Showing posts with label Review Novel. Show all posts
Showing posts with label Review Novel. Show all posts

Monday, February 5, 2018

AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA (Edisi Jelita Terkini)


 AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA (Edisi Jelita Terkini) | Sebelum ni lulu dah baca edisi pertama/asal novel pertama penulis kak Melur Jelita (AWAK SUKA SAYA TAK?) dan sebaik sahaja dikhabarkan kak Melur Jelita akan 'mengeluarkan' tulisan asal, novel tanpa edit, lulu terus beli dan teruja baca kisah-kisah yang tidak terdapat dalam novel pertama/asal. Maknanya sepatutnya novel asal ni memang sangat-sangat tebal berbanding yang telah diterbitkan beberapa tahun lalu.. Wah.. Novel hari tu pun dah tebal sangat, pernah masa baca terlepas dari tangan hempap kat muka hehe..


Alhamdulillah, kebetulan pula bulan 12 yang lalu lulu dan keluarga bercuti di Kinabalu Pine Resort, sekali bawa novel ni dan sempat gambar di resort cantik ini sambil berlatar belakangkan Gunung Kinabalu hehe. Nak baca review boleh ke AWAK SUKA SAYA TAK? cerita sama saja dan betul memang ada pertambahan kisah/bab yang tidak diterbitkan sebelum ni. Apa pun memiliki novel-novel hasil tulisan kak Melur Jelita memang sesuatu yang sangat membahagiakan. Tak sabar menanti novel kak Melur Jelita seterusnya..     .

Wednesday, December 13, 2017

HAI HANDSOME! - DEA ZORAYA


HAI HANDSOME! - DEA ZORAYA | Kisah perkenalan Maya dan Izzaz bermula ketika mereka terlibat dengan satu kemalangan. Izzaz seorang lelaki yang bekerja sebagai pilot telah membantu Maya menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kawan baik Maya. Sebagai balasan, Maya perlu berlakon sebagai adik Izzaz yang hilang sewaktu kecil. Namun sebelum bermula, Izzaz sedar dia sudah jatuh cinta dengan Maya dan nekad menjadikan Maya isterinya. Tapi sebelum mereka berkahwin, Maya dapat tahu agenda sebenar lelaki itu dan dia enggan meneruskan perkahwinan.

Kehadiran Firqin membuatkan Maya semakin dalam dilema. Namun akhirnya Maya akur mengahwini Izzaz selepas kesabaran lelaki itu membuatkan dia jatuh sayang. Malangnya sifat cemburu Izzaz menjadikan rumahtangga mereka mula di landa badai. Mampukah rasa cinta dan sayang mereka kekal dihati?  




Tajuk : Hai Handsome!

Penulis : Dea Zoraya

Halaman 466 muka surat

Harga : RM28/RM31




.

Monday, December 4, 2017

ISTERI ACAH-ACAH - MURNI AQILA



Isteri Acah-Acah - Murni Aqila | Tiba-tiba saja Hani Yusaira dijodohkan dengan Jay, sepupu sendiri, anak Pak Ngah Badar dan Mak Usu Rozilah. Mana mungkin dia menolaknya apabila Jay adalah lelaki yang dipujanya sejak dari kecil. Hani Yusaira akur dengan perkahwinan ini terutama dengan alasan Mak Usu , pemergian adiknya yang melanjutkan pelajaran akan membuatkan dia hidup bersendirian. Lalu berlangsunglah perkahwinan antara Hani Yusaira dan Jay Zamir, lalu melukakan hati Umar, sahabat yang sentiasa ada di kala susah senang dan jelas menyimpan hati dengannya selama ini. Namun perkahwinan itu tidak seindah yang Hani harapkan. Rupanya Jay tidak rela mengahwininya kerana menyintai gadis lain iaitu Liana yang bakal melanjutkan pelajaran di Melbourne. Malah ibu bapa Jay juga ada muslihat mengahwinkan Hani dan Jay.

Sikap Jay yang pemalas, sombong, apa pun tak tahu buat dan secara terang-terangan mengaku hanya menyintai Liana membuatkan Hani terasa, namun dia redha melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan sebaik-baiknya, walaupun dia sedar dia hanya sekadar seorang isteri acah-acah. Umar kembali bersemangat merebut hati Hani selepas dapat tahu perkahwinan gadis pujaannya itu tidak bahagia. Buat Jay pula, kehadiran dan sokongan Hani selama ini mula membuatkan hatinya tersentuh. Namun tidak sekali-kali buat cintanya terhadap Liana luntur. Siapakah yang menjadi pilihan terakhir Jay? Liana atau isteri acah-acahnya? Dan tercapaikah impian Umar untuk mengahwini Hani?  



