Monday, August 26, 2013

Wanita ini hidup semula selepas disahkan mati 2 minggu yang lalu


Wanita ini hidup semula selepas disahkan mati 2 minggu yang lalu | Seorang wanita yang 'telah mati' dua minggu lalu, muncul semula minggu lalu. Wanita berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai Sharolyn Jackson disahkan mati dan dikebumikan pada 3 Ogos lalu di New Jersey. Ibu Jackson, Carrie Minney berkata, wanita yang diletakkan di dalam keranda ketika itu menyerupai anak perempuannya kecuali bahagian hidungnya, Katanya, keluarganya tidak mencurigai keadaan itu kerana menganggap mungkin sesuatu telah berlaku kepada hidung Jackson semasa proses pengawetan mayatnya dilakukan. ''Terdapat banyak persamaan yang kuat (antara Jackson dengan mayat itu),'' kata Minney sewaktu ditemubual menerusi telefon dari rumahnya di Trenton, New Jersey, semalam.

Selepas Jackson muncul semula di Hospital Pennsylvania minggu lalu, polis membuat pengesahan bahawa wanita itu merupakan Jackson berdasarkan cap jarinya. Anak lelaki Jackson pergi ke hospital itu dan turut mengecam ibunya. ''Kata anak lelakinya, itu adalah ibunya. Kami membuat kesilapan besar,'' kata jurucakap Jabatan Kesihatan Philadelphia, James Garrow. Jackson dilaporkan hilang ketika pasukan perubatan menemui mayat seorang wanita di bahu jalan di Philadelphia dan membawa mayat itu ke hospital dengan kematiannya disahkan berlaku pada 20 Julai. Satu daripada anak Jackson berkata, ibunya menerima rawatan kerana masalah mental dan dadah. - AGENSI






.

Hanya kerana dia seorang artis yang popular, apa pun sanggup


Hanya kerana dia seorang artis yang popular, apa pun sanggup | Pembelian gigi busuk mendiang John Lennon pada harga 20,000 pound (RM103,061) dalam satu acara lelongan di Stockport, Kanada dua tahun lalu memberi pulangan lumayan kepada seorang doktor gigi. Michael Zuk, 51, dari Alberta berkata, ternyata pembelian gigi milik penyanyi kumpulan The Beatles itu berhasil apabila beliau berjaya melakukan pengklonan gigi yang boleh mencecah ribuan pound.


“Industri pengklonan gigi kini menjadi trend. Peminat sudah mula menggilai pemasangan klon gigi artis kesayangan dan gigi busuk John Lennon itu bakal membawa pulangan lumayan kepada kami,” katanya dipetik Dailymail Menurutnya, selain gigi artis, gigi haiwan juga kini menjadi pilihan untuk diklon pada gigi manusia. -AP





.

Info : Siapa yang dalangi perang saudara Syria?


Info : Siapa yang dalangi perang saudara Syria? | Serangan gas beracun di pinggir Damsyik bukan perkara baru sejak pergolakan perang saudara mencecah lebih 22 bulan. Namun, serangan kelmarin, paling dahsyat selepas lebih 1,300 maut di Ain Tarma, Zamalka dan Jobar dalam tempoh satu malam. Presiden rejim Basyar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling tuduh menuduh dan banyak negara dunia pula menjadi ‘batu api’ dalam tuduhan itu. Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menyiasat serangan itu yang disahkan berlaku di timur Gutah iaitu kawasan puak Sunni yang dikuasai FSA. Jurucakap Majlis Keselamatan PBB, berkata, bagaimanapun, dakwaan serangan itu masih belum disahkan.

Di sebalik konflik itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat. Pegawai tertinggi tentera AS, Jeneral Martin Dempsey sejak awal lagi memberi ‘ugutan palsu’ kepada tentera rejim yang mereka tidak teraga-agak untuk memusnahkan tentera udara Syria namun sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan atau serangan dilakukan. Namun, mengapa AS berminat untuk ‘membantu’ FSA? Adalah mereka mahu menjajah Syria sama seperti di Libya ketika usaha penggulingan pemimpin kuku besi Muammar Gaddafi di mana ketika penentangan rejim, AS menghantar tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang kononnya untuk ‘membantu’ rakyat Libya namun sehingga kini, Nato terus kekal di Libya.

Ironinya, Syria adalah pintu terakhir Israel dan jika Syria dan Mesir jatuh ke tangan pemimpin Islam, Israel dikatakan akan 'hancur' kerana Syria bersempadan dengan Israel dan apa yang ditakuti AS adalah kebangkitan Islam di Timur Tengah. Rejim Bashar yang kebanyakan dari puak Syiah pula disifatkan Israel Friendly dan FSA adalah dari puak Sunni yang sedia maklum musuh utama Zionis sekutu AS. Jika puak Sunni mengusai Syria dan bergabung dengan rakyat Mesir yang majoritinya Sunni, maka Israel boleh berkubur sekali gus merencatkan usaha AS untuk menguasai negara di Timur Tengah. -SH





.

Cara paling pelik dan menjijikkan untuk langsing


Cara paling pelik dan menjijikkan untuk langsing | SELEPAS melahirkan puteri sulungnya, North West, Kim Kardashian kini fokus untuk mengembalikan tubuh badannya menjadi ramping. Menerusi rakaman salah satu eppisod Keeping Up With the Kardashians, Kim menyatakan hasratnya akan mengambil plasenta bayinya bagi menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya. "Adakah kamu pernah memasak plasenta? Kata orang ia boleh dimakan," kata Kim kepada tukang masaknya. Bagaimanapun tukang masak keluarga Kardashian itu membalas persoalan Kim menyatakan isterinya pernah berbuat demikian. Topik tersebut membuatkan keluarga Kardashian seperti tidak bersetuju dengan cadangan Kim dan kemungkin besar Kim tetap akan meneruskan hasratnya dengan mengambil plasenta sebagai menu dietnya untuk langsing seperti dahulu. -AP





.

Kanye West mendedahkan wajah bayi perempuannya bersama Kim Kardashian


Kanye West yang hadir dalam rancangan temubual ibu Kim Kardashian, Kris Jenner telah mendedahkan wajah bayi perempuannya, North West bersama Kim Kardashian. Bayi perempuan yang lahir di sebuah hospital di Los Angeles, itu dilahirkan Kim pada 15 Jun yang lalu - sebulan lebih awal daripada tarikh akhirnya.


Sebelum ini wajah bayi perempuan ini memang belum pernah lagi didedahkan di mana-mana. Dan jelas North West memiliki iras-iras wajah ibu bapanya. Dalam salah sebuah akhbar luar negara, beberapa peminat telah meninggalkan komen mengakui bayi itu sangat comel. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!