Monday, September 23, 2013

Bahaya, ada usaha memusnahkan tafsir Al-Quran di Rusia


Bahaya, ada usaha memusnahkan tafsir Al-Quran di Rusia  | Majlis Mufti Rusia memberi amaran kepada Presiden Vladimir Putin, ketegangan boleh tercetus di negara ini dan di seluruh dunia, jika keputusan mahkamah yang mengarahkan pemusnahan sebuah tafsir al-Quran tidak ditarik balik. Timbalan Ketuanya, Rushan Abbyasov mengeluarkan amaran tersebut menerusi sepucuk surat semalam, berhubung keputusan sebuah mahkamah di bandar Novorossiysk, selatan Rusia pada Selasa lalu yang memutuskan bahawa tafsir al-Quran ke bahasa Rusia yang diterjemahkan oleh pakar teologi dari Azerbaijan, Elmir Kuliyev menyalahi undang-undang antifahaman pelampau dan perlu dimusnahkan. Aktivis hak asasi manusia menyifatkan, jika tiada rayuan dibuat, keputusan yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara itu boleh mengundang bahaya dan merupakan langkah awal untuk menghapuskan al-Quran itu sendiri.

Dalam surat itu, Rushan dengan kuat menyuarakan tentangan dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya ketegangan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia. Beliau turut memberi contoh kepada insiden seorang paderi di Amerika Syarikat (AS), Terry Jones yang mahu membakar al-Quran pada 11 September 2010, tindakan yang mencetuskan bantahan ganas di Asia Barat dan Afghanistan. Seorang peguam kepada Kuliyev, Murat Musayev berkata, beliau akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah yang mengharamkan dan mengarahkan pemusnahan salinan terjemahan tersebut.

Menurut pakar, terjemahan yang dibuat oleh Kuliyev yang berusia lebih sedekad, adalah hasil ilmiah yang sangat dihormati dan merupakan satu daripada empat terjemahan al-Quran ke bahasa Rusia yang ada. "Keputusan ini adalah selangkah daripada tindakan pengharaman al-Quran dan sesuatu yang tidak profesional. "Terjemahan Kuliyev sangat berkualiti," kata seorang pakar Islam di Akademi Sains Rusia, Akhmed Yarlikapov. - REUTERS





.

Dadah terbaru, Bath Salts dikatakan dadah yang paling bahaya


Dadah terbaru, Bath Salts dikatakan dadah yang paling bahaya | Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi kemasukan dadah ke negara ini termasuk dadah terbaharu dikenali sebagai Bath Salts (Garam Mandi) yang dikategorikan sebagai dadah paling bahaya di Amerika Syarikat, Britian dan Eropah kerana boleh merangsang penagih menjadi zombie. Dadah sintetik dinamakan sempena garam yang digunakan dalam mandian itu bertindak merangsang otak ke tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan kepada 41.6 darjah selsius (107 Fahrenheit). Keadaan itu menjadi punca halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati.

Timbalan Pengarah III (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, beban dihadapi oleh PDRM dalam menangani masalah dadah kini berganda apabila terpaksa berhadapan dengan ancaman dadah tradisional dan moden. Beliau berkata, dadah terdapat dalam pasaran di negara ini terdiri daripada dadah tradisional seperti heroin dan ganja serta dadah moden jenis sintetik seperti pil psikotropik dan Eramin 5. “Bagaimanapun di Amerika Syarikat, Britian dan Eropah sudah wujud kebimbangan penularan penggunaan dadah baharu dikenali sebagai Bath Salts yang dikatakan cukup bahaya kerana penagih boleh bertukar ganas sehingga sanggup memakan manusia. “

Perkara ini pernah dibincangkan dalam persidangan antarabangsa mengenai dadah yang dihadiri oleh saya di Vienna, Austria pada Mac lalu," katanya. Setakat ini menurut Jamaludin, PDRM belum mengesan penagih tempatan mengambil Bath Salts tetapi pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengelak dadah itu diseludup masuk dan menular penggunaannya di negara ini. Beliau berkata, penggunaan apa sahaja jenis dadah terutama Bath Salts harus disekat kerana bahan haram itu memudaratkan masyarakat terutama generasi muda. Katanya, keadaan membimbangkan kerana dadah sintetik yang suatu ketika dahulu dikategorikan hanya mampu ambil oleh golongan elit, sekarang mampu dibeli oleh semua penagih. Sementara itu, pencarian maklumat di internet mendapati Bath Salts yang dihasilkan dengan kombinasi beberapa bahan kimia seperti ‘amphetamine’ terutama ‘mephedrone’, ‘MDPV’ dan ‘methylone’ mula diperkenalkan pada 2009 dan terus menular penggunaannya di Britian, Amerika Syarikat dan Eropah sehingga sekarang.