Tajuk : Isteri Acah-Acah

Penulis : Murni Aqila

Halaman : 432 muka surat

Harga : RM28/RM31
 



*Novel ni best sangat




.

Tuesday, November 28, 2017

MR SINGA MISS SELAMBA - NURINA FEEZA

   

MR SINGA MISS SELAMBA - NURINA FEEZA | Selamba saja Maira Qaisarah apabila dia berhadapan dengan Iqram Fattah atau gelarannya Mr. Singa. Lelaki yang juga merupakan bosnya di tempat kerja sering marah-marah, tapi sikap Maira sebaliknya membuatkan Iqram jatuh hati sehingga terus suruh keluarganya masuk meminang. Mereka berkahwin dan Iqram berubah jadi romantik dan buat Maira jatuh cinta. Tapi perkahwinan itu dirahsia diatas permintaan Maira Qaisarah sendiri.

Akibatnya, Ain Suraya terang-terangan mahu kembali menjalin hubungan cinta dengan Iqram dan Aladdin Aimar pula terus menerus cuba menawan hati Maira Qaisarah. Beberapa kejadian khianat kemudian berlaku sehingga hampir membuatkan nyawa Maira melayang dan bayi yang dikandung nyaris gugur. Siapakah dalang disebalik kejadian itu? Mampukah rumahtangga Maira dan Iqram terus bahagia?  



Tajuk : Mr Singa Miss Selamba

Penulis : Nurina Feeza

Halaman : 593 muka surat

Harga : RM27/RM30




  .

Thursday, November 23, 2017

BUKAN ENCIK SEMPURNA - YUMI HYRA

   

BUKAN ENCIK SEMPURNA - YUMI HYRA | Alahai menariknya novel ni, rasa tak puas baca, sedar-sedar dah sampai ke helaian terakhir hehe.. Novel mengisahkankan mengenai Ulya Hana atau Uya yang terpaksa berhadapan dengan 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' yang diketuai oleh Mak Tok nya sendiri. Dan sebaik saja projek ini bermula, Uya dah pun pening kepala disebabkan calonnya bukan seorang malahan ada tiga orang. Tapi calon Mak Tok tetap Luth Hannan atau panggilannya 'Han Han' yang dikenali Uya sejak dari kecil. Apa yang Uya terkejut, Han Han yang dikenalinya ketika kecil ialah seorang budak perempuan yang berbadan montel dan berambut panjang melepasi bahu.

Dah kenapa pula sekarang jadi lelaki yang sangat handsome?? Kata Luth Hannan, 'Bonda kata kalau terjumpa orang yang sama sampai 10x, itu maknanya memang ada jodoh'. Bila Luth Hannan dah lamar Uya, datang pula bisik-bisik yang membuatkan Uya meragui si bakal suami. Kan dah buat Luth Hannan batal pertunangan sehingga membuatkan 'Projek Mini 1.0 dan projek-projek' seterusnya mula dilaksanakan. Ya, Luth Hannan bukannya Encik Sempurna yang diimpikan oleh Uya selama ini, tapi dah itu yang dia sayang, nak buat macam mana kan...  


Tajuk : Bukan Encik Sempurna

Penulis : Yumi Hyra

Halaman : 505 muka surat

Harga : RM25/RM28




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina (5*)  




.

Friday, November 17, 2017

HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF

   
Halalkan Hati Yang Kucuri - Mia Kiff | Betul-betul boleh insaf baca novel ni. Sepanjang membacanya, berkali juga terlintas di hati kesedaran untuk mensyukuri apa yang kita ada hari ini tanpa memandang rendah akan kehidupang lain kerana kehidupan kita ni ibarat roda. Hari ini kita diatas dan siapa tahun, esok lusa kita pula akan berada dibawah. Novel mengisahkan mengenai Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri muda yang gemar berjoli menghabiskan duit ringgit keluarga untuk kebebasan, keseronokkan tanpa kenal batasan. Teguran keluarga langsung tidak diendahkan dan anehnya, pada suatu hari mereka terkejut apabila pulang dan mendapati keluarga mereka sudah jatuh muflis.

