Tuesday, September 10, 2013

Sekolah tutup berikutan lebih 20 muridnya alami pendarahan hidung


Sekolah tutup berikutan  lebih 20 muridnya alami pendarahan hidung | Sebuah sekolah terpaksa ditutup selepas lebih 20 murid mengalami pendarahan hidung di Leqing, wilayah Zhejiang, timur China. Pihak berkuasa tempatan berkata, sebahagian lagi murid mengalami muntah, sakit kepala dan perut. “Kejadian dipercayai berpunca daripada pencemaran udara. Kami dapati lokasi baru sekolah itu hanya terletak 1 kilometer dari dua kilang fabrik,” katanya.

Menurutnya kepada China Post, pihaknya mengarahkan operasi di kilang terbabit dihentikan termasuk 30 bengkel perusahaan kecil fabrik di sekitar kawasan itu. “Siasatan awal mendapati, kilang terbabit melepaskan gas tidak mengikut piawaian. Kami akan lakukan siasatan termasuk menguji kualiti udara dan mengambil sampel darah daripada murid sekolah itu,” katanya. -CP




.

Isteri di serang cheetah, suami pula asyik mengambil gambar


Isteri di serang cheetah, suami pula asyik mengambil gambar | Percutian yang mengerikan. Begitulah yang dialami pasangan suami isteri berasal dari scotland, Archie dan Violet D Mello yang sedang bercuti ke Afrika Selatan. Mimpi buruk terjadi ketika seekor cheetah menerkam Violet, sedangkan Archie terlihat santai dan asyik mengambil gambar ketika isterinya diterkam.  Di zoo itu, setiap pelancong boleh masuk ke dalam kandang cheetah dan membelai haiwan buas itu. Cheetah-cheetah yang ada disitu sudah dijinakkan dan diakui tidak berbahaya bagi para pelancong. Violet lalu meminta suaminya mengambil gambarnya yang sedang membongkok dan membelai kepala cheetah. Namun, dua cheetah yang bernama Mark dan Monty justru menyerang. Mereka menggigit kepala dan betis Violet hingga perempuan itu tersungkur di tanah. Beberapa pelancong lain cuba untuk menghadang cheetah itu, namun mereka gagal.

Petugas zoo akhirnya turun dan menyelamatkan wanita itu. Sementara itu, apa yang dilakukan oleh Archie? Suami Violet itu asyik mengambil gambar dan mengaku tidak sedar apa yang terjadi. Violet yang terkejut dengan kejadian itu mendedahkan haiwan-haiwan itu memulakan serangan keatas lehernya dan dia hanya mampu berteriak. Beberapa orang datang menyelamatkan Violet dan Archie pun menggendong isterinya yang baru saja diterkam cheetah. Violet menderita luka cakar di bahagian betis, kepala, serta perut. Menurut doktor yang merawatnya, cheetah selalu menyerang bahagian perut mangsanya untuk mengeluarkan isi perut. Nasib baik Violet selamat. -AP




.

Gambar anak Anne Ngasri dan suami, Mohd. Sumali yang lahir pada 9 september 2013



Gambar anak Anne Ngasri dan suami, Mohd. Sumali yang lahir pada 9 september 2013 | Menerusi akaun Twitter hari ini Anne Ngasri mengumumkan yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September 2013 yang lalu.


Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu. Tahniah buat Anne Ngasri & suami, Mohd Sumali sekeluarga atas berita gembira ini. -MD





.

Pelik : Lelaki ini melakukan pembedahan agar dia akan 'menyerupai' Britney Spears


Pelik : Lelaki ini melakukan pembedahan agar dia akan 'menyerupai' Britney Spears | Bermula dari suntikan hormon, membeli pakaian yang sama, mengubah gaya rambut di salon, kosmetik dan semua hal dilakukan lelaki ini agar mirip dengan Britney Spears. Perbelanjaan yang sangat besar dikeluarkan kerana obses meniru artis kesayangannya ini. Nama lelaki transgender ini adalah Kara Nicole Hays. Sejak setahun yang lalu, dia dikenali ramai orang sebagai peniru Britney Spears. Namun bagi Kara, satu-satunya yang tidak berubah adalah wajahnya. "Saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik wajah agar mirip dengan idola saya," ujarnya.

Kara mengatakan bahawa sejak setahun lalu, beberapa media salah memberitakan dirinya pernah melakukan pembedahan membetulkan wajah agar mirip Britney Spears. Menurut Kara, dia memiliki wajah semulajadi yang mirip dengan Britney dan menurutnya, itu adalah kurniaan buatnya. Apa yang dilakukan Kara lebih dari sekadar meniru artis. "Britney adalah orang yang membantu saya keluar dari tekanan. Menari seperti gerakan dalam video Britney membantu saya menurunkan berat badan," ujarnya. Menjadi seorang lelaki transgender tidaklah mudah bagi Kara. Dia mengalami masa-masa sukar dibangku sekolah dulu.

Namun, semua itu dilalui sebagai pelajaran hidup yang berharga. "Saya tidak pernah bermaksud untuk kelihatan mirip seperti Britney Spears, tapi orang lain menganggap saya mirip, dan itu adalah pujian besar," ujar Kara. "Britney dan saya sudah melalui banyak masa sulit hal dalam hidup," lanjutnya. Saat ini Kara lebih fokus pada kariernya sebagai aktris dan penulis. Dia mengatakan walaupun dia kelihatan mirip namun dirinya adalah orang yang berbeza dari Britney Spears. -AP





.

Remaja bertudung asyik dalam pelukan teman lelaki, kantoi dalam operasi maksiat Jabatan Agama Islam


Remaja bertudung asyik dalam pelukan teman lelaki, kantoi dalam operasi maksiat Jabatan Agama Islam | Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya. Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini. Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil. Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya. Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru. Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan. “Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam. Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin. “Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri. “Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. "Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya. Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain. Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu. Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi. Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu. Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih. “Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya. -SH





.

Sedih : Guru kehilangan isteri dan 3 anak dalam kemalangan ngeri (3 Gambar)


Sedih : Guru kehilangan isteri dan 3 anak dalam kemalangan ngeri (3 Gambar) | Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini. Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan masih mendapat rawatan di wad kecemasan. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori. Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.


Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3. Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit. “Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya. Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!