Tuesday, October 8, 2013

Tahukah anda, rokok ragut 10,000 nyawa setiap tahun di Malaysia


Tahukah anda, rokok ragut 10,000 nyawa setiap tahun di Malaysia | Kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia akibat menghisap tembakau setiap tahun, kata Dr Amer Siddiq Amer Nordin, penyelaras Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), kumpulan penyelidikan mengenai penagihan nikotin Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS). Sambil menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang membimbangkan, beliau berkata, angka tersebut mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil daripada keadaan sebenar. "Jumlah mereka mungkin lebih ramai. Sebagai contoh, bagi tiap seorang yang dikenal pasti, mungkin sembilan (kes) lagi yang tidak dikenal pasti atau dilaporkan dan kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia menghisap tembakau setiap hari... ini bererti ia mungkin mengakibatkan lebih banyak kematian pada masa akan datang.

"Apabila kita bercakap tentang kesan daripada menghisap tembakau, terlintas di fikiran kita tentang kanser. Tetapi, ingatlah bahawa menghisap tembakau juga merupakan faktor utama atau penyumbang bagi pelbagai penyakit jantung dan paru-paru serta pelbagai jenis kanser. "Sebenarnya, ia merupakan penyebab utama bagi apa jua penyakit yang kita hadapi di hospital," katanya pada sidang akhbar bersempena Simposium Pengawalan Tembakau Sabah 2013 di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas. Turut hadir Pengarah Institut Inovasi Kesihatan Kebangsaan (NIHI) dan Pengarah Bersama Turanga Tobacco Research Group di University of Auckland, New Zealand Prof Dr Christopher Bullen; prof madya di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya Dr Farizah Mohd Hairi; Dekan Pengasas Lincoln University College Dental School Dr Rahimah Abdul Kadir; Timbalan Pengarah Penyakit Tidak Berjangkit di Jabatan Kesihatan Sabah Dr Nirmal Kaur dan pakar perubatan keluarga Dr Fauzia Abd Majid.

Dr Amer Siddiq berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar peruntukan bagi kesihatan hanya bertumpu pada tiga penyakit utama - penyakit jantung, paru-paru dan kanser. "Ini bererti sekiranya kita dapat menyekat amalan menghisap tembakau, mungkin kita dapat mencegah masalah kesihatan lain daripada berkembang dalam tempoh terdekat. "Jika kita merokok hari ini, kesannya tidak kelihatan esok, selalunya ia kelihatan selepas 10, 20, 30 tahun kemudian dan sekiranya kita mempunyai jumlah penghisap tembakau yang ramai sekarang, kita akan hanya dapat melihat masalah sebenarnya 20 tahun akan datang apabila kita dapati ramai orang yang mengalami penyakit jantung dan kanser dengan tiba-tiba datang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada kita," katanya sambil menambah bahawa sesetengah perokok adalah remaja.

Oleh itu, Dr Amer Siddiq mengalu-alukan usaha menganjurkan Simposium Kawalan Tembakau Sabah oleh UMCAS, UMS dan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Beliau berkata, simposium ini bertujuan memperkenalkan aktiviti pengawalan tembakau kepada seramai mungkin penyedia penjagaan kesihatan di Sabah serta mereka yang berminat tentang pengawalan tembakau, sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Rangka Kerja bagi Pengawalan Tembakau (FCTC) yang ditandatanganinya pada 2005. - Bernama





.

Sidang akhbar khas menjelas dan menjawab mengenai 'hubungan' pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal


Sidang akhbar khas menjelas dan menjawab mengenai 'hubungan' pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal | Sidang akhbar khas mengenai 'hubungan' pelakon Aeril Zafrel dan Wawa ZainalPelakon Aeril Zafrel, 26, akan mengadakan sidang akhbar khas Jumaat ini bagi menjelas dan menjawab segala kemelut yang melanda dirinya. Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari yang ditemui pada lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semperit di sini hari ini berkata, dia akan menjelaskan semua perkara pada hari Jumaat nanti. "Semua perkara mengenai saya akan terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai hal peribadi saya. "Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak," kata Aeril tegas.

