Thursday, October 3, 2013

Ketahui makna posisi tidur anda



Ketahui makna posisi tidur anda | Tahukah anda otak berehat ketika waktu tidur dan sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Sebab itu, selepas bangun tidur badan akan berasa segar. Namun, tahukah anda bahawa gaya tidur atau posisi tidur anda boleh menggambarkan personaliti diri anda? Jadi kami ingin berkongsi dengan anda beberapa posisi tidur dan personalitinya.


Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 

Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah agenda utama tetapi mengalami kesukaran untuk bercinta mungkin disebabkan agak memilih.


Selubung seluruh badan dengan selimut 

Sering nampak macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya adalah individu itu ialah seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.


Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 

Individu gaya tidur ini ialah seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini.


Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 

Cara tidur sebegini menunjukkan identiti dirinya yang sebenar. Seorang yang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu juga, ia tergolong dalam kategori pemboros namun benasib baik kerana pendapatan yang dimiliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu.


Gaya bayi 

Akhir sekali gaya tidur ini majoritinya wanita. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu.




.

Kini tentera Amerika Syarikat tidak dibenarkan bertatu


Kini tentera Amerika Syarikat tidak dibenarkan bertatu | Pihak tentera Amerika Syarikat, akan melarang semua anggotanya memiliki tatu di bawah siku atau lutut, dan di atas leher. Setiausaha Militer AS, John McHugh telah bersetuju dengan larangan itu. Namun dia belum menandatangani perubahan peraturan terbaru itu. Peraturan itu juga menegaskan, bagi tentera Amerika yang memiliki sebarang tatu dibahagian-bahagian itu, agar menghapus tatu berkenaan secepat mungkin. -AP




.

Kejam : 2 Kanak-kanak mati dalam mesin basuh



Kejam : 2 Kanak-kanak mati dalam mesin basuh | Pihak polis di Timur China, sedang menyiasat kes kematian dua kanak-kanak perempuan di dalam mesin basuh, minggu lalu. Menurut sebuah akhbar, pihak polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh. Pada mulanya kanak-kanak itu disahkan mati lemas. Namun, polis akan memastikan penyebab kematian mereka dengan menyiasat kes itu lebih terperinci. Kedua kanak-kanak itu, yang berusia dua dan empat mati dengan keadaan menyayatkan hati.

"Jasad mereka ditemukan oleh ayah mereka, meringkuk di dalam mesin basuh yang tertutup dan dipenuhi oleh darah, ketika dia melihat panel indikator mesin basuh berkedip-kedip," dipetik dari pemberitaan portal berita online Jiangxi. Seorang saksi mengatakan, sekujur tubuh kanak-kanak itu bengkak dan lebam, sementara mesin basuh digenangi oleh darah. Ibu kanak-kanak itu jatuh pengsan ketika mendengar khabar kematian mereka. Dalam penyiasatan polis, hubungan diantara anggota keluarga mangsa adalah dalam keadaan baik.-Jiangxi



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Gempar : Puteri Duyung dilihat di Israel


Gempar : Puteri Duyung dilihat di Israel  | Ramai yang menganggap legenda Puteri Duyung hanyalah cerita mitos dan khayalan bagi kanak-kanak. Namun, berita menarik tersiar dari Israel berkaitan kemunculan puteri duyung di pantai di kota Kiryat Yam. Adakalanya puteri duyung ketika matahari terbenam. Salah seorang yang pertama kali melihat puteri duyung itu adalah Shlomo Cohen pada pertengahan tahun 2013 iaitu pada Mei 2013. "Saya dan kawan-kawan melihat seorang wanita berbaring di pasir dengan cara yang aneh. Pada awalnya saya fikir dia hanya berjemur, namun ketika kami dekati,dia melompat ke dalam air dan menghilang. Kami semua terkejut kerana wanita itu jelas memiliki ekor," kata Shlomo Cohen. -AP




.

Pelik : Lelaki ini suka mengunjungi kuburan



Pelik : Lelaki ini suka mengunjungi kuburan | Seorang lelaki berasal dari England, Macrabe Mark Dabbs, memiliki kegemaran pelik dan unik. Dia telah menghabiskan sebanyak £50000 untuk mengelilingi dunia. Namun, semua tempat yang dikunjungi adalah tanah perkuburan. Memetik dari Mirror, dalam 30 tahun terakhir, lelaki ini telah berjaya mengunjungi 200 kuburan. Kuburan yang dikunjunginya adalah kuburan orang-orang terkenal di dunia. Salah satu kuburan yang pernah dilawatinya, adalah Bruce Lee di Seatle, AS.

Mark telah memiliki perjalanan jauh ke enam benua. Mark nekad mengunjungi kuburan sebagai hikmah dan pelajaran hidup. "Saya mendapatkan pelajaran baru setiap mengunjungi kuburan," ujarnya. Lelaki 48 tahun itu menambah, dia tidak begitu pandai dalam pelajaran sejarah ketika di bangku sekolah. Mengunjungi kuburan orang yang popular di masanya, menjadi cara alternatif untuk dirinya menambah pengetahuan. -Mirror





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!