Friday, August 23, 2013

Inilah cerita sebenar mengenai kemalangan bas di Genting. (menurut saksi kejadian)


Inilah cerita sebenar mengenai kemalangan bas di Genting. (menurut saksi kejadian) | Bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands semalam beberapa minit sebelum kemalangan maut itu hampir terbabit dalam satu kemalangan kecil beberapa ketika sejurus tiba di tempat kejadian sebelum terjunam ke dalam gaung. Nor Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, mangsa yang duduk di belakang kerusi pemandu terbabit memberitahu Utusan, sebaik sahaja turun dari stesen bas Genting kira-kira pukul 2 petang, bas berkenaan yang berada di laluan sebelah kanan cuba masuk ke laluan kiri tetapi nyaris berselisih dengan sebuah kereta yang mahu ke tokong berhampiran di sebelah kanan jalan. "Pemandu bas bagaimanapun sempat brek. Kalau tidak dari awal lagi terjunam ke gaung lebih dalam lagi. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka. Selepas itu, bas teruskan perjalanan.

Tiga minit kemudian pemandu bas itu berhenti. Waktu hidupkan enjin, terdengar bunyi 'krek', mungkin bas ada masalah. "Perjalanan kemudian diteruskan tetapi kali ini bas bergerak laju, habis kereta di depan dia langgar...dalam dua tiga kereta, pemandu itu nampak macam kelam-kabut cuba kawal ke kiri dan kanan. Waktu itulah penumpang yang lain menjerit-jerit ketakutan sebelum bas terhumban dalam gaung," katanya. Nor Maizatul, kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves patah kaki dengan luka di dahi dan berdekatan mata ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini. Menurut Nor Maizatul, dia yang naik ke Genting Highlands bersama seorang rakan untuk ke Theme Park sebelum itu hairan kerana semasa di stesen lagi, bas berkenaan mengambil lebih muatan, kira-kira 10 orang lagi. "Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk di tangga bas," katanya. Nor Maizatul berkata, selepas bas terhumban dalam gaung, dia tersedar bas berkenaan berada di depannya dan dilihatnya 'ada beberapa mangsa bertindan-tindan'.

"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak. Seingat saya, dekat saya ada seorang lelaki berasal dari Kelantan manakala rakan saya tadi tercampak ke bahagian bawah gaung lagi. "Lelaki itu sempat menenangkan saya dan meminta menjaga diri. Lebih kurang sejam saya menunggu dan hanya ingat mati sahaja," jelasnya. Sementara itu, seorang penumpang yang terselamat mendakwa pemandu bas itu mengabaikan keselamatan apabila masih memandu kenderaan itu walaupun mengetahui berlaku kerosakan brek. Tan Ming Shing, 26, mendakwa, sebelum kemalangan itu, bas berkenaan memotong sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan berbahaya menyebabkan pemandunya berang. Menurut Ming Shing, pemandu bas dan kereta Honda terbabit masing-masing berhenti di tepi jalan dan bertengkar. "Saya dengar pemandu kereta Honda itu bertanya kenapa memandu bas dalam keadaan berbahaya.

"Pemandu bas kemudian memaklumkan kenderaannya mengalami masalah brek dan selepas itu kedua-dua mereka meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Terdahulu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meluangkan masa melawat dan bertanya keadaan kesihatan Ming Shing yang mengalami patah tangan kiri. Ming Shing yang bekerja di bahagian dapur di Genting Highlands mendakwa, dia hairan kenapa pemandu bas itu mengambil risiko meneruskan perjalanan walaupun tahu kenderaannya mengalami masalah brek. Sementara itu, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan rakyat Korea, dipercayai masih kritikal. Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Genting Highlands semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. -Utusan






.

11 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 23, 2013 at 8:16 AM said...

Aduhhaiii...nyawa yang tak bersalah terkorban...
Takziah pada semua...
Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

x0x0 ^_^

Myra Jay on August 23, 2013 at 8:42 AM said...

Semoga pihak berwajib mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku

fizafantagiro on August 23, 2013 at 8:56 AM said...

Selalu kita baca pun bila berlaku kemalangan bas ni, akibat kecuaian pemandu . Kenapa la mereka tak ambil iktibar dr kejadian yg pernah berlaku sebelum ni :'( mereka membawa berpuluh nyawa tu . Al-fatihah untuk yg beragama islam dan RIP utk non muslim .

Unknown on August 23, 2013 at 9:32 AM said...

sedihnya bila bayangkan balik keadaan semasa cemas, jatuh ke dalam gaung yang dalam.. kita ni turun bukit pun dah kecut perut :(

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on August 23, 2013 at 9:38 AM said...

sepatutnya pemandu tu lebih btaggjwb, kalau tau brek rosak berhenti la mana2 contact opis dia.hurm...dah ajal.huhu..al fatihah buat mangsa muslim.moga mereka ditempatkan bersama org2 beriman.

IntaNBerliaN on August 23, 2013 at 9:51 AM said...

Ya Allah... napelah dah tau brek rosak teruskan perjalanan jugak.. bahaya kalau jln camtu brek xleh guna

Suri Ain on August 23, 2013 at 11:29 AM said...

Setiap kali kemalangan ngeri berlaku, kerajaan dimaklumkan sebab musabab kejadian. Kemudian adalah itu ini syarat, peraturan dan berbagai tindakan yang akan diambil, dan 'amaran keras' pun dikeluarkan. Sebulan dua saja 'amaran keras itu diikuti. Akhirnya berbalik ke asal.

Unknown on August 23, 2013 at 12:29 PM said...

disebabkan kecuaian dia..ramai orang jadi mangsa...Takziah pada semua keluarga yang terlibat...

kak tie on August 23, 2013 at 1:00 PM said...

rasa serik mahu kesana..ngeri sangat

Ooh Deo on August 23, 2013 at 6:13 PM said...

tak sanggup nk naik bas buruk atau uzur.. ngeri..

MumMe on August 25, 2013 at 9:37 AM said...

bila peluang di sia-siakan...padahal ada kesempatan utk seek for solution.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!