Sunday, September 15, 2013

CALON ISTERI JUTAWAN - NURIFFA




Takdir Nurul Izyanie apabila si jutawan muda, Izzad Daniel memilihnya antara calon isteri yang bakal mewarisi empayar peniagaannya yang bernilai jutaan ringgit. Izzad Daniel nekad melakukan 'kerja gila' itu bersama rakan baiknya, Adam, kerana dia menghidap penyakit leukemia. Penyakit yang hanya dia seorang yang tahu. Pada mulanya, Nurul Izyanie hanya ingin mencari kerja, namun kerana salah tempat menghadiri temuduga, dia hadir pula temuduga mencari calon isteri si jutawan.

Terperanjat apabila sedar kesilapan itu, Nurul Izyanie nekad menolak tawaran itu. Gila, dalam dunia yang serba maju sekarang ni, ada juga orang yang masih nak cari calon isteri macam tu. Namun, setelah beberapa usaha yang dibuat oleh Izzad Daniel, Nurul Izyanie akur turut serta dalam pencarian itu. Calon-calon yang lain memang banyak sangat kelebihan. Dah lah cantik, malah kaya pula tu. Dan ada beberapa syarat terpaksa dilakukan oleh calon-calon ini, bagi terpilih menjadi isteri si jutawan. Nurul Izyanie nekad akan buat endah tak endah. Dia tak nak jadi isteri jutawan tu. Jadi, dia takdelah serius sangat pun.

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh, takkan kemana. Bukan saja hati si jutawan sudah terpikat dengan kesederhanaan Nurul Izyanie, malah Nek Wan, nenek Izzad Daniel juga percaya dialah calon yang paling tepat dijadikan isteri cucunya. Tidak pernah terdetik sekali pun menjadi isteri seorang jutawan. Sudahlah jutawan, malah segak pula tu. Namun rumahtangga yang bahagia ini bukanlah indah semata-mata. Mereka terpaksa berusaha untuk mempertahankan cinta mereka, terutama apabila penyakit Izzad Daniel mula serius. Dan kemunculan beberapa calon yang kalah, berniat merampas harta Izzad Daniel yang mungkin tidak hidup lama, dan niat Adam yang menyimpan hati dengan isteri sahabat sendiri, menguji lagi hati mereka.



Tajuk : Calon Isteri Jutawan
Penulis : Nuriffa
Halaman :  656 muka surat
Harga : RM25/RM28




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Dua remaja kejam, memasukkan anak kucing kedalam ketuhar gelombang mikro



Dua remaja kejam, memasukkan anak kucing kedalam ketuhar gelombang mikro | Dua remaja 15 tahun didakwa bertindak kejam dengan memasukkan seekor anak kucing ke dalam ketuhar gelombang mikro. Perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dimuat naik ke laman Twitter turut menggemparkan penduduk tempatan dan susulan daripada itu mahkamah telah mengeluarkan saman terhadap kedua-dua pelajar Sekolah Tinggi South Portland tersebut. Jurucakap polis, Frank Clark berkata, mereka mengambil serius terhadap perkara itu kerana ia melibatkan penganiayaan ke atas haiwan. Difahamkan kepada DailyMail, anak kucing malang digelar Miracle itu menunjukkan perkembangan positif selepas dirawat di Animal Rescue League. -AP




.

Malangnya nasib kanak-kanak ini


Malangnya nasib kanak-kanak ini | Seorang kanak-kanak terpaksa bergelumang bau busuk selepas terjatuh dalam lubang najis di Yanji, timur laut China. Media Daily Mail melaporkan, insiden berlaku selepas budak berusia setahun lapan bulan itu dipercayai tergelincir ke dalam lubang terbabit ketika pergi ke tandas secara bersendirian. Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya selepas terdengar jeritan meminta tolong. Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat. “Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba. -DM




.

Remaja berlumba haram maut rempuh lori tangki



Remaja berlumba haram maut rempuh lori tangki | Begitu yang berlaku terhadap tiga remaja yang terbunuh selepas selepas motosikal ditunggang mereka gagal mengelak sebuah lori tangki minyak ketika sedang berlumba haram di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa ialah Mohamad Mubarak Mohamad Sabri, 18; Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dan Mohd. Hakim Ghazali, 17, yang kesemuanya berasal dari Felda Keratong 9 di sini. - Utusan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!