Rumah besar dan syarikat telah dijual dan sudah menjadi milik orang lain malah keluarga mereka hilang tanpa jejak. Lalu kehidupan mereka berubah sepenuhnya selepas mula kehabisan duit. Mereka merempat di kaki lima dan terpaksa membuat kerja-kerja yang mereka hina dan pandang jijik sebelum ini. Pelbagai kejadian berlaku sehingga akhirnya mereka mula bangkit dan rasa bahagia walaupun serba kekurangan. Insaf dan mula bersyukur, Faiq dan Delisha diduga lagi. Mereka kehilangan bayi yang baru dilahirkan. Masih kah ada peluang untuk mereka menempah kejayaan dan kembali menemui keluarga mereka?  



Tajuk : Halalkan Hati Yang Kucuri

Penulis : Mia Kiff

Halaman : 772 muka surat

Harga : RM29/RM32
     



*Novel ni best, cuma jujurnya lulu rasa tajuk tu tak sesuai dengan jalan cerita  





 .

Saturday, November 11, 2017

WANITA TERINDAH - EZZA MYSARA

   

WANITA TERINDAH - EZZA MYSARA | Sikap panas baran, suka marah-marah dan mulut tidak ada insurans Fahim Aiman tidak pernah menggentarkan hati Nuryn yang merupakan seorang yang sangat sederhana dan disayangi rakan sekerja. Tingkah Nuryn yang mampu tersenyum dan kadang-kala tertawa membuatkan hati Fahim Aiman mula terusik. Terutama melihat layanan mesra Nuryn terhadap ibunya dan 'anak angkat' ibunya, Fikri yang menderita penyakit 'Leukimia Limfoid Akut'. Kematian ibunya dalam kemalangan jalanraya membuatkan hidup Fahim Aiman kelam kabut. Mana nak bekerja, menguruskan Fikri lagi membuatkan kerjanya terganggu dan dirinya sendiri tidak terurus.

Tidak tersangka, Nuryn hadir dan melamarnya menjadi suami. Nuryn dinikahi tanpa pengetahuan orang lain dan bermulalah kisah rumahtangga mereka yang pada mulanya hanya menjadikan Fikri sebagai alasan. Akhirnya, siapa sangka perkahwinan ini membuatkan Fahim Aiman mula rasa bahagia dan berubah menjadi seorang yang mesra dan penyabar. Namun sebelum kebahagiaan menjadi milik mereka sepenuhnya, rumahtangga mereka pula ditimpa dugaan..  



Tajuk : Wanita Terindah

Penulis : Ezza Mysara

Halaman : 368 muka surat

Harga : RM30/RM33




P/S - Novel ni best sangat, tapi yang tak puasnya, nipis betul lepas tu harganya agak mahal.  





.

Monday, November 6, 2017

SYURGAKU TAK SEMPURNA - SARA AISHA

   
SYURGAKU TAK SEMPURNA - SARA AISHA | Tengku Zarif mengahwini seorang gadis kampung bernama Zalia selepas hanya pertama kali melihat wanita itu, hatinya terpaut dan yakin itulah cintanya. Perkahwinan itu begitu bahagia sehinggalah mereka kehilangan anak dalam satu kemalangan. Zalia mengalami tekanan perasaan atas kehilangan itu terutama apabila disahkan tidak boleh hamil lagi kesan daripada kemalangan tersebut. Tengku Zaharah, ibu Tengku Zarif mula membuat rancangan untuk menghancurkan perkahwinan anaknya.

Tengku Zarif dipasangkan dengan Fariena, Sekuat mana pun Zalia bertahan akhirnya dia kalah selepas membenarkan Tengku Zarif mengahwini wanita itu. Lalu suaminya semakin menjauh darinya dan membuatkan Tengku Zaharah dan Fariena tersenyum tanda menang. Zalia kecewa dan dengan hati yang penuh dendam, dia bangkit dengan rancangan yang bakal membalas semua kekecewaannya.  




Tajuk : Syurgaku Tak Sempurna

Penulis : Sara Aisha

Halaman : 724 muka surat

Harga : RM28/RM31
 




*Novel ni best!!





.

Thursday, October 26, 2017

TUNANG KE-9 - ANABELLA



Tunang ke-9 - Anabella | Sikap Elman Shah yang sudah bertunang sebanyak 8x akhirnya kalah apabila bertemu dengan cinta pertamanya ketika di zaman sekolah. Tiba-tiba untuk meraih cinta satu-satunya Reny Fathia, dia pula berdepan dengan jalan buntu terutama apabila mengetahui ada saingan sehebat Benjamin Martin. Lelaki itu jauh lebih sempurna daripadanya. Elman Shah yang punya rasa dendam didalam hati mengenai kisah silam akhirnya sedar, biar apa saja niatnya demi menyakitkan hati Reny Fathia, rasa cintanya tetap akan mengatasi segala-galanya.

