi tersebut pada asalnya bermain telefon pintar ayahnya hanya beberapa minit, akhirnya telah membelikan ayahnya sebuah kereta yang berusia 51 tahun.

Menurut laporan KOIN-TV, Sorella Stoute mencuit aplikasi eBay pada telefon pintar ayahnya. Pada aplikasi itu, hanya ada pautan 'beli sekarang'. Bapanya, Paul Stoute berkata, selepas insiden itu, dia dan isteri memutuskan untuk menyimpan kereta itu dan membawanya ke rumah baru mereka. Kejadian ini menunjukkan bahawa pengawasan ibu bapa penting dalam memastikan tidak berlaku penyalahgunaan teknologi yang ada. -KOIN-TV





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!