Tuesday, October 1, 2013

Petua kesihatan yang sesuai untuk wanita berusia 30an



Petua kesihatan yang sesuai untuk wanita berusia 30an | Setiap wanita mengimpikan kecantikan dan kesihatan yang baik, namun apabila usia meningkat, pelbagai masalah akan muncul dan ianya pasti tidak sama ketika zaman anak dara. Apabila umur sudah memasuki 30an, kelembapan kulit akan semakin kurang, oleh itu penggunaan krim sangat diperlukan. Gunalah pelembap yang sesuai dengan kulit dan tidak semesti sesuatu produk yang mahal itu bagus tetapi yang sebaiknya carilah produk yang sesuai untuk kulit anda. Amalkan pemakanan seimbang seperti makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan jauhi daripada makanan berlemak dan makanan ringan kerana secara tidak langsung ia dapat melambatkan proses penuaan.

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama. Pendedahan yang lama bukan saja akan mehitamkan kulit malah ianya juga akan mengurangkan kelembapan dan seterusnya menyebabkan kepada kekeringan. Selain itu, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan mencantikkan tubuh badan. Sekurang-kurangya lakukan senaman 3 kali seminggu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan langsing. Wanita yang positif, ceria, dan selalu sentiasa tersenyum akan membuatkan anda kelihatan awet muda dan mudah didekati malah juga mampu menambahkan keyakinan diri di samping dapat mengelakkan tekanan.

Pastikan minum banyak air kerana air adalah aset yang penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya pada kulit muka. Air juga adalah penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksik dalam tubuh badan. Pengambilan vitamin amatlah digalakkan untuk wanita 30an kerana kesibukan waktu kerja di pejabat mahupun rumah akan menyebabkan kepenatan serta kelesuan tubuh badan jadi dengan pengambilan vitamin, kesihatan anda akan lebih terjaga. Itulah serba sedikit antara petua kesihatan untuk wanita 30an amalkan untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik. Selamat mencuba!!






.

Harga lembu naik mendadak menjelang Aidiladha ini


Harga lembu naik mendadak menjelang Aidiladha ini | Harga ternakan seperti lembu dan kambing di pasar-pasar haiwan di Jember, Jawa Timur naik mendadak sejak tiga bulan lalu. Kenaikan ini dijangakan akan berterusan dua bulan akan datang sehingga menghampiri sambutan Hari Raya Aidiladha. Kenaikan harga ini turut diakui sebahagian penjual haiwan ternakan tersebut dan menganggap kenaikan harga itu tidak logik, tidak seperti sambutan Aidiladha sebelum ini. Tiga bulan lalu, harga ternakan lembu masih mengekalkan harga seperti tahun lalu iaitu Rp 14 juta (RM 3,900) bagi lembu yang berusia lebih dua tahun.

Namun, tiga hari sebelum bulan September berakhir, harga haiwan tersebut mencapai Rp17 juta (RM 4,760) sehingga Rp18 juta (RM 5,760) seekor. Menurut laporan Metrotvnews.com, harga ini turut melibatkan ternakan lembu tempatan dan import. Sementara itu, kenaikan harga itu turut menjejaskan harga kambing sehingga berlaku kenaikan harga sekitar 35 peratus - 40 peratus dari harga tahun lalu. Kenaikan ini ternyata berlaku pada semua jenis kambing. -AP




.

Memandu dikatakan memberi kesan sampingan serius kepada wanita?


Memandu dikatakan memberi kesan sampingan serius kepada wanita? | Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal. Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters. Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan. -AP



.

Apakah benda yang aneh dan menjadi tumpuan ini ?


Apakah benda yang aneh dan menjadi tumpuan ini? | Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia. Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu. “Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini. Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung. Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya. “Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya. Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu. Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya. Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu. Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia. Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu. -SH




.

Apa yang penumpang tidak patut buat ketika dalam pesawat



Apa yang penumpang tidak patut buat ketika dalam pesawat | Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin. Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini. Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin. Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.

Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu. "Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata. Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat. Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - BERNAMA





.

Misteri kematian kanak-kanak perempuan itu mungkin terjawab


Misteri kematian kanak-kanak perempuan itu mungkin terjawab | Bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan warga Perancis berusia lima tahun yang dilaporkan hilang didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan sengaja pada Khamis. Ibu kepada kanak-kanak itu, Cecile Bourgeon meraih simpati rakyat seluruh dunia dengan cerita bagaimana dia yang hamil pada ketika itu tertidur di bangku sebuah taman pada Mei lalu dan menyedari anak perempuannya hilang selepas dia tersedar. Wanita berusia 25 tahun itu dalam keadaan bersedih merayu bantuan untuk mencari anak perempuannya, Fiona.

Namun, Bourgeon dan pasangannya, Berkane Maklouf, 32, ditahan untuk disoal siasat pada Selasa dan memberitahu pegawai penyiasat bahawa kanak-kanak itu meninggal di rumah mereka. Ibu kanak-kanak itu didakwa atas empat pertuduhan. Menurut pegawai penyiasat, Bourgeon dan pasangannya memberi keterangan berbeza mengenai cara kematian Fiona. Maklouf mendakwa kanak-kanak itu mati selepas tercekik muntahnya sendiri dan mereka panik apabila menjumpai mayatnya pada waktu pagi. Sumber kehakiman berkata Bourgeon memberitahu polis bahawa Fiona meninggal dunia akibat dipukul berulang kali oleh teman lelakinya dalam keadaan mabuk. Katanya, mayat Fiona ditanam di pinggir hutan. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!