Namun sebelum menjadikan Reny Fathia tunangnya yang ke-9, dia berdepan tragedi akibat pertelingkahannya dengan Benjamin Martin. Siapakah akhirnya yang akan memenangi hati Reny Fathia? Dan apakah sebenarnya yang berlaku disebalik kisah silam yang menjadi punca dendam didalam hati Elman Shah?  



Tajuk : Tunang Ke-9

Penulis : Anabella

Halaman : 830 muka surat

Harga : RM31/RM34




    .

Monday, October 16, 2017

SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE



SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE | Akhirnya selepas beberapa tahun penulis ni muncul dengan novel baru.. Hehe rindu. Dua novelnya sebelum ni baca berkali-kali pun tak bosan. Dan yang paling istimewa dengar khabar kisah novel ni adalah kisah benar penulis itu sendiri. Hehe lulu dah tengok si empunya mata biru di laman istagram penulis ini. Dah jom baca review lulu.. Irina, gadis dari Malaysia melenjutkan pelajaran di peringkat PHD dalam bidang Bangunan dan Tenaga di Newcastle, UK. Dia berkeras tidak mahu jatuh cinta namun menemui James Howards, di Restoran Chilli Padi. Si jejaka bermata biru yang berasal dari Lancashire sebuah kawasan luar bandar begitu menawan hati Irina, namun antara mereka ada begitu banyak perbezaan.

Diam-diam Irina redha tapi takdir mempertemukan mereka tiga kali lagi selepas itu dan akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin secara rahsia dek kerana mahu menjaga hati keluarga. Perkahwinan itu hanya diketahui oleh ayah Irina. Tapi sejauh mana harus mereka merahsiakan perkahwinan itu, sedangkan jiran, Nedim yang ada perasaan terhadap Irina sudah mula curiga dengan kemesraan antara mereka? Mari kita selusuri kisah cinta pasangan yang berbeza agama, bangsa dan negara ini. Dan syabas Dr Iman, kerana berjaya tulis sebuah novel yang best lagi. Tak sabar tunggu novel seterusnya..  



Tajuk : Suamiku Si Mata Biru

Penulis : Evelyn Rose

Halaman : 527 muka surat

Harga : RM23/RM26




*Fully Recommended By Lulu Caldina  




 .

Sunday, October 8, 2017

LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH


LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH | Kehidupan Naira sememangnya berbeza dengan orang lain. Punya abang seperti Mirza yang terbelenggu dengan ketagihan dadah, umi yang sakit dan keadaan adiknya Zeenat yang sensitif membuatkan Naira tumbuh menjadi seorang gadis garang dan selalu berwajah masam. Mereka dibelenggu ketakutan dek kerana ada saja lintah darat yang mengejar dan Mirza yang hadir mengejut dirumah menyelongkar beg mahu mencuri duit demi kelangsungan ketagihannya. Mujurlah Naira masih ada resort abah yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga. Pada Naira dia harus kuat demi umi dan adiknya, Zeenat. Tiba-tiba saja muncul Raid dalam hidup Naira. Lelaki yang digelarnya 'hantu' namun tidak segan-silu menghulur kasih dan cinta buat Naira yang selalu masam muka.

Macam-macam akal Raid demi menambat hati gadis kesayangannya. Raid yang selalu ada disaat Naira ada masalah dan tetap setia disamping, membuatkan Naira akhirnya bersetuju menjadi isteri Raid. Sepanjang bulan madu mereka menjadi kenangan yang paling manis buat Naira, sehinggalah satu demi satu rahsia Raid mula terbongkar. Luluh hati Naira namun rupa-rupanya Raid juga punya sisi yang terlalu baik sehingga Naira bakal menyesal tak sudah... Adakah sudah terlewat??  


Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan

Penulis : Umie Nadzimah

Halaman : 518 muka surat

Harga : RM22/RM25
 




*Fully recommended by Lulu Caldina




.

