Friday, August 23, 2013

Rahsia kekal langsing walaupun makan malam


Rahsia kekal langsing walaupun makan malam | Ramai di antara kita akan meninggalkan waktu makan malam kerana takut gemuk. Adakah betul tindakan ini? Pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kadar gula, berlemak dan rendah serat boleh membuatkan diri anda cepat lapar. Jika anda ingin menghilangkan keinginan makan pada waktu malam, cuba lakukan cara di bawah.


Makan malam awal

Seeloknya, makan sebelum waktu 6 petang. Dengan cara ini, perut anda masih mempunyai masa untuk menghadamkan makanan. Perlu anda tahu bahawa, nasi memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk dihadam.


Tidur awal

Jangan biasakan diri anda untuk tidur lewat kerana asyik menonton televisyen. Ia mendorong anda untuk mengunyah tanpa henti. Cuba tidur awal sekitar jam 9 atau 10 malam. Pasti keinginan anda untuk makan hilang.


Ubah haluan snek kepada yang lebih sihat

Berhenti membeli kerepek kentang, ais krim, atau coklat. Penuhi peti ais anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Tekstur buah yang lembut senang dihadam oleh badan kita.


Memberus gigi

Memberus gigi selepas makan malam boleh mendorong sifat untuk tidak makan lagi, ini kerana selepas memberus, anda pasti tidak mahu mengotorkan gigi anda yang telah bersih.


Sibukkan diri

Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba sibukkan diri anda untuk mengelakkan diri anda turun ke dapur mencari sesuatu untuk mengunyah. Anda boleh mendengar muzik, menelefon atau chat bersama kawan bertanya khabar.


Motivasi diri anda

Tampal gambar atau petikan ayat yang anda suka di pintu bilik atau pintu peti ais untuk muhasabah diri anda. Gambar dan petikan ini boleh 'memotivasikan' diri anda supaya jangan makan secara berlebihan. Selamat Mencuba!






.

Cerita terkini penyanyi SIti Norsaida Tarudin


Cerita terkini penyanyi SIti Norsaida Tarudin | Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mengakui terkejut apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH). Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu. "Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah. "Saya bersyukur kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada usia yang muda dan berharap pemergian saya nanti akan dipermudahkan," katanya.

Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH. "Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan berangkat ke Mekah pada September depan dan hanya akan dapat jadual penerbangannya pada 24 Ogos ini. "Saya cukup berasa rendah diri dan teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak,” katanya. Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH. Sebagai persiapan, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, dia turut menghadiri kursus Haji selain mempelajari hal-hal berkaitan agama agar lebih bersedia menunaikan Rukun Islam itu.

Dalam perkembangan lain, Saida memberitahu sejak memakai tudung, hatinya menjadi lebih tenang dan selesa dengan penampilan baharu itu. Dia juga tidak mempunyai sebarang sebab membuat keputusan bertudung sebaliknya terbuka hati ingin berubah menjadi insan lebih sempurna. "Saya langsung tidak merancang untuk memakai tudung tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan. Alhamdulillah perubahan ini dilakukan atas kesedaran ingin menjadi insan lebih baik," ujarnya. Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Saida berkata, dia masih aktif sebagai penyanyi dan sibuk menghadiri pelbagai majlis hiburan. -Mstar





.

Cara pelik menghadapi kempen pilihanraya



Cara pelik menghadapi kempen pilihanraya | Seorang petani di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menghasilkan lakaran dua wajah ahli politik tempatan di ladang jagung miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Lukisan tersebut sempena kempen pilihan raya untuk memilih Gabenor New Jersey. Petani itu, Dale Davis menanam jagung pada corak batas yang berbentuk wajah calon Parti Republikan, Chris Christie dan pencabarnya, Barbara Buono daripada Parti Demokratik.

Davis menanam jagung berkenaan di Ladang Stony Hill miliknya di sini pada Jun lalu. Menurut peladang tersebut, dia berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian orang ramai. “Lakaran wajah pada ladang jagung ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini. Mereka akan dikenakan sedikit bayaran,” kata Davis. “Pilihan raya gabenor akan berlangsung pada 5 November depan,” tambahnya. – AP





.

Review Filem 'Paku Pontianak'


Review Filem 'Paku Pontianak' | Pengarah berbakat besar, Ismail Bob Hasim sekali lagi tampil dengan sebuah filem bergenre seram arahannya "Paku Pontianak" untuk penonton yang gemar filem bergenre ini. Bob Hasim yang pernah merangkul Anugerah Filem Takut Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012 menerusi filem "Sumpahan Kum Kum" yakin dapat memberi impak terbaik melalui filem seram terbaru arahannya. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung bernama Adam (Pekin Ibrahim) telah terlanggar seorang gadis Melati (Uqasha) ketika pulang dari tempat kerjanya pada waktu malam.

