Tuesday, July 30, 2013

Kenali cinta sejati yang tidak memandang fizikal ataupun harta


Kenali cinta sejati yang tidak memandang fizikal ataupun harta | Jangan pernah percaya cinta sejati itu tidak wujud. Cinta sejati itu ada. Kisah tentang cinta sejati Taylor Morris dan Danielle Kelly ini akan memberi inspirasi kepada kita semua. Danielle dan Taylor sudah menjalin cinta sejak lama. Pada awal tahun 2012 lalu, Taylor yang merupakan tentera ditugaskan ke Afghanistan. Tapi sayangnya, disana dia terkena ledakan sehingga menyebabkan kehilangan kedua kaki dan kedua tangannya. Ramai kekasih zaman sekarang yang akan minta putus atau menolak cinta seorang lelaki cacat.

Namun Danielle tetap setia mendampingi Taylor. Bahkan dia mengendong Taylor kemana pun mereka pergi seperti naik dan turun dari pesawat. Seorang sahabat Taylor, Tim, memuat turun  banyak foto-foto menyentuh hati mengenai keduanya. Benarlah cinta sejati itu wujud. Cinta sejati itu benar-benar tulus tidak memandang fizikal dan harta. Ramai orang pasti memandang ini aneh, namun itulah cinta sejati.





.

Inilah Jalan Paling Berbahaya Di Dunia


Inilah Jalan Paling Berbahaya Di Dunia | Dikenali dengan gelaran "Death Road", jalan North Yungas, terletak 56 km timur laut dari La Paz salah satu kawasan Yungas, Bolivia dan memiliki medan terberat di dunia. Menghubungkan La Paz menuju Coroico, jalan terbentang sejauh 61-69 km. Dianggarkan mangsa mati akibat kemalangan berjumlah 200-300 orang setiap tahun. Pada tahun 1995, Inter American Development Bank menggelar jalan ini sebagai "World Most Dangerous Road".

Dibangunkan pada tahun 1930 selama Perang Chaco oleh tahanan Paraguay. Merupakan salah satu dari beberapa jalan yang menghubungkan daerah hutan Amazon Bolivia Utara, atau Yungas menuju ibukota. Jalan ini dipenuhi dengan bebatuan ditambah dengan sering munculnya kabus yang mengurangi jarak pandangan, tidak adanya keselamatan ditepi jalan dan penuh dengan lumpur. Inilah mengapa wilayah ini sering dikaitkan dengan kemalangan. -AP




.

Lagi pemain bola sepak maut akibat serangan jantung


Lagi pemain bola sepak maut akibat serangan jantung | Seorang penyerang pasukan bola sepak Ecuador, Christian Benitez meninggal dunia secara mengejut di Qatar pada usia 27 tahun awal pagi ini, kata ejennya, Jose Chammorro. Bercakap kepada televisyen Ecuador, Gama TV, Chamorro menyifatkan kematian `Chucho' ada kaitan dengan serangan jantung. ``Dia ada mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke hspital tetapi meninggalkan dunia sejurus kemudian,'' kata ejennya itu. - Agensi




.

Pelakon Farid Kamil bercerita mengenai hubungannya dengan ibu mertua (ibu Diana Danielle)


Pelakon Farid Kamil bercerita mengenai hubungannya dengan ibu mertua (ibu Diana Danielle) | "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli. Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle. "Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. "Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya. Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.

Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut. "Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. "Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya. Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang. Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.


"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, bangga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. "Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya. Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang. "Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya. "Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!