Tuesday, October 3, 2017

MR. GREY - SYAMNURIEZMIL


MR. GREY - SYAMNURIEZMIL | Wow! Suka bila Syamnuriezmil tulis novel tebal-tebal macam MR. Grey ni, terutama bila ianya padat dengan kisah cinta dan aksi yang mendebarkan. Maka, memang rasa berbaloi menjadikan setiap novel tulisan penulis ini sebagai koleksi peribadi. Malique Grogary Kamal aka Mr. Grey ni adalah seorang lelaki yang punya kelulusan doktor perubatan namun berkorban demi keluarga dengan sanggup melupakan cita-citanya. Namun keadaan di syarikat memang penuh dengan pergolakkan dengan kehadiran REID KAMAL aka MR RED yang sering buat masalah. Begitu juga dengan sikap Tok Grey yang sering mempertahankan karenah cucu haramnya ni, Reid Kamal.

Akhirnya Mr Grey menarik diri dari syarikat, mengahwini Nisa Ardina dan melukai hati Datin Musalma serta Ilham Arsyad yang sangat menyintai Nisa Ardina sejak kecil. Baginya itu adalah keputusan yang tepat demi diri dan melindungi orang yang dicintai. Namun, kebahagiaan yang mereka kecapi nampaknya diuji bila suatu hari MR. Grey bertindak meninggalkan Nisa Ardina yang sedang hamil. Apa sebenarnya yang terjadi?



Tajuk : MR. Grey

 Penulis : Syamnuriezmil

Halaman : 941 muka surat

Harga : RM34/RM37
 




*Fully recommended by Lulu Caldina




.

Monday, September 25, 2017

KAU YANG SATU - NIA AZALEA

   
KAU YANG SATU - NIA AZALEA | Sebuah novel adaptasi ke filem dan edisi yang lulu beli pun sudah edisi yang ke 20. Wow! Apa yang menariknya novel ini, sehingga diangkat ke filem dan meraih sehingga cetakan ke 20? Keluarga Salina mengenali Datuk Mustaza selepas ayah Salina, Sulaiman seorang nelayan menyelamatkan lelaki itu. Ketika itu bot Datuk Mustaza karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Akibat benar-benar terhutang budi, Datuk Mustaza menjodohkan anaknya, Taufik dengan Salina yang ketika itu punya perasaan terhadap rakan sekampung, Zulkifli. Taufik juga ada kekasih, Isabella seorang model sensasi berlainan agama. Akhirnya akur permintaan papanya, Taufik dinikahkan dengan Salina. Perkahwinan mereka hanya atas dasar nama apabila kehadiran Salina sebagai isteri langsung tidak diendahkan Taufik.

Dihadapan papa dan mamanya, Taufik berlakon bahagia dan Salina diarahkannya untuk menyembunyikan masalah mereka. Kehadiran Zulkifli di pejabat Taufik membuatkan Taufik sedar, lelaki itu tidak kurang hebatnya apatah lagi dia terang-terangan masih menyintai Salina. Namun akhirnya Taufik jatuh cinta juga dengan Salina terutama selepas melihat Isabella curang. Malangnya ketika mereka mulai bahagia, Isabella muncul semula dan mengaku hamil anak Taufik. Apa tindakan Salina dan Taufik dengan berita itu?  



Tajuk : Kau Yang Satu

Penulis : Nia Azalea

Halaman : 420 muka surat

Harga : RM28/RM31





    .

Sunday, September 17, 2017

DI TAMAN LARANGAN - ANA SOFIYA


DI TAMAN LARANGAN - ANA SOFIYA | Kali ini penulis kegemaran lulu ni memilih kisah yang tidak kurang menariknya, mengisahkan mengenai dunia perkahwinan Ayuni dan Zuhayr yang tidak seindah yang diharapkan. Perkenalan singkat pada mulanya antara mereka berdua tidak menghalang Ayuni dari bersetuju mengahwini Zuhayr yang rupanya punya agenda sendiri dalam diam. Layanan buruk mertua juga memburukkan lagi keadaan. Terkilan menjeruk hati dan air mata yang tetap setia menemani, mujur saja Ayuni punya Insyirah kawan baik yang sentiasa ada untuk dia. Muncul pula Hud Hulaif yang selama ini menyimpan perasaan pada Ayuni.

Sedar wanita pujaan itu merupakan isteri orang, baginya cinta itu tidak semestinya memiliki dan dia redha hanya melihat Ayuni dari jauh malah tetap menyimpan harapan didalam hati. Keadaan rumahtangga Ayuni semakin memburuk disebabkan kehadiran Syakila adik bekas kekasih Zuhayr yang secara terang-terangan punya niat untuk jadi satu-satunya isteri Zuhayr. Zuhayr semakin lupa tanggungjawab dan sanggup merancang sesuatu untuk berpisah dengan Ayuni.

