Monday, September 2, 2013

Bukti gigi lelaki ini sangat kuat


Bukti gigi lelaki ini sangat kuat | Apa yang lebih mengejutkan, Suyitno mampu menarik kereta-kereta tersebut sejauh 100 meter dengan hanya menggunakan gigi. Dalam pertandingan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-68 baru-baru ini, terdapat ramai peserta lain yang cuba menariknya, tetapi hanya Suyitno yang mampu melakukannya. Suyitno menegaskan dia tidak menggunakan sebarang mentera atau jampi untuk menarik ketiga-tiga kereta jenis Toyota Avanza itu.

Katanya, kemampuannya menarik kereta-kereta itu adalah disebabkan dia merupakan seorang ahli seni budaya tarian tradisional reog. "Saya selalu membawa reog dengan cara menggigit sama ada ketika latihan atau mengadakan persembahan. "Mungkin disebabkan itu, saya mampu menarik kereta-kereta tersebut," katanya kepada beritajatim.com. - AGENSI




.

Ada apakah dengan Suri, anak Tom Cruise dan Katie Holmes ini?


Ada apakah dengan Suri, anak Tom Cruise dan Katie Holmes ini? | ANAK kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise dilaporkan telah mengalami patah tangan dan dipercayai terjatuh ketika sedang bermain di rumahnya di Manhattan, New York. Suri yang tinggal bersama ibunya sejak pasangan itu bercerai pada tahun lalu kini sedang berehat dirumah sejak daripada kejadian itu. "Masih belum diketahui apa punca sebenar dia patah tangan tetapi keadaannya kini semakin pulih," ujar sumber terdekat keluarga itu kepada majalah People.

Kali terakhir Suri dilihat di tempat awam ketika melawat bapanya di London sebelum mengikut ibunya ke lokasi penggambaran filem Miss Meadows di Cleveland, Ohio. Dalam perkembangan sama, Tom dilaporkan sedang dalam proses membeli sebuah rumah di Nothing Hill, London untuk memudahkan anaknya itu datang ke sana untuk melancong ke Eropah. -AP




.

Gambar terkini Kate Middleton selepas melahirkan anak sulung


Gambar terkini Kate Middleton selepas melahirkan anak sulung | Isteri Putera William, Kate Middleton tampil buat pertama kalinya di khalayak umum semalam, selepas melahirkan putera sulungnya lima minggu lalu bagi menyaksikan kejohanan kereta lasak di Wales. Namun, beliau tidak membawa bersamanya Prince George menyaksikan kejohanan itu di Pulau Anglesey, yang juga merupakan pangkalan Tentera Udara Diraja Britain tempat suaminya berkhidmat sebagai pemandu helikopter mencari dan menyelamat. Tampil dengan seluar jeans hitam, jaket berwarna kelabu-hijau, dan rambut coklatnya yang mengurai, penduduk tempatan menyifatkan Kate sebagai seorang yang sangat cantik. Kate memberitahu seorang penonton bahawa beliau meninggalkan George dengan neneknya, Carole Middleton pada hari tersebut.


''Saya bertanya bagaimana dengan George? tanya penonton itu, dan Kate berkata, dia (George) berada dalam keadaan yang sangat baik. Dia bersama neneknya. ''Kedua-dua mereka (William dan Kate) adalah orang yang benar-benar jujur. Ia adalah sesuatu yang baik apabila dapat bercakap dengan dia (Kate). Dia (Kate) kelihatan cantik, betul tak?,'' tanya Sarah Bingham, isteri kepada pengasas perlumbaan tersebut. Seorang lagi penduduk tempatan Marian Wyn-Jones berkata, Kate mampu menjadi seorang ibu yang baik. ''Kami bercakap tentang kegembiraan yang dialami Kate sejak memiliki George dan begitu cepat dia berubah,'' katanya. Kejohanan itu dirasmikan oleh William. - AFP





.

Misteri lima kubur berlubang di Kuala Sanggang


Misteri lima kubur berlubang di Kuala Sanggang | Penduduk sekitar Kampung Kuala Sanggang, gempar apabila lima kubur di tanah perkuburan Kampung Belanka digali pihak tidak bertanggungjawab. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sanggang, Maazi Rahmat Maharam Abdullah berkata, dua kali kejadian sama berlaku iaitu pada malam Jumaat seminggu sebelum Aidilfitri dan malam Jumaat minggu lepas. Menurutnya, dalam kejadian pertama, sebanyak lima kubur digali sedalam kira-kira satu meter di bahagian kepala dan di kiri kanan membabitkan kubur empat perempuan dan satu lelaki. “Kejadian berlaku pada malam Nuzul Quran dan disedari waris mangsa keesokan paginya manakala kejadian kedua pula pada malam Jumaat minggu lepas apabila tiga daripada lima kubur terbabit digali lagi dan dikambus semula,” katanya.

Katanya, penduduk bimbang berlaku kegiatan khurafat di kawasan kubur terbabit memandangkan cara gali adalah sama iaitu di bahagian kepala dan kiri serta kanan kubur. “Kami tidak tahu si pelaku menjuruskan kepada kubur siapa, apa yang kami bimbang si pelaku melakukan perkara khurafat,” katanya. Maazi berkata, dalam kejadian pertama dan kedua, pihak berkuasa agama menghantar beberapa pegawai ke lokasi kejadian untuk siasatan. “Diharap mereka meneliti tujuan sebenar si pelaku berbuat demikian sama ada dia mengambil atau meninggalkan sesuatu di kubur terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada waris mangsa kejadian tidak berhasil berikutan kesemua mereka enggan mendedahkan identiti keluarga. Bagaimanapun, seorang daripada ahli keluarga terbabit mahu pihak berkuasa agama menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti si pelaku dan tujuan dia berbuat demikian sekali gus mengelak kejadian daripada berulang. Kadi Temerloh, Badarudin Ahmad Bustami ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berdasarkan laporan pegawainya dan penduduk kampung. “Kes gali kubur ini jarang berlaku, bagaimanapun dipercayai si pelaku dalam kejadian itu mengamalkan ajaran sesat. "Kami akan siasat perkara ini hingga ke akar umbi,” katanya. -SH






#Rahsia kini didedahkan




.

Pelajar 14 tahun kantoi khalwat dengan pasangannya berusia 21 tahun pada malam merdeka


Pelajar 14 tahun kantoi khalwat dengan pasangannya berusia 21 tahun pada malam merdeka | Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin. Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini. Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah. Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. “Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya. Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon. Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak. Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat. Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini. “Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya. Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim. Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama. Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam. Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi. Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan. Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam. Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima. Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu. Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan. Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi. Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu.-MD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!