Adam kemudiannya telah membawa pulang Melati yang tidak sedarkan diri ke rumahnya. Usaha mencari keluarga Melati tidak berjaya apabila Melati tidak mengingati apa-apa langsung dan menyebabkan Adam sentiasa melindungi Melati. Pada masa sama hal tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang hati Seri (Hidayah Samsudin) yang sudah lama meminati Adam, dan ini telah menimbulkan konflik. Selain Pekin dan Uqasha, filem terbitan MIG ini turut dibarisi pelakon seperti Adiba Yunus, Along Eyzendy dan Hidayah Ismail dan ramai lagi. "Paku Pontianak" telah mula ditayangkan bermula 22 Ogos di seluruh pawagam di Malaysia.





.

Subhanallah, laungan azan menyelamatkan rumah daripada terbakar



Subhanallah, laungan azan menyelamatkan rumah daripada terbakar | Tindakan seorang pemuda melaungkan azan sejurus selepas ternampak kebakaran di dapur menyelamatkan rumahnya daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Gaung, Pendek. Asraf Md. Din, 22, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kepulan asap tebal memenuhi ruang bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas. "Terkejut dengan situasi tersebut, saya keluar dari bilik yang berada dan nampak api dari dapur di tingkat bawah sudah mula naik ke atas. "Saya kemudian terus berlari ke bawah dan membuka pintu untuk membenarkan jiran-jiran masuk bagi membantu menyelamatkan barang," katanya ketika ditemui di rumahnya. - Utusan




P/S - Sekadar gambar hiasan





.

Inilah cerita sebenar mengenai kemalangan bas di Genting. (menurut saksi kejadian)


Inilah cerita sebenar mengenai kemalangan bas di Genting. (menurut saksi kejadian) | Bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands semalam beberapa minit sebelum kemalangan maut itu hampir terbabit dalam satu kemalangan kecil beberapa ketika sejurus tiba di tempat kejadian sebelum terjunam ke dalam gaung. Nor Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, mangsa yang duduk di belakang kerusi pemandu terbabit memberitahu Utusan, sebaik sahaja turun dari stesen bas Genting kira-kira pukul 2 petang, bas berkenaan yang berada di laluan sebelah kanan cuba masuk ke laluan kiri tetapi nyaris berselisih dengan sebuah kereta yang mahu ke tokong berhampiran di sebelah kanan jalan. "Pemandu bas bagaimanapun sempat brek. Kalau tidak dari awal lagi terjunam ke gaung lebih dalam lagi. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka. Selepas itu, bas teruskan perjalanan.

Tiga minit kemudian pemandu bas itu berhenti. Waktu hidupkan enjin, terdengar bunyi 'krek', mungkin bas ada masalah. "Perjalanan kemudian diteruskan tetapi kali ini bas bergerak laju, habis kereta di depan dia langgar...dalam dua tiga kereta, pemandu itu nampak macam kelam-kabut cuba kawal ke kiri dan kanan. Waktu itulah penumpang yang lain menjerit-jerit ketakutan sebelum bas terhumban dalam gaung," katanya. Nor Maizatul, kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves patah kaki dengan luka di dahi dan berdekatan mata ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini. Menurut Nor Maizatul, dia yang naik ke Genting Highlands bersama seorang rakan untuk ke Theme Park sebelum itu hairan kerana semasa di stesen lagi, bas berkenaan mengambil lebih muatan, kira-kira 10 orang lagi. "Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk di tangga bas," katanya. Nor Maizatul berkata, selepas bas terhumban dalam gaung, dia tersedar bas berkenaan berada di depannya dan dilihatnya 'ada beberapa mangsa bertindan-tindan'.

"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak. Seingat saya, dekat saya ada seorang lelaki berasal dari Kelantan manakala rakan saya tadi tercampak ke bahagian bawah gaung lagi. "Lelaki itu sempat menenangkan saya dan meminta menjaga diri. Lebih kurang sejam saya menunggu dan hanya ingat mati sahaja," jelasnya. Sementara itu, seorang penumpang yang terselamat mendakwa pemandu bas itu mengabaikan keselamatan apabila masih memandu kenderaan itu walaupun mengetahui berlaku kerosakan brek. Tan Ming Shing, 26, mendakwa, sebelum kemalangan itu, bas berkenaan memotong sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan berbahaya menyebabkan pemandunya berang. Menurut Ming Shing, pemandu bas dan kereta Honda terbabit masing-masing berhenti di tepi jalan dan bertengkar. "Saya dengar pemandu kereta Honda itu bertanya kenapa memandu bas dalam keadaan berbahaya.

"Pemandu bas kemudian memaklumkan kenderaannya mengalami masalah brek dan selepas itu kedua-dua mereka meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Terdahulu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meluangkan masa melawat dan bertanya keadaan kesihatan Ming Shing yang mengalami patah tangan kiri. Ming Shing yang bekerja di bahagian dapur di Genting Highlands mendakwa, dia hairan kenapa pemandu bas itu mengambil risiko meneruskan perjalanan walaupun tahu kenderaannya mengalami masalah brek. Sementara itu, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan rakyat Korea, dipercayai masih kritikal. Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Genting Highlands semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. -Utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!