Namun kehadiran Hud Hulaif tepat ketika Ayuni betul-betul memerlukan pertolongan. Pada Hud, tiada apa yang lebih penting melainkan menyelamatkan si cinta hati. Ayuni betul-betul diduga, apatah lagi Zuhayr tergamak menuduh Ayuni curang dan dia bukan ayah kandung kepada anak-anak mereka. Biar apa saja yang menimpa, Hud Hulaif tetap teguh bersama Ayuni.. Berjayakah rancangan jahat Zuhayr dan apakah kesudahan cerita ni? Kenalah beli dan baca kan.. Pasti tidak mengecewakan..  



Tajuk : Di Taman Larangan

Penulis : Ana Sofiya

Halaman : 597 muka surat

Harga RM25/RM28
 



 .

Thursday, September 14, 2017

BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA


BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA | Sebenarnya masa mula-mula nak beli novel, tak terfikir pun nak pilih novel ni. Tapi hati terasa terpikat bila baca sinopsis novel ini dibelakang buku. Dan alhamdulillah berbaloi, novel ni memang best. Masa mula baca geram juga, sakit hati bila watak utamanya iaitu Nurin Hana dilayan tidak adil oleh suami sendiri, Zakhwan dan juga keluarga sebelah mertua. Layanan kasar Zakhwan serta setiap kali Hana diumpamakan seperti orang gaji sampai ke kemuncak selepas suatu hari Hana mendapati telefon bimbit suaminya menerima panggilan daripada seorang yang dinamakan 'Kak Tipah Kerani'.

Kecurigaan Hana menjadi kenyataan selepas melihat mesej-mesej antara Zakhwan dan wanita itu yang sebenarnya bernama Azrin Sofea, seorang janda dengan dua anak. Ya, Hana benar-benar terpukul dengan hakikat itu. Segala pengorbanannya selama ini tidak berbaloi. Hana diceraikan tanpa diberi hak menuntut kecuali hak penjagaan satu-satunya anak mereka, Raiqal. Bangkit dengan lebih bersemangat, Hana bertemu dengan Armin seorang juruterbang yang terang-terangan menyatakan perasaan buat Hana. Sejujurnya Hana trauma dengan perkahwinannya terdahulu.

Dia nekad untuk tidak berkahwin lagi namun kehadiran keluarga Armin yang begitu penyayang membuatkan Hana malah membuka hatinya untuk kembali merasa bahagia. Namun berbeza pula dengan Zakhwan. Sebaik saja berpisah dengan Hana, dia mula terasa ada yang tidak kena dengan hidupnya. Dia mula nampak sikap buruk Azrin Sofea dan mula menyusun strategi pula untuk memikat hati si bekas isteri. Tanpa mengetahui Hana sudah mula meniti alam bahagia. Tapi nampaknya Azrin Sofea tidak akan duduk diam setelah Zakhwan menjauhkan diri. Berjayakah Zakhwan memiliki Hana semula? Bahagia kan Hana jika memilih Armin?



Tajuk : Bahagia Yang Tertangguh

Penulis : Rissa Ahdiya

Halaman : 570 muka surat

Harga : RM24/RM27
 



*Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Monday, July 17, 2017

MANUSKRIP CINTA - SYAMNURIEZMIL

   
Manuskrip Cinta - Syamnuriezmil | Hehe novel penulis Syamnuriezmil ini memang tidak pernah mengecewakan. Sejujurnya bagi lulu novel yang satu ini agak berat kerana penulis menulis novel berdasarkan pandangan mata penulis, menulis tiap plot manuskripnya. Adakalanya lulu baca berkali-kali juga sebab nak faham. Walaubagaimanapun ianya tidak menghalang daripada lulu enjoy baca novel ni.. Mengisahkan mengenai seorang penulis novel, Dian Aryani yang berusia 30 tahun. Dia berhadapan dengan masalah untuk manuskrip keempatnya. Menurut editornya rasa cinta dan watak protagonis tu tak sampai. Yelah macam mana nak sampai kalau Dian Aryani sendiri tidak bercinta.