Jelas pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri ketika ini tanpa memberi sebarang komen tentang kemelut itu kerana bersebab. Dua hari lalu, kecoh apabila sebuah akhbar memaparkan berita mengenai Aeril dan pasangannya, pelakon Wawa Zainal, 21, sebenarnya telah mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Malah mereka juga didakwa telah mempunyai seorang bayi lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah hospital di sini. Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab, mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi yang didakwa sebagai anak pasangan tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti. "Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu," katanya. - Utusan





.

Benarkah taman negara Afrika dalam bahaya?


Benarkah taman negara Afrika dalam bahaya? | Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) akan cuba menghalang cadangan untuk mencari gali minyak di taman negara Afrika yang menjadi habitat kepada 200 ekor gorila. Kumpulan pemuliharaan itu bersama Jabatan Inovasi Perniagaan dan Kemahiran Britain memfailkan aduan mereka hari ini terhadap penerokaan yang akan dilakukan oleh SOCO International di taman negara Congo Virunga, tapak warisan dunia yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai `dalam bahaya’. "SOCO melanggari garis panduan pelan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dalam mengekalkan pertumbuhan mampan, pendedahan awam dan beberapa kesalahan lain,’’ kata WFF. - AGENSI




.

Kenapa kejam sangat ni? Pengalaman tragis seorang ibu muda..


Kenapa kejam sangat ni? Pengalaman tragis seorang ibu muda.. | Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Perancangan Keluarga bertindak kejam apabila memaksa seorang wanita menggugurkan kandungannya berusia enam bulan di daerah Fangza, wilayah Weifang. Menurut laporan Daily Mail, tindakan itu dilakukan selepas pihak terbabit mendapati pasangan Liu Xinwen, 33, dan suaminya Zhou Guoqiang melanggar dasar kerajaan Republik China yang menggariskan sebuah keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja. Zhou berkata, kumpulan pegawai itu menyerbu ke rumahnya pada jam 4 pagi lalu membawa isterinya ke lokasi tidak diketahui.

“Mereka mengheret isteri saya keluar rumah tanpa dimaklumkan ke mana. Selepas lima jam, saya diberitahu isteri berada di Hospital Rakyat Fangzi. Malangnya, ketika tiba di hospital, dia telah diberi suntikan pelali dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia,” katanya. Menurutnya, pihak hospital kemudiannya meletakkan janin anak tersebut ke dalam baldi bersebelahan isterinya yang masih separuh sedar. “Pihak hospital memaksa kami menandatangani surat persetujuan pengguguran. Jika ingkar, mereka akan menahan saya tanpa dibicarakan,” katanya. -DM





.

Lagi kes amah didera dengan kejam oleh majikan



Lagi kes amah didera dengan kejam oleh majikan | Seorang amah diselamatkan anggota polis selepas mendakwa didera majikan di sini, semalam. Pegawai polis berkata kepada AFP, pembantu rumah itu dipaksa meminum air kencingnya sendiri dan badannya ditekap dengan kuali panas.

“Remaja itu diseksa majikannya, seorang wanita berusia 50 tahun warga tempatan bekerja di syarikat multinasional Perancis. Hasil maklumat jirannya, kami menyerbu ke kediaman mangsa untuk menyelamatkannya,” katanya. Sementara itu, remaja terbabit mendakwa, dia juga dipukul dengan penyapu dan dipaksa berbogel di dalam bilik air sebelum menyimbahnya dengan air panas.-AFP




.

Kejadian ular sawa telan kanak-kanak di Masai adalah palsu



Kejadian ular sawa telan kanak-kanak di Masai adalah palsu | Polis menafikan penyebaran sekeping gambar berhubung kejadian seekor ular sawa menelan seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Masai, Pasir Gudang di sini yang tersebar di internet sejak Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada pelbagai pihak sejak dua hari lalu yang ingin mengetahui kesahihan perkara itu. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!