Siasatan akhbar tabloid The Sun di United Kingdom mendapati, dadah yang boleh dibeli melalui internet itu berjaya mempengaruhi penggunanya supaya memakan daging manusia. Laporan akhbar itu menyatakan, bilangan panggilan ke Pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat membabitkan kes dadah itu meningkat kepada 6,138 pada 2011 berbanding hanya 304 kes pada tahun sebelumnya menyebabkan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Britian berusaha memberhentikan jualannya. Kes pertama membabitkan penagih Bath Salts ialah seorang remaja Scotland, Alex Herriet, 19, yang maut selepas membeli dadah jenis itu dengan harga bersamaan RM50, manakala seorang lagi remaja perempuan, Katie Wilson, 19, bertindak membogelkan dirinya di Pasar Raya Tesco di United Kingdom sejurus selepas mengambil dadah itu.

Insiden paling sadis adalah serangan terhadap seorang lelaki gelandangan, Ronald Poppo, 65, yang kehilangan hampir suku wajahnya kerana dimakan penyerang berbogel, Rudy Eugene, 33, yang mengambil dadah itu di Miami, Amerika Syarikat pada 29 Mei tahun lalu. Polis terpaksa menembak mati Eugene di sebuah lebuh raya selepas dia tidak mengendahkan arahan anggota polis supaya berhenti menggigit wajah Poppo sebaliknya mendengus seperti haiwan liar dan akibat kejadian itu, Poppo menjadi separuh buta. Seorang doktor yang berpengalaman selama lebih 30 tahun di bahagian kecemasan, Dr. James Wright memberitahu, Bath Salts adalah satu daripada 10 jenis dadah paling bahaya di dunia kerana pengambilan yang berlarutan selama beberapa jam akan mengakibatkan pengguna menjadi gila dengan 85 peratus akan pulih dalam tempoh 30 hari manakala 15 peratus lagi kekal gila sampai mati. -Utusan




.

Cerita terkini Nana, DJ Sinar FM



Cerita terkini Nana, DJ Sinar FM | Masakan tidak, Nana sendiri baru sahaja mengumumkan berita anggota keluarganya akan bertambah lagi seorang. Bertemu dengannya di sebuah majlis anjuran Samsung di ibu kota baru-baru ini, Nana nampak comel dengan tubuhnya yang sudah mula menampakkan kandungannya. Tapi, kenapa berita yang menggembirakan itu disimpan hingga tiga bulan?. Kenapa tidak diumumkan sejak awal kehamilan lagi? Bagi Nana sendiri, dia sebenarnya sangat menantikan kelahiran kedua ini selepas anak pertamanya Althea Raqeem Brian. "Selama empat tahun saya menanti perkhabaran ini. Saya sentiasa berdoa supaya Althea akan mendapat adik. "Akhirnya, baru kini saya mendapat khabar ini. Orang pertama yang saya beritahu ketika itu adalah suami saya.

"Kandungan ketika itu baru sahaja memasuki beberapa minggu. Saya tidak berani hendak menghebahkan secara awal kerana khuatir jika terjadi apa-apa. "Bila semuanya tampak baik, pemeriksaan doktor pun sudah dilakukan baru saya beritahu. Tiada niat nak sorok pun," jelasnya jujur. Berkongsi mengenai keterujaanya lagi, persiapan untuk kandungan kedua ini lebih sederhana kerana bersebab. Bagi Nana, dia tidak mahu sebarang pembaziran apatah lagi banyak perkakasan anak pertamanya yang masih boleh digunakan. "Banyak benda yang boleh dipakai lagi. Cuma pakaianlah yang selalu kami cari untuk kelahiran kali ini," jelas Nana yang kini sudah sudah memasuki bulan ke enam kandungan.

