Monday, September 9, 2013

Bahaya mandi tanpa pakaian mandi di perairan Nordic


Bahaya mandi tanpa pakaian mandi di perairan Nordic | MUZIUM Sejarah Denmark memberi amaran kepada orang ramai supaya mengenakan pakaian mandi ketika berada di Perairan Nordic bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan ikan pirana yang tiba-tiba muncul di kawasan perairan tersebut sejak minggu lalu. Ikan Pirana spesies Pacu itu dikatakan hanya menyerang mangsa di bahagian kemaluan terutama golongan lelaki. Menurut pengkaji muzium, spesies ikan itu banyak ditemui di kawasan Oresund Sound, di luar pantai selatan Sweden. “Ramai mangsa ditemui mengalami kecederaan serius di bahagian kemaluan selepas digigit ikan berkenaan berbanding anggota badan lain,” katanya.

Menurut Daily online, beliau berkata, ikan itu mempunyai saiz gigi mendatar sama seperti gigi manusia yang mempunyai elemen menggigit dan mengunyah. “Kebanyakan ikan itu bersaiz 21 sentimeter (sm) panjang. Minggu lalu, dua nelayan maut selepas digigit ikan berkenaan. Selepas bedah siasat, kami mendapati kemaluan mangsa cedera digigit ikan tersebut,” katanya. Menurut kajian, ikan tersebut boleh mencecah saiz 90sm panjang dan berat sehingga 25 kilogram. -AP





.

Gambar rumah Maya Karin di London



Gambar rumah Maya Karin di London | Selebriti Maya Karin memang rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di kunjungi ialah kota metropolitan, London. Kebetulan adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di sana dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk. Menerusi laporan Harian Metro mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah-tengah kota itu dengan nilai melebihi RM2 juta. Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home, London for a week again”.



Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Dengarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu. -MD





.

Bangunan setinggi 99 tingkat bakal jadi kebanggaan mereka


Bangunan setinggi 99 tingkat bakal jadi kebanggaan mereka | Hasrat Indonesia untuk menyaingi Malaysia untuk memiliki bangunan tertinggi, bakal tercapai dalam tempoh lima tahun lagi apabila menara tertinggi milik syarikat petroleum negara itu, Pertamina siap dibina. Menara Pertamina dengan ketinggian 530 meter yang akan dibangunkan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan itu bakal menjadi mercu tanda baharu bagi Indonesia yang sudah lama berhajat menandingi kehebatan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Bangunan 99 tingkat itu bakal dibangunkan di tanah seluas enam hektar dengan menggunakan khidmat arkitek dan jurutera Skidmore, Owings & Merrill yang bertanggungjawab menyiapkan menara ikonik Burj Khalifa di Dubai.

Pengarah Presiden Pertamina, Karen Agustiawan sebelum ini sudah mengumumkan projek pembinaan menara berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jakarta, Joko Widodo bagi menyatakan hasrat syarikat minyak Indonesia itu pertengahan bulan lalu. Tanpa mengumumkan kos pembinaan menara tersebut, Karen sebaliknya memberitahu, wang tidak menjadi masalah bagi Pertamina memandangkan pendapatan bersih syarikat tersebut pada tahun lalu sahaja mencecah AS$2.7 bilion. Bahkan, Pertamina juga kata beliau, memiliki rizab sebanyak AS$9 bilion dalam bentuk wang tunai dan aset yang membolehkan syarikat itu membiayai kos pembinaan menara berkenaan. Apabila siap kelak, Menara Pertamina akan dijadikan sebagai ibu pejabat baru syarikat tersebut selain bakal menempatkan anak-anak syarikat.

Pembangunan menara itu juga kata Karen, akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018, sementara majlis pecah tanah akan diadakan pada bila-bila masa bulan ini. Keperluan memiliki menara itu juga bakal membuka ruang kepada Pertamina untuk meluaskan lagi skop perniagaannya dengan meningkatkan kakitangan seramai 14,000 orang pada masa ini kepada 25,000 pada tahun 2025. Pada masa ini, menara paling tinggi yang ada di Jakarta ialah Menara BNI yang dibina pada ketinggian 262 meter pada tahun 1996. - Mingguan





.

Anak penyanyi tekenal cedera parah dalam kemalangan ngeri



Anak penyanyi tekenal cedera parah dalam kemalangan ngeri | ANAK lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu. Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta. Dul yang juga anggota kumpulan Lucky Laki dan temannya mengalami patah tulang dibeberapa bahagian badan dan keadaannya dilaporkan stabil. Dul dan temannya kini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Jakarta oleh Ahmad Dhani selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Depok.

Dalam kejadian itu, kereta milik Dul dilaporkan hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini. Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera. "Dia didakwa memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki jalan arah bertentangan dan merempuh dua buah lagi kenderaan," kata saksi kejadian. Dalam perkembangan sama, Ahmad Dhani dilaporkan baharu sahaja menghadiahkan kereta tersebut kepada anaknya bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu. Persoalan mula timbul apabila Dul masih belum cukup umur untuk memohon lesen memandu dan boleh didakwa akibat kesalahan itu. -Mstar




.

Gambar kenderaan yang terlibat dalam kemalangan Nabila Huda dan anaknya


Gambar kenderaan yang terlibat dalam kemalangan Nabila Huda dan anaknya | Pelakon wanita yang juga anak kepada lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda cedera ringan selepas pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki terbabas di Kilometer 71 Lebuhraya Kuantan-Karak, dekat Bentong, lewat petang semalam.  Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut membabitkan anaknya, Keisha Laila, 3, yang juga cedera di tangan, dahi dan mulut. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata seorang pelakon wanita bernama Nabila Huda Suhaimi, 27, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menjalankan urusan kerjanya di Kuantan.


"Kenderaan dinaiki pelakon terbabit bersama anaknya dan dua lagi penumpang terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian. "Kedua-dua mereka bagaiamanapun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.-BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!