Saturday, August 17, 2013

Ngeri : Mayat wanita dibaham haiwan peliharaan sendiri



Ngeri : Mayat wanita dibaham haiwan peliharaan sendiri | Mayat seorang wanita dipercayai meninggal dunia beberapa minggu lalu ditemui dalam keadaan mengerikan akibat dibaham haiwan peliharaan di rumahnya. Penemuan mayat Janet Veal, 56, dalam keadaan menyayat hati itu dibuat selepas jiran mangsa membuat aduan kepada polis kerana mengesyaki sesuatu perkara buruk mungkin menimpa wanita tersebut. Koroner Southampton, Keith Wiseman berkata, pihak berkuasa turut menemui bangkai anjing dan kucing miliknya yang dikurung selama tiga bulan tanpa sebarang makanan. "Rekod perubatan menunjukkan mangsa mengalami masalah paru-paru.-AP




.

Misteri kehilangan mangsa perang Vietnam yang ditemui selepas 40 tahun


Misteri kehilangan mangsa perang Vietnam yang ditemui selepas 40 tahun | Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu. Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam. "Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," menurut laporan itu kepada MailOnline.

Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja. "Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka," katanya. -AGENSI





.

Aneh : Bayi malang ini mengalami kebakaran spontan sebanyak empat kali sejak lahir


Aneh : Bayi malang ini mengalami kebakaran spontan sebanyak empat kali sejak lahir | Seorang bayi lelaki berumur tiga bulan di India melecur teruk selepas ibu bapa mangsa mendakwa sebahagian tubuhnya terbakar secara spontan sebanyak empat kali sejak lahir. Menurut ibunya kepada DailyMail, Rahul pertama kali mengalami keadaan itu ketika dia berumur sembilan hari. Susulan daripada kejadian misteri tersebut, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi di Chennai dan disahkan melecur tahap 10, minggu lalu. Ketua pediatrik, R Narayana Babu berkata, bayi tersebut kini stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian.

"Keadaan ini mungkin berlaku akibat tindak balas gas ke atas kulitnya. Bagaimanapun, puncanya sukar dikenal pasti kerana Rahul tidak mempunyai sebarang rekod perubatan," jelasnya lagi. Sementara itu, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk memaklumkan mereka akan menjalankan kajian untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada penyakit keturunan. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!