Jadi untuk itu Dian Aryani terpaksa minta kawan baiknya, Gee carikan seorang teman lelaki untuk menyempurnakan 'eksperimen' manuskrip cinta dalam manuskripnya. Lalu muncullah Dr. Izak Ashaal seorang pakar tulang dan jiran sebelah, Dr. Rian Akasyah seorang doktor pakar jantung. Hah daripada langsung tidak ada calon, kini Dian Aryani ada dua calon. Sehinggalah berlaku kejadian demi kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal Dian Aryani. Hatinya sudah mulai memilih namun ada ketikanya tujuan asal untuk menyiapkan sebuah manuskrip yang best seller bukannya mudah...  




Tajuk : Manuskrip Cinta

Penulis : Syamnuriezmil

Halaman : 663 muka surat

Harga : RM26/RM29
 



P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina





.

Monday, July 10, 2017

PLEASE MARRY ME, TEACHER - ZANY EZATIE

   
Please Marry Me, Teacher - Zany Ezatie | Novel ini mengisahkan mengenai cinta pelajar buat gurunya..Kehadiran Hana Carmelia sebagai seorang guru bahasa melayu di Bok Seng High School membuatkan seorang pelajar, Noah Mikael tidak senang duduk, apatah lagi bila dirasakan maruahnya sebagai ketua kumpulan empat sahabat tercabar. Noah Mikael sudah lama merupakan pelajar sekolah (selalu gagal) itu, dan usianya memang lebih tua berbanding Hana Carmelia. Anehnya, perasaan benci dan meluat yang dirasai oleh Noah Mikael mulai bertukar menjadi cinta.

Semakin lama semakin dalam perasaan itu. Dan hatinya nekad menjadikan Hana Carmelia seorang isteri. Hana Carmelia bahagia menjadi isteri Noah Mikael sehinggalah angkara jahat mama dan papa Noah, Noah Mikael akhirnya melafazkan cerai dan satu-satunya anak mereka dirampas daripada Hana Carmelia. Bertahun Hana Carmelia ditinggalkan tanpa mengetahui keadaan anaknya. Namun akhirnya segala-galanya terbongkar dan sempatkah Noah Mikael memperbetulkan segala-galanya??  



Tajuk : Please Marry Me, Teacher

Penulis : Zany Ezatie

Halaman : 756 muka surat

Harga : RM29/RM32
 




.

Wednesday, April 12, 2017

CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL

   

Cik Serba Tahu - Syamnuriezmil | Lulu jarang nak beli dan baca novel yang nipis. Dan untuk info novel penulis yang satu ni memang nipis sangat, tapi hehe lulu memang minat sangat penulisan Syamnuriezmil ni, memang tidak pernah mengecewakan, so memang pilihan yang tepat untuk memilikinya dan enjoy sangat masa baca. Novel ini mengisahkan Aerna yang di gelar Cik Serba Tahu sebab tahu apa saja yang berlaku. Asal tanya saja, dia memang tahu, dan pujian harus diberikan kepadanya kerana kecekapannya mengurus kerja, pejabat termasuk satu keluarga bos hehe. Satu hari ni dia mengenali Carl Adham, dalam satu insiden hampir berlanggar, first impression Aerna terhadap lelaki yang satu ni memang ke laut abis.

Dan bila si Carl ni minta nombor telefon, selamba saja Aerna bagi nombor telefon bapak. Niat nak mengenakan Carl lah tu, tapi sebaliknya dia pula yang terkena. Boleh pulak bapak berpakat dengan si Carl tu nak kenen-kenen kan dengan Aerna. Yalah kan tak kenal maka tak cinta. Bila bapak dah siap siasat seluruh latar belakang Carl dan pujuk Aerna untuk buka hati, maka ikutlah Aerna kerumah mummy dan abah Carl.. Carl yang digelar Mr. hopeless romantic ni nampaknya ada cara tersendiri memikat hati si Aerna yang asyik saja nak fikir dan selesaikan masalah orang lain. Akhirnya... eh ada cintakah???

Jangan nilai novel ni berdasarkan muka suratnya tau, novel ni memang best sangat. Dalam hati alangkah, best kalau novel ni lagi tebal ataupu sekurang-kurangnya tebal macam Tuan Anas Mikael atau ISTERI UNTUK DISEWA .. Tapi yalah tetap juga tak boleh nak elak ucap tahniah buat penulis Syamnuriezmil sebab sentiasa ada idea yang best tak kira novel nipis mahupun tebal, yang tak tahan cuba bajet jer tak ada nak miliki semua koleksi kihkih...  