Terdapat sesuatu yang menarik untuk kandungan kali ini kerana menurut Nana, dia banyak memilih warna putih untuk pakaian yang dibeli bagi anak keduanya. Bagi Nana, untuk kelahiran kali ini, dia tidak mahu melakukan imbasan untuk mengetahui jantina anaknya itu, sebaliknya mahu dibiarkan rahsia sehingga hari kelahirannya. "Saya tidak mahu buat imbasan untuk mengetahui jantina bayi saya. Saya mahu ia jadi satu kejutan buat saya dan suami. "Sebab itu pakaian kebanyakannya kami beli warna putih, sebab ia sesuai dipakai jika bayi saya lelaki atau perempuan.

"Malah, pakaian pun kebanyakannya saya beli pakaian yang boleh dipakai untuk bayi lelaki atau perempuan," katanya. Namun, dalam perasaan yang mahukan kejutan itu, Nana sempat berbisik dalam hatinya jika boleh mahukan seorang bayi lelaki. "Sebelum ini saya sudah dikurniakan Althea dan kalau boleh, saya berharap bayi kali ini ialah lelaki. "Semuanya ketentuan tuhan dan hakikatnya, walau apapun jantina bayi saya nanti, saya akan tetap menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran," jelasnya.


Mahu ramai anak 

Mengulas lanjut mengenai keluarganya, jelas Nana, dia tidak berhajat untuk merancang bilangan ahli keluarganya. Sebaliknya, bagi wanita ini, dia sebolehnya mahukan anak ramai kerana ia memeriahkan keluarga. "Saya sendiri mempunyai empat orang adik-beradik. Bila sudah besar, baru kita sedar betapa seronoknya mempunyai sebuah keluarga yang besar," jelasnya. Tetapi, menurut Nana, dia tidaklah berhajat untuk memiliki sebuah keluarga yang sangat besar kerana apa yang penting kebahagiaan buat anak-anaknya. "Sekarang ini taraf hidup makin tinggi. Jadi saya memang mahu anak-anak saya hidup selesa. "Maksudnya memiliki sebuah keluarga besar tetapi dalam lingkungan kemampuan diri. Itu lebih membahagiakan," katanya.

Ditanya mengenai kerjaya, apatah lagi dengan kelahiran bakal anak kedua, jelas Nana, apa yang sentiasa diutamakan adalah keluarganya dahulu. "Bagi saya, meluangkan masa untuk tumbesaran anak-anak adalah sangat penting. "Malah, keputusan untuk melepaskan kerjaya saya demi keluarga juga adalah keputusan yang paling bijak yang pernah saya lakukan," jelasnya. Dia yang kini berkhidmat sebagai juruhebah sambilan di stesen radio Sinar FM, berkata, kerjaya seninya akan ditentukan mengikut situasi. "Jika selepas ini saya merasakan tidak mampu untuk meneruskan kerjaya, saya akan beri fokus utama pada keluarga," katanya yang juga sibuk dengan perniagaannya. -Utusan





.

Bayi ini lahir dengan sesuatu yang menggemparkan



Bayi ini lahir dengan sesuatu yang menggemparkan  | Seorang bayi yang berusia kurang seminggu di Bandung, Indonesia mengejutkan banyak pihak apabila wujud seketul daging di dalam mulut yang didakwa ‘kembar siam’ ketika dilahirkan. Menurut doktor yang merawat bayi pasangan Aep Supriatna dan Yani Mulyani ini, daging di mulut anak lelaki itu adalah kembarnya. Bayi diberi nama Ginan Septian Nugraha itu tidak boleh menutup mulut kerana ukuran kembar dalam mulutnya itu agak besar.

Kembarnya itu melekat di dalam rongga mulut bahagian atas dan menjulur keluar. "Setelah diteliti doktor, kembar itu menyerupai bayi kerana ada kaki dan ada alat kelaminnya, tapi kepalanya tidak ada. “Yang keluar dari mulut itu ada satu tangan, dua kaki, dan mempunyai alat kelamin lelaki," kata Aep dipetik dari Kompas. Bayi yang melekat dalam mulut Ginan itu disahkan tidak bernyawa dan Aep berharap agar pihak hospital dapat menyelamatkan nyawa Ginan. -KOMPAS




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!