Saturday, October 5, 2013

Berita Rowan Atkinson peluk Islam adalah palsu



Berita Rowan Atkinson peluk Islam adalah palsu | Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam. "Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," ujar Lucy.

Sebelum ini Islampos melaporkan berita ini mula disebar oleh sebuah laman sesawang anti Israel, Sadabladi.com yang menyatakan Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim" iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W. Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam. -AP




.

Teknik berbeza dan kreatif untuk menghasilkan lukisan



Teknik berbeza dan kreatif untuk menghasilkan lukisan | Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak. Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan. "Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini," katanya. Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya. Difahamkan, dia mula terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah.


"Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk. Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi," jelasnya. Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500 pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10 minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan. Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina, laporan dipetik dari DailyMail. -AP




.

Larangan menggunakan Skype, WhatsApp


Larangan menggunakan Skype, WhatsApp | Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan. “Kami kesal kerana ini memberi masalah kepada pengguna tetapi terpaksa mengharamkannya selama tiga bulan,” kata Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon. Katanya, tindakan menyekat penggunaan Skype, WhatsApp, Tango dan Viber adalah disebabkan sebab keselamatan.

Seorang pegawai polis berkata, aplikasi online itu sering digunakan oleh pengganas dan penjenayah. Agensi keselamatan baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran selepas berlaku beberapa pembunuhan dan peras ugut di Karachi. Pegawai tempatan berkata, kerajaan wilayah akan memohon Pihak Berkuasa Telekomunikasi (PTA) menyekat rangkaian di Sindh selama tiga bulan. - AGENSI





.

Lagu baru kumpulan nasyid, NowSeeHeart, Fatwa Hati



Lagu baru kumpulan nasyid, NowSeeHeart, Fatwa Hati | Kumpulan nasyid NowSeeHeart yang popular menerusi lagu Damai Yang Hilang suatu ketika dahulu bakal muncul dengan single terbaru mereka berjudul Fatwa Hati pada penghujung bulan ini. Salah seorang anggotanya, Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, 36, berkata, single yang bakal dilancarkan mereka tersebut merupakan single kedua untuk album keenam mereka selepas pelancaran single pertama Maafkan Aku pada bulan Jun lalu.

"Kemunculan single kedua ini membuktikan kami masih aktif dan serius dalam industri muzik tanah air dan perjuangan dakwah menerusi medium nasyid ini masih merupakan matlamat utama kami," katanya. Single Fatwa Hati tersebut menyaksikan kumpulan yang dianggotai empat ahli kini bergabung dengan seorang penyanyi muda berasal dari Terengganu, iaitu Fahd, atau nama sebenarnya Wan Mohd. Izuan Wan Omar, 24. - Utusan




.

Misteri kehilangan dua kucing, kini terjawab


Misteri kehilangan dua kucing, kini terjawab | Teka-teki kehilangan dua kucing terjawab selepas anggota keselamatan menangkap ular sawa albino di Florida, Amerika Syarikat. Timbalan polis daerah Crystal Duncombe berkata, ketika ditangkap ular sepanjang 3 meter itu memuntahkan dua kucing.


Sementara itu menurut Daily Mail, Cheryl Holmes berkata, kehilangan kucingnya itu adalah perkara luar biasa. “Saya terkejut lihat ular itu memuntahkan kucing dan amat menyedihkan,” katanya. -AP




.

Gambar membuktikan Nicole Kidman menggunakan botox?


Gambar membuktikan Nicole Kidman menggunakan botox? | Pada awal tahun ini, dia menegaskan kecantikkannya benar-benar semula jadi, tetapi mengakui dia telah mencuba Botox sebelum ini namun tidak suka hasilnya. Tetapi penampilan Nicole Kidman di Variety's 5th Annual Power of Women di Beverly Hills pada hari Jumaat baru-baru ini, menampilkan yang sebaliknya. Pelakon yang berusia 46 tahun itu benar-benar menghairankan hadirin yang ada, apabila dia berbual-bual dan ketawa bersama-sama rakan pelakon, Charlize Theron.


Dengan ikatan fesyen ekor kuda, gaya rambutnya membuatkan penampilannya kali ini lebih jelas. Wajahnya kelihatan tegang dan berbeza dengan wajah asalnya. Pada majlis itu, Nicole, memilih untuk berpakaian hitam dengan tali pinggang emas untuk memperlihatkan kelangsingan tubuhnya. -AP





.

Gambar dua mayat yang dijumpai dalam boot kereta



Gambar dua mayat yang dijumpai dalam boot kereta | Mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh kejam dengan diikat kaki dan tangan serta muka diserkup dengan plastik lutsinar ditemui disumbat dalam bonet sebuah kereta jenis Proton Waja di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, di Alor Pongsu, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mayat berkenaan dijumpai dalam kereta yang diletakkan di depan tandas wanita kawasan R&R itu, selepas polis mendapat laporan daripada orang awam yang curiga mengenai bau busuk serta lalat menghurung bonet kereta itu.

Menurut sumber, polis yang sampai ke lokasi penemuan kereta mendapati ia dalam keadaan berkunci dan kemudian terpaksa bertindak memecahkan cermin tingkap pintu belakang bahagian pemandu untuk membuka kereta bagi memeriksa bonet.

"Sebaik bonet kereta itu dibuka, anggota polis menemui dua mayat lelaki yang diikat kedua-dua tangan dan kaki serta muka diserkup dengan plastik. "Berdasarkan maklumat awal dari orang awam dan pekerja lebuh raya itu, kereta Waja berwarna perak berkenaan dipercayai sudah ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak waktu senja semalam, namun tiada siapa mensyaki apa-apa kerana belum berbau busuk ketika itu," katanya di sini, hari ini. -Metro





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!