Saturday, September 28, 2013

Tips memiliki tubuh 6 pack (sasa dan tegap)



Tips memiliki tubuh 6 pack (sasa dan tegap) | Pastinya ramai jejaka menginginkan tubuh badan yang mengiurkan. Namun malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi berketul di satu tempat iaitu perut. Namun jika anda mahu mempunyai badan yang sasa atau tegap, apa kata cuba amalkan tips di bawah ini;


Peraturan harus dijaga

Pertamanya banyakkan minum air mineral dan sekurang-kurangnya tiga hingga empat liter setiap hari. Kemudian ambil 150 gram protein setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Janganlah menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori. Selepas pukul 11 malam elakkan mengambil makanan ringan.


Pemakan yang perlu diambil

Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat.


Pemakanan yang harus dielak

Jika anda sukakan minuman berkabonat, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah seteruk yang anda sangkakan. Yang penting elak mengambil minuman tinggi gula dan berkabonat pada lewat malam. Makanan ringan seperti keropok, coklat, dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elakkan juga makanan bergoreng, nasi putih dan roti putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman '3 in 1' dan juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang. Tips ini ini tidak menggunakan belanja yang besar dan yang paling penting kenalah berdisplin. Selamat mencuba!!





.

Wanita ini dipercayai tempuh perjalanan sejauh 10km untuk cari port sesuai bunuh diri



Wanita ini dipercayai tempuh perjalanan sejauh 10km untuk cari port sesuai bunuh diri | Seorang wanita sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dipercayai bertujuan mencari 'port' sesuai sebelum bertindak terjun bangunan, malam tadi. Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan membawa diri ke kawasan perumahan Flat Taman Pakatan itu sebelum ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah pangsa empat tingkat itu. Wanita berusia 46 tahun itu juga dipercayai telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mayat mangsa dijumpai seorang penduduk yang menyedari banyak anjing menyalak kuat di kawasan berhampiran tangga bangunan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan awam kira-kira jam 9.15 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian. "Tibanya di kawasan terbabit, kelihatan seorang wanita tertiarap di atas jalan dipercayai terjun dari tingkat empat. "Namun, wanita terbabit disahkan telah meninggal dunia selepas pembantu perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) melakukan pemeriksaan atas badan wanita terbabit" katanya di sini, malam tadi. Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi. "Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata mahupun racun. "Bagaimanapun, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -SH




.

Misteri 50 pelajar MRSM Muar alami histeria, yang terpaksa dibenarkan pulang



Misteri 50 pelajar MRSM Muar alami histeria, yang terpaksa dibenarkan pulang | Lebih 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Batu 6 Bakri, di sini, mengalami histeria sejak malam Rabu lalu hingga memaksa pengurusan sekolah membenarkan pelajarnya pulang ke rumah sejak kelmarin. Kejadian difahamkan berlaku apabila pelajar mula mengalami gangguan dan menjerit serta meracau-racau hingga gagal dikawal.

Seorang bapa yang enggan dikenali berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu petang kelmarin apabila anak perempuannya menghubungi meminta beliau segera datang untuk membawanya pulang. "Saya diberitahu ramai pelajar terkena histeria mungkin akibat gangguan makhluk halus sejak Rabu lalu dan semalam pihak sekolah membenarkan ibu bapa mengambil anak mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. -BH




.

Sebab lelaki ini minta dijatuhkan hukuman mati


Sebab lelaki ini minta dijatuhkan hukuman mati | Sebuah mahkamah China menghukum mati seorang bekas banduan kerana menghempas seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas ibu mangsa tidak membenarkannya meletak kenderaan di sebuah petak letak kereta. Han Lei, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan, lapor agensi berita Xinhua, di sini semalam. Han dilaporkan memberitahu pendakwa raya Ogos lalu bahawa dia merasa terlalu bersalah dan tertekan sehingga mahu mati, lapor Beijing News ketika itu.

“Saya menjadi punca bencana kepada kanak-kanak, tolong pastikan saya dijatuhi hukuman mati,” akhbar memetiknya sebagai berkata. “Saya tidak mahu hidup lagi.” Han menarik kanak-kanak hampir berusia tiga tahun dari kereta sorong dan menghempasnya berhampiran sebuah hentian bas di sini Julai lalu. Ia berikutan keengganan ibunya memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta, lapor media China. - AFP





.

Kenapa iphone 5s ini dijual dengan harga mahal


Kenapa iphone 5s ini dijual dengan harga mahal | Versi terbaharu telefon pintar iPhones 5S berwarna emas dijual di laman web lelongan eBay pada harga AS$10,100 (RM32,534), lapor sebuah akhbar kelmarin. Telefon pintar keluaran firma Apple Inc. itu dijual pada harga lebih tinggi berbanding telefon pintar bersalut emas lain yang berada di pasaran. Selain itu, Apple turut menghasilkan telefon pintar iPhones 5S dalam versi warna perak dan kelabu. Gajet kesukaan ramai itu menjadi rebutan peminatnya sejurus ia memasuki pasaran pada Jumaat lalu.

Sejumlah pengguna eBay sedaya upaya cuba memiliki telefon pintar berwarna emas berkapasiti 16GB itu dengan membida 12 kali ganda lebih tinggi daripada harga runcit. Pada saat-saat akhir bidaan, harga tawaran yang bermula pada AS$2,500 (RM8,053) meningkat kepada AS$10,100(RM32,534). Walaupun iPhone berwarna emas sudah beberapa kali dijual di eBay, lelongan tersebut mencatat harga paling tinggi setakat ini. Dalam pada itu, Apple mendedahkan, ia telah menjual sebanyak sembilan juta unit iPhone 5S dan iPhone 5C dalam tempoh tiga hari selepas gajet berkenaan dilancarkan. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!