Saturday, August 31, 2013

Lagi mayat bayi di temui.. Kali ini di Ipoh



Lagi mayat bayi di temui.. Kali ini di Ipoh | Penduduk di Taman Falim Indah dekat sini gempar berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di tebing Sungai Pari dekat sini hari ini. Bayi malang yang ditemui terapung bersama uri itu dijumpai pukul 5.09 petang oleh orang awam yang melalui jambatan di sungai berkenaan. Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata, bayi yang dijumpai tanpa pakaian itu berada dalam keadaan baik walaupun kelihatan sedikit kembung di bahagian badan.

Katanya, bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan penemuan uri dan tali pusat bersama mangsa. "Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan, "Kita percaya bayi ini dibuang di kawasan lain dahulu sebelum dihanyutkan arus sungai ke sini," katanya ketika ditemui hari ini. - Utusan




.

Seorang bapa sanggup tembak anak kerana anak mencuri


Seorang bapa sanggup tembak anak kerana anak mencuri | Seorang bapa nekad menembak anak lelakinya kerana ditangkap mencuri di salah sebuah kedai keperluan dan peralatan rumah, semalam. Remaja berusia 17 tahun itu mengalami luka di bahagian perut selepas ditembak. Laporan news.com.au yang dipetik berkata, remaja berkenaan, Quasaun Smalls telah mencuri satu mata gerudi dari Home Depot di Long Island City. Menurut laporan, kejadian bermula apabila bapa mangsa, Robert Smalls, 39, menjadi berang apabila mengetahui anaknya dilepaskan oleh pihak polis dan hanya menerima "desk apperance ticket" iaitu notis peringatan bertulis untuk hadir ke mahkamah tempatan atas kesalahan yang dilakukan.

Sedangkan, bapa mangsa mahu anaknya 'menginap' semalaman di dalam penjara sebagai pengajaran. Dek kerana tidak berpuas hati, ketika mangsa kembali ke rumah keesokkan harinya, berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu. Pertengkaran itu berakhir apabila si bapa yang juga bertugas sebagai seorang warden penjara mengeluarkan pistol 9mm miliknya lalu menembak anaknya.

Menurut laporan itu juga, jiran turun mengakui mendengar suara teriakan yang diikuti dengan bunyi tembakan. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan akan pulih segera. Sementara itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak polis sebaik menembak anaknya dan ditahan untuk tindakan selanjutnya. Bapa mangsa didakwa kerana menyerang dan memiliki senjata api. -AGENSI




.

Kejadian ini berlaku di India


Kejadian ini berlaku di India | Seorang wanita dipulaukan ahli keluarga sebelah suami selepas anak lelakinya yang berusia 15 tahun membunuh suaminya kerana mendera wanita itu secara seksual di Mandla dekat daerah Madhya Pradesh. Remaja lelaki itu, Dharmendra dan dua orang adik-beradik perempuannya yang berusia 14 dan 19, kini ditahan polis kerana membantu melupuskan mayat bapa mereka. Walaupun ketiga-tiga remaja berkenaan telah dituduh membunuh dan dibenarkan diikat jamin, namun mereka terpaksa terus kekal dalam lokap kerana tiada siapa tampil untuk mengikat jamin.

Menurut seorang pegawai kerajaan, Rajkumar Jhadia, bukan hanya keluarga suaminya memulaukan wanita berkenaan, malahan seluruh kampung kini tidak lagi menegur sapanya. "Tiada seorang pun daripada adik-beradik si mati mahu menjamin anak-anak wanita itu malahan gagal mencari sesiapa sahaja sebagai penjamin bagi ikat jamin ," kata Jharia .

"Wanita itu telah keluar dari rumah ibu mertuanya dan kini sedang mencari tempat tinggal lain," katanya. Wanita itu dilaporkan telah pulang ke rumah bapanya di Binori dan abang-abangnya sedang berusaha untuk mengumpul wang jaminan. Sementara itu, pihak polis masih belum memfailkan kertas pertuduhan. Ketua balai polis Damini yang bertanggungjawab, Arvind Tiwari berkata, "wanita itu melawat balai polis sekali dan memberitahu dia telah dipulaukan dalam undang-undang. -AP




.

Akibat mencuri di sebuah apartmen



Akibat mencuri di sebuah apartmen | Seorang lelaki digantung selama lima jam di tepi jalan raya akibat mencuri di sebuah apartmen di Wuhan, wilayah Hubei, China, kelmarin. Menurut pegawai, suspek, 34 tahun ditahan ketika cuba memanjat keluar dari tembok bangunan itu. Foto menunjukkan, kedua-dua tangan dan lehernya diikat pada tembok setinggi enam meter bersama barangan yang dicuri. Lapor media tempatan, antara barangan yang dicuri adalah iPad, dua utas jam tangan, dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - MailOnline





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!