Tajuk : Cik Serba Tahu

Penulis : Syamnuriezmil

Halaman : 260 muka surat

Harga : RM20/RM23





P/S - Novel yang harus ada jadi koleksi.. Recommended!





.

Friday, March 17, 2017

NEREDESIN? AWAK DI MANA? - PUTERI NOR

   

NEREDESIN? AWAK DI MANA? - PUTERI NOR | Subhanallah, tak terasa lulu baca novel ni, dari satu perkataan ke satu perkataan sehingga tamat novel, sungguh lulu kagum.. Ada juga terselit seperti membaca novel Melur Jelita, namun sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dalam tulisan penulis yang pasti akan membuatkan perasaan jadi berputar kepada 360 darjah.. :D Mejar Syed Hilal Aslan jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang punya rupa unik, Ruby Haya ketika berada di Kem KD Sri Medini. Dan jodoh mereka rupanya sudah tertulis ketika bertemu tanpa disangka di bumi Istanbul. Kejadian demi kejadian berlaku di sana dan tanpa ragu, Ruby segera dinikahi lalu bermulalah perjalanan dunia perkahwinan yang begitu indah antara pasangan ini.

Dengki dan dendam Mak Mah, ibu saudara kejam yang menjaga Ruby sedari kecil, menjaja kisah hidup kelam dan aib Ruby kepada ibu mertuanya. Lalu selepas itu, Saadiah bertindak kejam terhadap menantunya yang sedang hamil. Kemudian Hilal dipaksa menceraikan Ruby semata-mata dengan alasan Ruby tidak 'layak' menjadi isteri Hilal dan menantu keluarganya. Berat, pedih.. Namun akhirnya tanpa rela mereka bercerai. Lalu Ruby pergi membawa diri, dengan janji mereka pasti akan bersama semula suatu hari nanti.

Namun pertemuan semula antara mereka membuatkan Ruby kecewa dan putus asa kerana matanya menjadi saksi perkahwinan bekas suami dengan wanita jelita, tanpa mengetahui ianya juga tanpa kerelaan Hilal. Masa terus berlalu dan menemukan Ruby pula dengan dua jejaka. Ayhan dan Shah nyata berbeza namun punya rasa cinta yang sama buatnya. Dalam satu kejadian mendebarkan, 3 lelaki ini bergabung tenaga menyelamatkan Ruby.. Dan siapa agaknya yang akan memiliki hati Ruby pada akhirnya?  



Tajuk : Neredesin? Awak Di Mana?

Penulis : Puteri Nor

Halaman : 994 muka surat

Harga : RM36/RM39
 




P/S : Sebuah novel yang pasti tidak akan mengecewakan.. Lulu Recommended tau :)





.

Friday, March 10, 2017

DRIVE-THRU MR. SATAY - AII FARIZA

   
DRIVE-THRU MR. SATAY - AII FARIZA | Dilahirkan dalam sebuah keluarga berketurunan kerabat, kaya, mewah dan cantik, Tengku Izz Maritza juga menjadi cucu kesayangan Raja Sufiah sehinggalah dia tersilap langkah. Hampir dinodai kekasih sendiri, Tengku Daniel Mirza membuatkan dia terpaksa menerima 'hukuman' daripada Raja Sufiah yang menjodohkannya bersama pemuda asing, miskin dan penjual sate. Namun mengenali si suami, Amirul Muiz, kehidupan Tengku Izz Maritza berubah 100%. Bayangkan saja, biasa hidup mewah tapi dia kemudian dibawa hidup dikampung dan meninggalkan segala kemewahan yang ada. Hati Tengku Izz Maritza jadi terpaut dengan kelembutan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh suaminya si Mr. Satay.

Sungguhpun begitu kasih sayang antara mereka diduga dengan terbongkarnya rahsia demi rahsia. Mampukah Amirul kekal mendampingi si isteri? Dan sesungguhnya Si Mr. Satay juga bukanlah calang-calang penjual sate yang berkelulusan SPM. Hehe.. Sebuah novel yang sangat best. Tak sangka dapat habiskan novel ni dalam 4 jam. Kisah cinta antara Amirul Muiz dan Tengku Izz Maritza yang mampu buat pembaca tersenyum dan menitiskan air mata. Wajib ada untuk koleksi.. :) Tahniah penulis kerana berjaya menulis novel seindah ini..  



Tajuk : Drive-Thru Mr. Satay

Penulis : Aii Fariza

Halaman : 696 muka surat

Harga : RM26/RM29





P/S : Fully Recommended By Lulu Caldina





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!