Monday, September 16, 2013

Gambar terkini penyanyi Leina Hangat


Gambar terkini penyanyi Leina Hangat | Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai. "Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik. "Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya. Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. "Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat. "Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya. Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut. "Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. "Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya. Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. -Mstar




.

Kisah seorang kanak-kanak 4 tahun, yang dijangka hanya punya setahun untuk hidup


Kisah seorang kanak-kanak 4 tahun, yang dijangka hanya punya setahun untuk hidup | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain hanya mempunyai masa setahun untuk hidup selepas dia menghidap tumor setelah kepalanya terhentak akibat terjatuh di rumahnya pada 28 Ogos lalu. Jayden Wilson didapati mempunyai tumor otak peringkat keempat yang boleh membawa maut dalam tempoh kira-kira setahun akibat kecederaan yang dialaminya itu. Bapanya, Wilson berkata, Jayden tidak dapat berdiri dengan betul selepas terjatuh dan membawa anaknya itu ke Hospital North Hampshire untuk menjalani ujian imbasan otak. Jelas Wilson, pada mulanya doktor memaklumkan anaknya menghidap kanser, namun pemeriksaan selanjutnya di Hospital Kanak-kanak Southampton mengesahkan ia adalah tumor.

"Kini Jayden hanya mempunyai masa setahun untuk hidup dan dia kini berusia empat tahun. "Kami tidak akan berputus asa untuk mencari jalan bagi menyelamatkan anak kami supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal," katanya. Terkejut dengan berita menyedihkan itu, ibu bapa Jayden berusaha mencari dana bagi memastikan baki kehidupan anak mereka menjadi istimewa.

Selepas kejadian tersebut, Jayden dipindahkan ke sekolah baharu dan sering menghabiskan masa bersama keluarganya di rumah mereka di Basingstoke. Wilson berkata, mereka sekeluarga tetap berfikiran positif dan berjumpa doktor untuk menerima nasihat bagi melalui detik-detik sukar berkenaan. "Kami diberi pilihan untuk menggunakan rawatan radioterapi ke atas Jayden, tetapi kaedah berkenaan boleh menyebabkan dia menjadi sakit dan boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. "Jika tidak, Jayden akan mati pada bila-bila masa dalam tempoh setahun dan kami tidak tahu keputusan yang mana lebih baik buat anak kami," katanya. - AGENSI





.

Akibat bermain, kanak-kanak ini lemas



Akibat bermain, kanak-kanak ini lemas | Tiga kanak-kanak Afrika Selatan ditemui mati oleh datuknya selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk lama ketika bermain berhampiran rumahnya, semalam. Menurut jurucakap polis, Kealeboga Molale kesemua mayat mereka di temui di Atamelang, sebuah bandar di wilayah North West. Dua daripada mereka berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia tiga tahun. “Mereka pergi bermain di dalam peti sejuk dan terkunci dari arah dalam menyebabkan mereka lemas," kata Molale. - AFP

Chin Peng Meninggal Dunia Di Bangkok. Siapakah Chin Peng?



Chin Peng Meninggal Dunia Di Bangkok. Siapakah Chin Peng? | Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun. Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua. Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat. Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia. Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand. Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas. Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya. Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.





.

Siapa dihati pelakon Fizo Omar


Siapa dihati pelakon Fizo Omar | Pelakon Fizo Omar, 28 mengakui bahawa dia kini sedang serius menjalinkan hubungan dengan seorang model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23. Menurut Fizo, model tudung jenama Fareeda itu menepati ciri-ciri sebagai calon isteri yang dicari selama ini. "Sepanjang perkenalan kami, Mawar begitu menyenangkan saya dan keluarga. Malah, ibu saya juga sangat sayangkan Mawar. "Saya harap semua pihak mendoakan agar dia memang menjadi jodoh saya dan kami akan bergelar suami isteri," kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28. - Utusan




.

Seorang Lans Koperal polis tembak isteri, bapa mentua sebelum tembak diri sendiri


Seorang Lans Koperal polis tembak isteri, bapa mentua sebelum tembak diri sendiri | Seorang Lans Koperal polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak diri sendiri dalam satu kejadian tragis semalam, menggunakan sepucuk pistol jenis Revolver .38 untuk menembak mangsa. Ketua Polis Daerah Ledang, Superitendan Harun Idris, berkata revolver itu adalah senjata yang dibekalkan kepada anggotanya untuk bertugas. Beliau berkata siasatan awal mendapati kematian suspek Lans Koperal Fadzly Omar, 29, dan bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, berpunca daripada tembakan di kepala. "Suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapa mentuanya yang dikejarkan ke Hospital Tangkak oleh orang awam meninggal dunia kira-kira 8.15 malam sebaik saja tiba di hospital," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, di sini, hari ini.

Harun berkata, suspek adalah seorang anggota polis yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya dan tidak pernah mempunyai rekod disiplin sepanjang tujuh tahun berkhidmat dalam pasukan itu. Bagaimanapun, katanya, polis menyiasat dari pelbagai aspek dan akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Sementara itu, tinjauan mendapati rumah mangsa di Jalan Sialang di sini dipenuhi jiran tetangga dan sanak saudara sejak pagi untuk menziarahi keluarga Allahyarham Abd Kadir yang merupakan imam di kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam semalam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya, Norakmal Abdul Kadir, 28, di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mentuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer dari situ. Dia dikatakan mencari ibu mentuanya tetapi gagal dan terserempak dengan Abdul Kadir yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya. Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah itu. - Bernama




P/S - Gambar sekadar hiasan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!